Apa perasaan anda apabila terlihat orang yang tidak dapat apa-apa penghargaan atau hadiah pada hari yang diraikan khusus untuknya, sudah semestinya akan terdetik perasaan kesian pada individu itu kan? Bayangkan kalau individu itu ialah ibu kita sendiri. Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai hatelove_97 telah memuatnaik satu video yang menjadi perhatian ramai. Menerusi video yang dimuatnaik, pengguna ini berkata ibunya merupakan seorang guru dan untuk pengetahuan semua, Hari Guru telah disambut pada 16 Mei yang lalu.
Menurut pengguna ini, ketika itu dia sedang ambil ibunya baru pulang dari sekolah dan difahamkan pada hari itu sekolah ibunya telah menyambut sambutan hari guru. Kelihatan ibunya membawa beberapa bungkus makanan dan kata pengguna ini, setiap kali sambutan hari guru, pasti ibunya akan membawa pulang makanan lebihan. Hal ini menyebabkan pengguna itu berasa sebak kerana menurutnya guru-guru lain di sekolah itu mendapat hadiah yang banyak daripada murid-murid dan ibunya hanya mampu melihat sahaja oleh kerana ibunya merupakan guru pemulihan. Meninjau ke ruangan komen, kelihatan begitu ramai netizen yang sebak apabila mengenangkan nasib ibu kepada pengguna itu. Ramai juga golongan ibu-ibu yang berjanji bahawa mereka juga akan memberikan hadiah kepada guru pemulihan selepas ini. Namun, pengguna itu telah menjelaskan bahawa ibunya memang tidak mengharapkan hadiah daripada murid-muridnya. Cuma dia yang terasa sebak kerana sepatutnya kita perlu memberi sedikit penghargaan kepada guru kita. |
ally9970 replied at 19-5-2022 02:35 PM
Zaman aku sekolah dulu takdepun special day utk hari guru dan takde pun kena bagi hadiah kat cikgu.
...
airmineral replied at 19-5-2022 04:42 PM
byk gile mknn
tp skg da mcm wajib plk bagi hadiah ek
tenderfly replied at 20-5-2022 03:46 AM
Anak2 aku tak bg apa pun, dia kata cikgu pun tak bg hadiah masa besday dia, adoyai ????
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
4-5-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.060948 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.