CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Amber Heard Nak Buat Rayuan, Dah Pokai Tiada Wang Bayar Denda Kepada Johnny Depp

3-6-2022 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7121| Komen: 79

Description: Bintang Aquaman, Amber Heard tidak mempunyai wang untuk membayar denda sebanyak AS$10.4 juta (RM45 juta) kepada bekas suaminya, Johnny Depp, lapor akhbar New York Post, semalam.
Bintang Aquaman, Amber Heard tidak mempunyai wang untuk membayar denda sebanyak AS$10.4 juta (RM45 juta) kepada bekas suaminya, Johnny Depp, lapor akhbar New York Post, semalam.


Perkara itu didedahkan peguam belanya dalam kes saman fitnah pelakon itu, sekali gus mengesahkan sumber akhbar The Washington Post bahawa Heard sudah muflis.


Kredit foto: Rappler

Situasi kewangan terkini Heard adalah disebabkan bayaran guaman yang tinggi, perbelanjaan mewah sebelum ini dan kehilangan beberapa kontrak selaku duta produk tersohor.

Antara produk yang telah menarik semula kontrak bersama Heard adalah jenama kosmetik popular, L’oreal.


“Benar, Amber kini pokai dan tidak mempunyai sebarang cara untuk membayar denda yang ditetapkan mahkamah atas kekalahannya kepada Johnny,” kata peguam Heard, Elaine Bredehoft semasa wawancara bersama stesen penyiaran NBC.

Heard kini sedang dalam proses membuat rayuan membantah keputusan juri yang berpihak kepada Depp.

Bredehoft berkata keputusan juri pada Rabu lalu menghantar mesej yang mengerikan mengenai layanan wanita yang tampil dengan dakwaan penderaan rumah tangga.


Kredit foto: NBC

“Salah satu perkara pertama yang Heard selepas tewas kes ini adalah ‘Saya mohon maaf kepada semua wanita di luar sana. Ini adalah kemunduran untuk semua wanita di dalam dan di luar bilik mahkamah,” kata Bredehoft.

Sementara itu, beberapa sumber berkata Heard sudah beberapa kali terpaksa menukar perwakilan undang-undang dan kini bergantung pada polisi insurans rumahnya untuk menampung kos peguam semasanya dalam kes itu.

Kos guaman Heard kebanyakannya telah ditanggung oleh The Travelers Companies di bawah terma polisi insurans aktres itu, kata sumber.

Depp masih berpotensi menuntut bayaran denda dengan menuntut gaji bekas isterinya daripada dua filem yang akan datang, mengutip aset atau merampas rumah Heard di Lembah Yucca California, kata pakar undang-undang.


Kredit foto: Vanity Fair

Kediaman mewah yang dilengkapi tiga bilik tidur dan tiga bilik air itu bernilai AS$1 juta (RM4.3 juta).

Heard membelinya pada 2019 dengan harga AS$570,000 (RM2.5 juta) di bawah tabung amanah peribadi atas nama akauntannya, menurut rekod harta.

“Jika Heard tidak mempunyai wang maka jalan terakhir adalah menggadaikan segala harta dimiliki semasa dia meneruskan rayuan membantah keputusan juri,” kata Peguam Rayuan Virginia, Steven Emmert.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 3-6-2022 03:02 PM
Bukan dia haritu dapat 7million ke divorce settlement.  Pastu berlakon aquaman lagi then nak dapat $2m lagi.  Contra la some bayar instalment rasanya JD ok je kut bukan dia hadap pun duit tu dia nak clearkan nama dia je.
Quote epullipan 3-6-2022 03:04 PM
nasib ko la amber psiko sgt kan da kena haha
Quote Artemesiaa 3-6-2022 03:06 PM
Sundiri punya mahu hadap ler job banyak dah kena cancel betul2 jatuh ditimpa tangga dah tu
Quote Dwdrum 3-6-2022 03:06 PM
Rumah dia yucca valley cost 570k tiada mewah... Standard rumah marhein saja... Cuma house compound besar...
Quote star_karat 3-6-2022 03:14 PM
Pompuan ni kejap2 keluar gambar dia kat court rapi jer penampilan. Hot milf...
Quote mizruncing 3-6-2022 03:21 PM
terus muflis kau
Quote AbukRokok 3-6-2022 03:25 PM
star_karat replied at 3-6-2022 03:14 PM
Pompuan ni kejap2 keluar gambar dia kat court rapi jer penampilan. Hot milf...

