CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Ambil Anak Angkat, Isteri Azmi Caliph Buskers Nak Cuba Hamil Lagi

9-5-2022 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 767| Komen: 1

Description: Vokalis kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi Saat memberitahu dia dan isterinya iaitu Nazira Muhammad, 35, tidak mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat.
Vokalis kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi Saat memberitahu dia dan isterinya iaitu Nazira Muhammad, 35, tidak mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat.


Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd. Saat, mereka masih mempunyai peluang untuk mencuba mendapatkan zuriat sendiri.

Malah, penyanyi berusia 34 tahun ini juga pernah mencadangkan kepada Nazira untuk membuat rawatan kesuburan intrauterine insemination (IUI) namun isterinya menolak.

Foto: IG

"Buat masa sekarang belum lagi terfikir nak ambil anak angkat. Dahulu saya pernah la tanya kepada isteri, dia kata kalau boleh tak nak la sebab kita masih berpeluang ada anak sendiri.


"Banyak juga pengalaman orang yang dah ambil anak angkat baru beberapa bulan, tiba-tiba mengandung pula. Jadi, takut nanti terbahagi kasih sayang.

"Sementara ada peluang ini, lebih baik kita cuba. Saya cakap dekat isteri kalau nak cepat, kita buat rawatan IUI. Tapi dia suruh tunggu sebab takut nanti dah buat tak menjadi, lagi kecewa," katanya kepada mStar.



Azmi hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selpas bayi sulungnya yang diberi nama Khairul Afnan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak.

Zuriat yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun itu menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan ibunya, Nazirah di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berkongsi mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri, Azmi memberitahu dia dan isteri pulang ke kampung di Terengganu selama tiga hari dan seterusnya ke Johor dengan menaiki kapal terbang.



Azmi menganggap suasana raya seperti kebiasaan memandangkan isterinya setiap minggu akan menziarahi pusara arwah anak sulung mereka.

"Tahun ini, beraya di Terengganu kampung isteri selama tiga hari selepas itu di kampung saya pula di Johor. Kami naik kapal terbang saja balik kampung.

"Saya rasa suasana raya sama saja sebab lagipun dah beberapa bulan arwah meninggal dunia. Tak ada kaitan dengan raya, tapi boleh kata setiap minggu nak kena pergi kubur anak... nak lepas rindu.


"Dia kata dah boleh terima kehilangan itu tapi perasaan rindu saja tak boleh nak hilang. Jadi, kena layan saja. Kami pun tak pernah rasa beraya dengan anak, jadi tak ada apa la," ujarnya.

Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazira, seorang penjawat awam yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan pada 2011. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 9-5-2022 03:50 PM
Followers tak ramai, tapi mampu mendapat likes yang beribu. Tak macam sesetengah retis, followers juta, likes sendu.
Untuk tak OT, teruskan berusaha mencapai cita2 nak zuriat sendiri. Tapi kalau tak dapat jugak, anggaplah tade rezeki dan ada sebab kenapa tuhan tak bagi.
#moodsetazah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.051441 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top