CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ashira Tanggal Tudung Menyanyi Di Pub

27-5-2022 04:17 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12004| Komen: 77|Original author: Saiful

Description: Ashira Aziz dikutuk gara-gara sudah tidak memakai tudung disebabkan sekarang ini dia menjadi penyanyi di restoran pub pada setiap hujung minggu.
Ashira Aziz dikutuk gara-gara sudah tidak memakai tudung disebabkan sekarang ini dia menjadi penyanyi di restoran pub pada setiap hujung minggu.

Tampil mempertahankan diri, Ashira meminta orang ramai sudapaya tidak menjadikannya isu kerana dia tak pernah langsung mengumumkan sudah bertudung penuh.


Foto: IG

"Saya tidak pernah beritahu bahawa sudah memakai tudung sepenuhnya. Sebelum ini apabila tampil bertudung saya hanya mohon doa supaya ia berkekalan. Sekarang memang saya on and off bertudung.

"Dalam aktiviti harian pun, ada ketika saya keluar rumah tidak memakai tudung. Kalau dilihat cara pemakaian tudung saya pun masih belum sempurna lagi.


"Mungkin disebabkan saya jarang berkongsi gambar atau video aktiviti harian menyebabkan orang ramai keliru," katanya ketika dihubungi mStar.



Dalam masa yang sama, Ashira juga menafikan dia sanggup tak bertudung demi kerja.

Tambah isteri kepda Bad Indigo ini lagi, berhijab adalah pilihan masing-masing.



"Bukan kerana menyanyi di tempat sebegitu saya perlu membuka tudung. Ada juga masanya saya tampil berhijab semasa membuat persembahan di sana.

"Soal berhijab ini bagi saya bergantung atas diri sendiri. Semestinya saya mahu menjadi seorang yang lebih baik suatu hari nanti, cuma mungkin saya belum sempurna.


"Kalau saya tampil berhijab dan menyanyi di tempat sebegitu pasti akan ada orang mengata juga."-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CurangLagi 27-5-2022 04:31 PM
Masi dgn Bad x dia ni??
Quote Lavender_Violet 27-5-2022 04:35 PM
Lantak dia lah nak bertudung ke tak nak ke...itu hal dia lah
Kecoh nerdtizen nih
Sheols mmg kena kerja kuat lah...laki sheols tu tak boleh kerja
Kencing manis teruk si Bad tu
Rugi jek lah sheols kawin dgn Bad tu...bebird tak naik
Quote MadameOnion 27-5-2022 04:39 PM
aku ada soft spot dekat ashira ni..semoga dipermudahkan urusan dan semoga istiqomah
Quote nakkomenjugak 27-5-2022 04:45 PM
Kalau dah laki pun sakit
Bini pulak terpaksa jadik breadwinner
hmmm nothing to say laa
Quote sleepandream 27-5-2022 05:32 PM
btw, anak2 bad dah besar2 n keje ke?
Quote matchstick 27-5-2022 05:44 PM
aku pun ada soft spot kt dia..kesian diuji dpt laki sakit. kena kerja cari rejeki. semoga dipermudahkan urusan dan Allah beri peluang utk jadi lebih baik in the future.
Quote hzln 27-5-2022 05:51 PM
Edited by hzln at 27-5-2022 05:55 PM

Yang mengutuk tu patut malu
Masa dia susah cari makan ada kamu2 menolong?
Kalu tak ada baik diam saja lah
Jijik benar, tolong ringankan beban orang tak, sekuman pun takde teringin
Bila jadi begini
Kamu2 lah yg terpaling ke depan bersyarah bab hukum hakam
Manusia2 sial belaka ni
Quote becir 27-5-2022 05:59 PM
U go ashira!
Quote lyshafull 27-5-2022 06:15 PM
Biar laa dia janji crik duit sndiri x sushkn korg
Quote chocobozhere 27-5-2022 06:15 PM
Penat lah aku pasal isu tudung, bukak tudung.. Kalau aku non muslim aku pun yak kan faham amenda yg disibukkan psl tudung....nak pakai pakailah betul2 mengikut syariat islam sebenar (tutup aurat), jika tak mahu pakai, terpulanglah. Usah di petik tentang agama islam lah, niat lah, apa lah.... Malaysian move on lah dari isu retis dan tudung ni..
Quote manehnya 27-5-2022 06:25 PM
Takat tu ja la
Quote ezacbee 27-5-2022 06:29 PM
Aku lebih kesiankan dia ni daripada si bard. Dah nasib dia.
Quote tukul 27-5-2022 06:49 PM
me12345 replied at 27-5-2022 04:30 PM
Mana artis2 yg tayang sedekah sana sini...napa x tolong ashira ni...

Kan...create 1 job utk kawan ni...afi ziarah x kerja kosong utk kawan ni ke...dah collections lv dah mcm butik
Quote abadi84 27-5-2022 09:49 PM
Bkn aku nak support prbuatan mmbelakangkn hukum tuhan.
Cuma aku memahami tindak tanduk dia.
Semoga ada sinar utk dia dan keluarga
Quote fazila17 27-5-2022 09:57 PM
Moga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki buat Sis Ashira..
Quote nonie5 27-5-2022 10:08 PM
Saya doakan yg terbaek utk sis ashira.  Tabah dik.
Quote missHaidiD 27-5-2022 10:21 PM
Kesian dia ni.  Terpaksa jgk jaga laki sakit

Peringtan utk kaum lelaki kalau da tau sakit takpyh la kawen lg.  Myusahkan ank org je.  
Quote Mary_jane 27-5-2022 11:11 PM
Hangat betul isu tudung, tak bertudung ni ya. Kan bagus kalau isu solat, tak solat pun sehangat ini. Moga rumahtangga Ashira & Bad tetap rukun & damai.
Quote anggeriklatifah 27-5-2022 11:16 PM
Kepada lelaki sakit diluar sana..ape tujuan kau kahwin?nak suruhh bini jagaa kau yg sakit???

Kalau sejenis yg sakit tapi ada harta kaya raya.. takpe la jugak...takde la terbeban binintu sgt...
Ni takde duit..tak kaya pastu sakit...paatu ade hati nak kahwin??? Naya anak orangg!!!!!!

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.414327 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top