Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri mendedahkan lebih selesa tampil tersendiri berbanding mencipta gimik sensasi.
Bercerita mengenai pembawaan serta pendiriannya sebagai pengasas produk, usahawan kosmetik itu tidak menafikan setiap individu mempunyai cara tersendiri dan dia menghormati pendirian orang lain. “Setiap orang dia ada cara masing-masing. Saya dengan cara saya. Mungkin ‘founder’ lain dengan cara mereka. Tapi bagi saya mereka doing good, itu cara mereka.
“Saya hanya jadi diri sendiri, tak perlu jadi orang lain. Sebab saya dikenali pun dengan cara begini. Setiap orang ada keunikan masing-masing. “Malah, saya sebenarnya bangga melihat ‘founder’ di Malaysia. Mereka gigih berusaha nak naikkan jenama mereka. “Jadi sama-samalah kita bila tengok kejayaan atau cara itu… dia punya cara masing-masing,” katanya. Ditanya mengenai caranya berhadapan dengan netizen di media sosial, Madammu mengakui setiap daripada mereka mempunyai pandangan berbeza-beza terhadap sesuatu isu atau perkara. Dia bagaimanapun terbuka dan selesa melihat setiap komen yang diterima di media sosial daripada sudut yang baik. “Kadang kita tengok, dalam sebuah kelas ada 10 orang pelajar. Dua mungkin faham ‘A’ dan dua lagi mungkin faham ‘B’. Sedangkan cikgu mengajar orang yang sama. “Jadi itu salah satu sebab saya positif dan tak mudah melatah dengan netizen. Sebenarnya, mereka menghiburkan. Daripada netizen jugalah, kemudiannya menjadi pengikut saya. “Kebiasaannya saya akan cuba jawab persoalan mereka (komen), tetapi dalam bentuk yang positif. Kadang saya tak bergurau pun tapi nampak kelakar,” katanya berseloroh. Terdahulu, penaja utama menerusi Noir di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) ini ditemui sejurus sesi Program Permentoran Bisnes yang diadakan di The Datai Langkawi, Teluk Datai, baru-baru ini. Sumber: Media Hiburan
|
Normabaru replied at 21-6-2022 10:46 PM
nama sbnr lain..tetibe jd madam mu madam ku juaa??
dia ni asal mana?lawa gini sah22 laaa modal dtg ...
missHIJAU replied at 22-6-2022 01:29 AM
xsilap org trg dia ni.
Normabaru replied at 21-6-2022 10:46 PM
nama sbnr lain..tetibe jd madam mu madam ku juaa??
dia ni asal mana?lawa gini sah22 laaa modal dtg ...
jihyomelly replied at 22-6-2022 01:10 PM
tertanya tanya jugak mana dtg madam mu suma nih? kawin dgn duda anak 2 kan..cuma tak la gila mcm v ...
Normabaru replied at 21-6-2022 02:46 PM
nama sbnr lain..tetibe jd madam mu madam ku juaa??
dia ni asal mana?lawa gini sah22 laaa modal dtg ...
dekmieDandy replied at 22-6-2022 01:45 PM
tak ganu, kelate
slang dia macam pelik sikit
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
3-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.064633 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.