CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahu-tahu Je, Abang Viva Dah Sampai

17-5-2022 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1183| Komen: 1

Description: Sukarelawan ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar dilaporkan berada di Kuala Johol, di sini kira-kira pukul 10.30 malam tadi bagi membantu mangsa banjir di daerah berkenaan.
Sukarelawan ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar dilaporkan berada di Kuala Johol, di sini kira-kira pukul 10.30 malam tadi bagi membantu mangsa banjir di daerah berkenaan.


Seorang penduduk, Shaik Ali Mohamed Haleem, 25, berkata, dia berasa sangat berbesar hati apabila Azwan yang terus datang membantu hanya dengan sekali ajakan dari seorang penduduk bernama Nor Hisham.


Sukarelawan, Azwan Omar yang terkenal dengan jolokan 'Abang Viva' dikatakan berada di Kuala Johol, Kuala Pilah kira-kira pukul 10.30 malam tadi bagi membantu mangsa banjir di daerah berkenaan. - IHSAN PEMBACA

Menurutnya, kereta pacuan empat rodanya sendiri tidak dapat mengharungi arus deras banjir untuk ke Kuala Johol dan dia juga tidak mengetahui bagaimana Azwan boleh masuk ke kawasan berkenaan.


“Alhamdulilah, syukur terima kasih. Tahu-tahu sahaja dia sudah sampai bagi membantu kami. Kebiasaannya, banjir hanya berlaku di Kuala Johol, namun kali ini banjir turut berlaku di kawasan Inas.

“Air makin naik, terima kasih pasukan penyelamat, penduduk dan Abang Viva yang masih lagi membantu mengeluarkan mangsa hingga ke saat ini,” katanya hari ini.

Tinjauan di lokasi mendapati kawasan Kuala Johol tidak boleh dilalui berikutan air naik begitu deras ke jalan utama. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 17-5-2022 12:04 PM
heshe ada join ngo jugak ke? yang collect duit dana apa semua tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.111126 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top