CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Sekali Keluar, 5 Plastik Besar" - Naik Motor Ke Kedai, Suami Pening Isteri Borong Satu Troli

27-5-2022 08:24 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2281| Komen: 9|Original author: Cinta Erina

Description: Sebut saja 'shopping' atau membeli-belah, pasti golongan wanita akan tersenyum manis. Tambah-tambah lagi jika berpeluang berkunjung ke sebuah pasaraya, pasti akan rambang mata untuk membeli barang keh ...
Sumber: Tiktok Kakyen


Sebut saja 'shopping' atau membeli-belah, pasti golongan wanita akan tersenyum manis. Tambah-tambah lagi jika berpeluang berkunjung ke sebuah pasaraya, pasti akan rambang mata untuk membeli barang kehendak diri. 

Seperti biasa, para suamilah yang terpaksa mengangkat semua barangan dibeli si isteri.

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai ayin.ariff. 


Menerusi posting itu, pada awalnya niat wanita ini hanyalah mahu membeli pencuci pinggan di sebuah pasaraya. Namun, dia kemudian mengejutkan suaminya apabila dia keluar bersama sebuah troli yang penuh dengan barangan yang baru dibeli.


Tetapi, yang membuatkan ramai terhibur adalah wanita tersebut terlupa bahawa dia datang bersama suaminya ke pasaraya itu menggunakan motosikal. 

Keluar sahaja pintu pasaraya berkenaan, kelihatan suaminya hanya mampu tersenyum dan membebel tentang barangan yang dibelinya itu. 

Siapa sangka pergi pasaraya nak beli satu benda sahaja, tetapi pulang dengan membawa lima plastik besar.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat wanita itu dan dalam masa sama ramai juga berkongsikan pengalaman sama. 
Sumber: Tiktok Kakyen

Sabarlah wahai kaum lelaki, memang semua perempuan begini! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 27-5-2022 09:40 PM
Bukan benda biasa ke...... Semua fikir 1 bend last last satu kedai di beli
Quote romeor 27-5-2022 10:46 PM
Bersyukur la suaminya nampak sabar tenang aje… tak melenting pun
Quote kuzaime 28-5-2022 07:07 AM
Laki aku suka perli cara halus sblm masuk kedai, dia tanya apa2 aje yg aku nak beli, katakanlah aku sebut 5 barang, kdg kluar kedai dia saja check betul ke x ada 5 barang tu aje
Quote ezacbee 28-5-2022 10:28 AM
Naik grab je, settle.
Quote kotakominami 28-5-2022 12:18 PM
Huhu...sekali sekala bang [em:4:]
Quote Lily_Elizabeth_ 28-5-2022 11:17 PM
Cm biasa le. Jantan tunggu luar besarkan telur dia je. Entah2 duit beli barang tu bini dia yg bayarkan all. Mana mana jantan sure tunggu je baik kedai bungkus makan baik kedai runcit baik. Kerja depa besarkan telur sajork tunggu didepan venue. Nyampah.
Quote gigahertz 29-5-2022 01:00 AM
ezacbee: Naik grab je, settle.

i biasa mcm ni. pakai moto tetiba eh la penuh pulak
ending up i pakai lalamove baru rm 8
Quote pearl.silver 29-5-2022 09:39 AM
Tu benda biasa... Klu gi dgn kereta xbyk brg nk beli. Klu dgn moto masa tu laa nk beli beras, beli telur, tp i pasrah peluk barang2 tu kt belakang [em:9:]
Quote Zack8hunter 5-6-2022 09:57 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 28-5-2022 11:17 PM
Cm biasa le. Jantan tunggu luar besarkan telur dia je. Entah2 duit beli barang tu bini dia yg bayark ...

mungkin ko tak perasan yg laki dia pakai sandal tapi berstokin.. mungkin dr tempat keje

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051059 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top