JAKARTA – Seorang warga emas dari Bone, Sulawesi Selatan menjadi perhatian ramai apabila jatuh cinta dengan janda muda berusia 19 tahun dan mengambil keputusan mengahwini wanita itu, lapor portal Wolipop.
Andi Linge, 69, dikatakan mula tertarik dengan Ina sejak mereka berdua bertemu semasa musim menuai padi. Selepas berasa serasi antara satu sama lain, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berkahwin dan kisah mereka tular di media sosial Indonesia. Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu di Dusun Mahung dalam daerah Kahu.
Menerusi video yang dikongsikan pada akaun Instagram bernama @infi_kejadian_bone_official, Andi kelihatan tersenyum tanpa henti ketika acara pernikahan, manakala Ina kelihatan sedikit malu. Andi telah menyediakan mas kawin sebanyak 15 juta rupiah (RM4,511) dan sebidang tanah untuk isterinya itu. – CARI Sumber: Kosmo
|
kakikuDibibirmu replied at 13-5-2022 10:39 AM
69 tu yang tak menahan tu
prettyuglybabe replied at 13-5-2022 02:25 PM
dah kaya.. sapa tak mau
Artemesiaa replied at 13-5-2022 04:04 PM
Eloklah tolong bela nasib janda terjamin kehidupannya
ChildrenOfBodom replied at 13-5-2022 02:39 PM
Andi tasanyum lebar tapi Ina malu2.. mungkin dalam hati berkata 'I hate happiness.." esoknya Ina pul ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055788 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.