CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizie Izette Mengaku Terima Wang Pengenalan RM2.8 Juta

10-5-2022 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4317| Komen: 25

Description: Mahkamah Sesyen di sini diberitahu, Datin Seri Zizie Izette A. Samad pernah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beliau menerima wang pengenalan RM2.8 juta kerana bertindak ...
Mahkamah Sesyen di sini diberitahu, Datin Seri Zizie Izette A. Samad pernah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beliau menerima wang pengenalan RM2.8 juta kerana bertindak sebagai ‘introducer’ berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.


Penguasa Kanan Mohd. Haris Ibrahim, 42, yang juga saksi pendakwaan ke-27, berkata, Zizie Izette menyatakan wang pengenalan itu diterima daripada ejen pelaburan, Norhaili Ahmad Mokhtar.

Beliau yang juga pegawai penyiasat kes bagaimanapun memberitahu tidak mengingati berapa kali Zizie Izette memaklumkan demikian ketika SPRM merakam percakapannya pada Julai 2016 bagi membantu siasatan kes rasuah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pada perbicaraan lalu, Norhaili yang juga perunding unit amanah memberitahu mahkamah, pelakon itu layak mendapat wang pengenalan RM2.8 juta selepas Felcra bersetuju melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.



Foto: Utusan

Norhaili, 45, berkata, Zizie Izette yang juga kenalannya berhak mendapat wang tersebut selepas memperkenalkan beliau kepada suaminya yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra dan seorang lagi pegawai kanan agensi tersebut.

Norhaili menjelaskan, sebanyak RM2.2 juta dibayar secara tunai di Public Bank Taman Melawati manakala selebihnya kira-kira RM800,000 dipecahkan dalam bentuk pelaburan yang dibayar semula ke dalam akaun unit amanah Public Mutual milik Zizie Izette.

Dalam keterangannya hari ini, Mohd. Haris turut berkata, dia tidak mengetahui sama ada Norhaili dan seorang lagi ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid berada dalam tekanan ketika memberi percakapan bagi membantu siasatan.

Menurut saksi, beliau bagaimanapun mengetahui kedua-duanya dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isterinya.

Ketika disoal balas oleh peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Zizie Izzete, beliau bersetuju bahawa mereka memberi keterangan berdasarkan percakapan lanjut yang diberikan kepada SPRM pada Februari 2021.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How pada sesi pemeriksaaan semula, Mohd. Haris berkata, percakapan Norhaili dan Madhi dirakam sebanyak enam kali.

Ujarnya, sepanjang siasatan, beliau merakam percakapan sejumlah 24 individu ketika bertugas di Ibu Pejabat SPRM sehingga 2017 sebelum berpindah ke Melaka dan tugas pegawai penyiasat diambil alih oleh pegawai lain.

Ujarnya, pihak SPRM pada asalnya merakam percakapan pasangan suami isteri itu sebagai saksi mengikut Seksyen 30(3) Akta SPRM 2009 kerana ketika itu tangkapan belum dilakukan.

Menurut Mohd. Haris, beliau telah melengkapkan kertas siasatan dan mengemukakan syor kepada bahagian pendakwaan agar Bung Moktar dan Zizie Izette didakwa di mahkamah.

Pada akhir prosiding, Chin How memohon perbicaraan disambung pada tarikh yang telah ditetapkan bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapat arahan lanjut sama ada untuk memanggil pegawai perakam memberi keterangan.

Jika tiada lagi saksi akan dipanggil, pihak pendakwaan akan menutup kes pada hari tersebut. Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 17 Mei ini.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500.

Rasuah itu sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Tertuduh juga didakwa menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab yang sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan suaminya melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh yang sama. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 10-5-2022 07:03 PM
Ini lah resepi spesel caner nak baik2 dengan madu..
Quote zulfahmimaidin 10-5-2022 07:48 PM
marhaen nak dpt depo rm1k pun susah apa lagi 2.8 juta...nak markup pun agak2 lah minah..marhaen pun nak rasa duit bukan kau sorang
Quote intan244 10-5-2022 08:43 PM
cam referral fee r ni. ex company aku byr 8.5k sorg kat employee kalau berjaya bawak masuk new hire.
Quote setori_mori 10-5-2022 11:17 PM
intan244: cam referral fee r ni. ex comp ...



