CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Marshanda Umum Hidap Kanser Payudara, Tak Mahu Diri Dikasihani

31-5-2022 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2551| Komen: 5

Description: Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Marshanda semalam mengumumkan dirinya menghidap kanser payudara menerusi sebuah video dimuat naik menerusi akaun YouTubenya.
Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Marshanda semalam mengumumkan dirinya menghidap kanser payudara menerusi sebuah video dimuat naik menerusi akaun YouTubenya.


Dia yang kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan dilihat menitiskan air mata saat bercerita tentang perkara ini, namun percaya bahawa apa yang dilaluinya adalah sebahagian daripada aturan tuhan untuk dirinya.


Kredit foto: IG Marshanda

“Saya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya,” ujarnya mengenai keberadaannya di negara maju itu.

Biarpun perasaan bercampur baur apabila disahkan menghidap kanser yang banyak membunuh kaum wanita, Marshanda menyatakan bahawa dirinya tidak takut. 

Jika memang ditakdirkan umurnya pendek, sekurang-kurangnya dia tahu apa perkara seterusnya yang boleh dia lakukan.


Kredit foto: YouTube

Mengakui bahawa dia kadangkala merasai sakit di bahagian payudaranya, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, “Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir, tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan tuhan tolong doakan saya. Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya.”

Antara detik menyentuh hati dalam video yang dimuat naik itu. Pelakon yang terkenal menerusi drama Petualangan 100 Jam ini meninggalkan pesanan kepada Sienna yang merupakan satu-satunya anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Ben Kasyafani, Marshanda berharap agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.

Wanita berusia 32 tahun ini turut berterima kasih kepada bekas suami dan isteri barunya, Nesya Ayu Nabila kerana menjaga Sienna dengan baik. 

Dia juga menyatakan bahawa Nesya memiliki hati yang sangat murni dan telah menjadi ibu tiri yang terbaik bagi anak tunggalnya itu.




Sebelum ini Marshanda pernah disahkan menghidap masalah gangguan bipolar dan dia mengembara hingga ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan terbaik.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seribulan 1-6-2022 12:43 PM
Macam kolig
Quote Cokoro 1-6-2022 09:20 PM
Semoga dipermudahkn
Quote sue_liah 3-6-2022 02:05 PM
hidup ini pinjaman
Quote OyaTonggek 4-6-2022 12:21 PM
marshanda ni islam ke
Quote dekmieDandy 4-6-2022 01:32 PM
lupa dah kewujudan sheols ni

baru teringat muka dia macam Shailene Woodley

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.047968 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top