CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kahwin Tiga Kali, Ada Yang Keliru Bezakan Amar Asyraf Dan Amar Baharin?

25-5-2022 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1429| Komen: 0

Description: "Buat masa ini belum ada lagi pihak yang keliru atau menyangka saya adalah individu yang dikaitkan dengan berkahwin kali ketiga.
"Buat masa ini belum ada lagi pihak yang keliru atau menyangka saya adalah individu yang dikaitkan dengan berkahwin kali ketiga.

Demikian ulas pelakon Amar Baharin secara ringkas apabila diajukan sama ada terpalit dengan kontroversi yang menimpa rakan industri, Amar Asyraf.

Nama sama bukanlah sesuatu yang baru dalam industri seni tempatan.

Foto: IG

Contohnya apabila penyanyi, Aliff Aziz terpalit kontroversi mengenai rumah tangga, namun pelakon dan pengacara Alif Satar yang dikecam netizen berikut isu itu.

"Susah sebenarnya hendak menjawab soalan ini. Namun saya cuba sebaik mungkin mengulas kerana benda masih panas dan sensasi.


"Alhamdulillah… Amyra pun tahu itu bukan saya jadi tidak ada apa yang perlu saya risaukan. Setakat ini tidak ada juga yang menghantar mesej peribadi memaki saya atau sebagainya.



"Dulu pernah juga ada yang menelefon untuk memberi tawaran lakonan. Cuma tersilap kerana hendak beri tawaran kepada Amar Asyraf dan bukan saya," kata Amar.

Terdahulu Amar dan Amyra Rosli mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 2.



Sementara itu, nama pelakon Amar Asyraf kembali menjadi tumpuan apabila didakwa sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita.

Spekulasi itu bermula selepas sekeping foto memperlihatkan pelakon tersebut dengan wanita bersama dua cahaya mata, dipercayai daripada hasil perkahwinan mereka.



Tular sebuah foto mesra yang memperlihatkan pelakon itu dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana mengenakan busana berwarna putih. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.085042 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top