Banyak nya. Company iolls dpt 3k hajo
Quote nordin84 11-5-2022 03:41 AM
intan244 replied at 10-5-2022 08:43 PM
cam referral fee r ni. ex company aku byr 8.5k sorg kat employee kalau berjaya bawak masuk new hire.

mslhnye duit tu bukan duit panglima ketot perang sabah ni, tu duit felcra.. patut dpt kat org felcra.
lain la duit cikebung blh la bini dia dpt
Quote rbmy 11-5-2022 06:50 AM
ujung2 lepas.. ujung2 tak bersalah. begitulah seterusnya sampai bang bung mampos
Quote makton 11-5-2022 07:29 AM
padan la beriya nak kawin dgn pakbung tu. duit tabur pun main juta2..
Quote hashashes 11-5-2022 07:40 AM
intan244 replied at 10-5-2022 08:43 PM
cam referral fee r ni. ex company aku byr 8.5k sorg kat employee kalau berjaya bawak masuk new hire.

Banyak nya 8.5k. Kau biar betul. Ex comp aku dulu 1.5k jah
Quote ketambangkang 11-5-2022 08:20 AM
Norhaili ni si Elly Billionaire tu ke?
Quote lasagna 11-5-2022 08:43 AM
baru tau jota2 juz nk jd referral kepada org ek.. untung sungguh, tak pikir dah halal haram, mmg dgr pun woww berjuta kot
Quote mizruncing 11-5-2022 09:12 AM
benda boleh pikir
Quote anony-mous 11-5-2022 09:29 AM
Org2 begini mesti penuh kat neraka kan rakyat biasa kalau dah ke dalam, dah terima hukuman
Quote afie_m 11-5-2022 09:52 AM
wow..banyaknya..
Quote intan244 11-5-2022 01:20 PM
hashashes replied at 11-5-2022 07:40 AM
Banyak nya 8.5k. Kau biar betul. Ex comp aku dulu 1.5k jah

ya, company skrg pon 1.5k ja. tp ok la 8.5k , sbb kalau hr guna recruitment company, rm30k ok sorg kena byr service depa. byr staff 8.5k pon company dah save byk. kawan aku berjaya refer 6 org, termasuk aku lah tu. byk betul tax dia taun tu.
Quote royaldanish 12-5-2022 07:31 AM
banyak nya referral fee dari felcra ni juta juta.. tak lama lagi kes tutup dan semestinya takkan ada yg salah
Quote ghalibboy 12-5-2022 10:39 AM
royaldanish replied at 12-5-2022 07:31 AM
banyak nya referral fee dari felcra ni juta juta.. tak lama lagi kes tutup dan semestinya takkan ada ...

Felcra ni beri sikit sangat hasil utk peneroka kebun yg diuruskan. Semua kos ditolak. Contohnya jika kebun itu diuruskan sendiri , boleh dapat hasil rm20k setahunm Bila felcra uruskan dpt rm2k je. Padahal , keutamaan sepatutnya menolong pemilik kebun atau peneroka yg susah.
Yg kaya bertambah kaya ..yg susah sentiasa susah
Quote Nham22 12-5-2022 10:42 AM
Dan felcra ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnn... Sila sambung... Jahanam... Yg pegang felcra... Yg peganh tabung haji... Yg pegang felda... Yg pegang mara... Yg pegang punb.... Yang pegang ape lg... Semue jahanammmmm mengabeskan duit
Quote epal_putih 12-5-2022 10:47 AM
zaman loni dah tak kesah sumber hasil tu
halal haram belakang kira ke guane
dah jadi darah daginggg oiiiiiiiii
nak tobat nak minta halal dengan sape wehhhhhhh....
Quote Nenasketum 12-5-2022 11:31 AM
Malu apa bangsat bossku, show off tak hengat. Tu belum lahi surface adik beradik dengan projek di sinuuun.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.049971 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top