CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Asal Bukan Suami Orang" - Berkali-kali Tolak Cinta, Wanita Tak Sangka Berjodoh Suami Tua 18 Tahun

25-5-2022 04:14 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2396| Komen: 16|Original author: Cinta Erina

Description: Betullah kata orang, kalau ada jodoh pasti akan bersama juga. Inilah kisah mengenai seorang lelaki yang cintanya pernah ditolak berkali-kali, namun tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan wan ...
Sumber: Tiktok its_mayso


Betullah kata orang, kalau ada jodoh pasti akan bersama juga. Inilah kisah mengenai seorang lelaki yang cintanya pernah ditolak berkali-kali, namun tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan wanita pilihannya.

Akhirnya, semua usahanya berbaloi apabila dia dapat menjadikan wanita itu isterinya yang sah. 


Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan pengguna Tiktok yang dikenali sebagai its_mayso. Menerusi posting tersebut, wanita itu menceritakan mengenai kisah cintanya dan jarak umur dengan suaminya sebanyak 18 tahun. 

Menurut wanita itu, sebelum ini dia pernah berkali-kali menolak cinta suaminya itu, namun sudah menjadi ketentuan Tuhan, mereka akhirnya berkahwin pada bulan Ramadan lalu.

Tambah wanita ini, sikap suaminya yang begitu baik dan tidak pernah berputus asa membuatkan dia berkahwin dengan lelaki itu dan seperti yang disangka, dia dilayan bak permaisuri selepas mendirikan rumah tangga.


Walau bagaimana pun, wanita itu mengakui ada individu kurang senang melihat kebahagiaan mereka sehingga sanggup meninggalkan komen-komen yang membuatkan dia sedih. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong wanita ini dengan mengatakan bahawa Tuhan telah menetapkan jodohnya bersama lelaki itu dan apa salahnya dia berkahwin dengan lelaki yang tua asalkan bukan suami orang. - CARI

Sumber: Tiktok its_mayso


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 25-5-2022 04:19 PM
Asalkan duda atau terlajak dah amat berkemampuan dalam serba serbi tak ada masaalahnya.  Kalau yang muda atau seusia tapi kurang dalam serba serbi masaalah juga nantinya.
Quote puanbintang 25-5-2022 04:43 PM
alhamdulilah, dah jodoh. semoga sama2 membahagia dan dibahagiakan.
Quote suterabiru123 25-5-2022 05:11 PM
dia ni dulu viral juga kan? ex suami nak kawin lain masa dia ngah berpantang anak kedua?.. dia siap sign surat untuk poligami tapi si ex pilih ceraikan n pilih minah indon sebagai isteri baru.. mak mentua pon sokong sekali anak ceraikan isteri dalam pantang
Quote msel 25-5-2022 05:19 PM
Dgr macam kasar je bunyinya “ makanlah!”  Tapi tulah video secoet je kan.
Quote doubleA 25-5-2022 05:50 PM
Laki tu nampak baik. Ala ctdk dapat kertu beza 20thn takda masalah pun. Ctdk tersenyum sinis [em:4:]
Quote imransulaiman 25-5-2022 07:07 PM
Dah berumur tapi masih nampak segak.
Quote gideoncross 25-5-2022 07:41 PM
Artemesiaa replied at 25-5-2022 04:19 PM
Asalkan duda atau terlajak dah amat berkemampuan dalam serba serbi tak ada masaalahnya.  Kalau yang  ...

Susah nak nak middle aged tpi duda or single, iol dpt middle aged tpi laki org.
Quote malaygirl 25-5-2022 10:51 PM
Kalau dah jodoh...age is just a matter of number haaaaa gitu
Quote Suchi 28-5-2022 08:15 AM
suterabiru123 replied at 25-5-2022 05:11 PM
dia ni dulu viral juga kan? ex suami nak kawin lain masa dia ngah berpantang anak kedua?.. dia siap  ...

Cerita yg mana ya? Kalau ada nak baca
Quote felinecat 28-5-2022 03:38 PM
Content die mcm lapar perhatian sikit. Aku rase kt Malaysia xde pon org nk kutuk kalo kawen lelaki tua, single plak tu bukan rampas.. Lain la lelaki muda kawen perempuan tua, tu memang rare.. Xpon kawen dgn laki org @ rampas, yg tu memang org kutuk la
Quote ripiled585 28-5-2022 05:21 PM
doramas flix
Quote nakkomenjugak 29-5-2022 07:30 PM
Sissss
kawen jeleeeee
bukan laki orang kan
kalau bertanggungjawab baik tak baran
sambar jelaaaa
orang paham laaa haihhhhhhh
Quote suterabiru123 30-5-2022 08:55 AM
Suchi replied at 28-5-2022 08:15 AM
Cerita yg mana ya? Kalau ada nak baca

halla xjumpa dh... nnt klu jumpa iols bagi link...
Quote Suchi 30-5-2022 08:58 AM
felinecat replied at 28-5-2022 03:38 PM
Content die mcm lapar perhatian sikit. Aku rase kt Malaysia xde pon org nk kutuk kalo kawen lelaki t ...

Duda kan laki dia tu sbb ada video mandi2 kat sungai tu mcm ada budak2 lain gak.
Quote Suchi 30-5-2022 08:59 AM
suterabiru123 replied at 30-5-2022 08:55 AM
halla xjumpa dh... nnt klu jumpa iols bagi link...

Okeh, iols tgk fb dia gak tp tk jumpa pasal kisah viral dia nih. Maybe lupa ke apa la kot.
Quote suterabiru123 31-5-2022 10:22 AM
Suchi replied at 30-5-2022 08:59 AM
Okeh, iols tgk fb dia gak tp tk jumpa pasal kisah viral dia nih. Maybe lupa ke apa la kot.

mebi dia dh delete kot.. viral lama dh tahun 2017 ....siap post dlam krt tapi dia p balas2 komen pastu mula la org tau dia pengadu tu..n org mula follow dia... gitu la seingat iols...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050395 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top