mindanao islamic liberation front
Quote buapakperut 3-6-2022 04:15 PM
Sheol bukan kaya mana, berlakon pun sendu.7 mil yg nak derma kengkonon pun tak derma pun. Poyo je psikopath ni
Quote namieamuro 3-6-2022 04:21 PM
pi la mtk hampun maaf dgn bang joni. die pun penah ckp bkn duit yg die nak. die cume nk bersih kan name die je. agaknye kalau nego, silap2 tayah bayar pun. janji name die dh mewangi
Quote KamikuP 3-6-2022 04:40 PM
Mintak le duit kat pakcik Elon selingkuhanmu itu
Tapi bang Joni mmg hensem betoi lah
Quote ghalibboy 3-6-2022 04:48 PM
Elaine Bredehoft has now unprofessionaly done interviews the next day.  Not only is it unprofessional but she is also speaking against the very core values of our justice system that she herself represents. Calling out the jury??  Really?? That really says alot about her.  Social media is a part of our lives now.  We can express more than ever our opinions.  So she needs to evolve instead of blaming social media. And it gave us the opportunity to see first hand like the jury all the evidence and testimony presented and debate amongst each other. I no longer feel sorry for her.  And hope her career crashes.
Quote ghalibboy 3-6-2022 04:49 PM
ghalibboy replied at 3-6-2022 04:48 PM
Elaine Bredehoft has now unprofessionaly done interviews the next day.  Not only is it unprofessiona ...

Copy and paste ..
Quote ghalibboy 3-6-2022 04:52 PM
Heard claims that she didn't make her donations to the ACLU/Children's Hospital because of her $6mil in legal fees that ate up that money, BUT her legal fees are being paid by her home owner's insurance umbrella policy, so, where is the divorce settlement money? Also, the home she purchased right after publishing the op-ed, but after the suit against the Sun was filed, was purchased under a trust, which seems shady at best. Can Johnny and/or the court request a financial audit on her to determine where the $7mil went? Especially since she's claiming that she can't afford the judgment. If she hasn't donated it, hasn't put it toward her legal fees, and her home wasn't purchased with it, where did it go?
CnP
Quote addamnor 3-6-2022 04:56 PM
Psychopath.
Kalau ikut kan evidences yang camilla tepek tu, mmg betul cikki ini menipu jah. Patah hidung kena dera tapi tak pernah ada medical record pun. Hari ini kena tumbuk esok keluar dgn bestfriend laughing together tak ada rupa kena tumbuk pun. So selayaknya psycho2 sebegini mereput. Then playcard woman as victim. Go die
Quote gideoncross 3-6-2022 05:23 PM
epullipan replied at 3-6-2022 03:04 PM
nasib ko la amber psiko sgt kan da kena haha

Abusive housewife mmg wujud, dlm masyarakat biasa pun sbb iol sndri dh nmpk tpi sygnya abusive housewife pndai brlakon baik, tu yg susah nak d kecam.
Quote gideoncross 3-6-2022 05:25 PM
namieamuro replied at 3-6-2022 04:21 PM
pi la mtk hampun maaf dgn bang joni. die pun penah ckp bkn duit yg die nak. die cume nk bersih kan n ...

Abusive wife xkan minta maaf kat laki dorg smpai bila2 sbb dorg je rsa dorg yg btul, laki dorg cuma jdi punching bag dorg je.
Quote gideoncross 3-6-2022 05:26 PM
addamnor replied at 3-6-2022 04:56 PM
Psychopath.
Kalau ikut kan evidences yang camilla tepek tu, mmg betul cikki ini menipu jah. Patah hi ...

Abusive wife mmg gitu, laki dorg mmg jdi punching bag dorg je. Dpt laki gentle boleh lh dorg smbung pkul, dpt kat llaki yg pndai, mmg buku brtemu ruas lh jwpnya.
Quote Dwdrum 3-6-2022 05:38 PM
gideoncross replied at 3-6-2022 01:23 AM
Abusive housewife mmg wujud, dlm masyarakat biasa pun sbb iol sndri dh nmpk tpi sygnya abusive hou ...

Amber declare saja bankruptcy
Quote Acikgomen 3-6-2022 05:40 PM
namieamuro replied at 3-6-2022 04:21 PM
pi la mtk hampun maaf dgn bang joni. die pun penah ckp bkn duit yg die nak. die cume nk bersih kan n ...

JD pandang muka dia pun tak hingin
Kat court tuari, tak penah langsung JD pandang amber tahi ni sampai amber bengang
Tengok je hari verdict keluar tu, JD aman2 pi buat show kat London
Langsung heshe tak kisah dah asalkan semua hal dlm kain yg selama ni bekas bini dia jaja tu, satu dunia dah tau pembohongan belaka

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.178197 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top