CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bercanggah Pandangan Dengan Vin Diesel Punca Pengarah Justin Lin Tinggalkan "Fast X"

5-5-2022 06:09 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2390| Komen: 9|Original author: Agent13k

Description: Filem francais Fast and Furious yang sedang memasuki filem ke-10, sudah tentu ramai menunggu bilakah filem itu akan siap dan apakah kejutan menanti kepada peminat-peminat filem itu, tetapi sayangnya p ...
Sudah tentu ramai menunggu bilakah filem francais Fast and Furious yang sedang memasuki filem ke-10 akan siap dan apakah kejutan menanti peminat filem itu.

Tetapi, sayangnya pengarah Justin Lin telah meninggalkan pemibikinan filem Fast X dan akan digantikan dengan pengarah lain.

kredit foto: Variety

Petikan dari Hollywood Reporter, Justin yang mengendalikan tugas menulis dan mengarah filem Fast X itu tidak berpuas hati dengan perubahan yang diminta oleh Vin Diesel dan pihak studio filem Universal yang dilaporkan membuang lokasi utama pengambaran di Eropah Timur dan melakukan perubahan di dalam skrip filem berkenaan.


Difahamkan, Lin bertekak dengan Vin Diesel dalam satu mesyuarat selepas pelakon itu memberikan nota baharu kepada Lin. Dia kemudian meninggalkan mesyuarat dan berkata filem itu tidak berbaloi untuk kesihatan mentalnya.


Ekoran kejadian itu, Lin digantikan dengan pengarah lain iaitu Louis Leterrier yang pernah mengarah filem The Incredible Hulk (2008), Transporter dan Now You See Me. Namun, Universal dan Lin mencapai persetujuan untuk mengekalkan Lin sebagai produser filem Fast X. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 5-5-2022 10:59 PM
Vin Diesel ni makin besar kepala ...
Ramai je geng marvel yg sit down berbincang utk sblm mula next project ....

Klu mcm ni la perangai ...
Hurm boleh bye bye laaa
Quote kakaro940 6-5-2022 11:44 AM
dia jgk perna tak ngam dgn the rock tu lupa plk namanya hahaha..aku rasa dia ni klu bckp berlagak kot semua nak dgr ckp dia ja..
Quote beatgirlX 6-5-2022 07:04 PM
kakaro940 replied at 6-5-2022 11:44 AM
dia jgk perna tak ngam dgn the rock tu lupa plk namanya hahaha..aku rasa dia ni klu bckp berlagak ko ...

Betul la tu..dia ada conflict dgn The Rock tu yg kuat citer Hobbs & Shaw
Quote nadie90 7-5-2022 12:16 AM
Edited by nadie90 at 6-5-2022 04:19 PM
kakaro940 replied at 6-5-2022 03:44 AM
dia jgk perna tak ngam dgn the rock tu lupa plk namanya hahaha..aku rasa dia ni klu bckp berlagak ko ...

Baru ni VD ada nk pujuk The Rock minta dia berlakon filem F&F balik siap buat video guna anak dia lagi last2 kena sound balik dengan The Rock....The Rock bagi statement kata dia mmg dah xnak berlakon filem F&F lagi, siap cakap jgn gunakan anak semata2 nak minta dia join berlakon filem F&F balik....klu ceq VD malu ooo kena sound setepek dgn The Rock

Tu yg team F&F cast Jason Momoa kot huhu
Quote nadie90 7-5-2022 12:28 AM
Edited by nadie90 at 6-5-2022 04:33 PM

Cerita asal F&F ni psl lumba kereta dan diselitkan dgn isu kartel dadah....VD punya idea kot jln cerita makin merepek start dari F6....no wonder Justin Lin blah dr meeting...idea apa lah dia bg smpai JL cakap film ni xbrbaloi untk kesihatan mentalnya huhu...ttp boleh jual kn sebb ramai follower filem F&F ni....

Tapi ceq lyn OST dia
Quote delia3003 7-5-2022 04:28 PM
Dah makin merepek F&F, elok ler ditamatkan aje, jangan sblm ni cakap ni sequel yg last tapi tiba2 nak sambung pulak lagi. FF9 tiba2 ada long lost brother, lepas ni apa pulak, fake death bapak diorang?
Quote anony-mous 9-5-2022 06:14 AM
Start the rock xde dah malas nk tgk. Dah la VD penyebab TR tarik diri
Quote lasagna 9-5-2022 10:14 AM
punca the rock xde aritu pun, sbb kn VD jugak laa asalnya. tapi katanya part 10 ni the rock ada semula, tp ntah laa payah nk kata skrg. kalau bleh jgn bg dia org bersemuka skali, asing2 mebi ok lah kot.

lps the rock xde tu yg nmpk merepek-kerepek sket cite ni, dari yg kita anggap dah mati semua hidup balik. pasni ntah sape lahh lagi, mebi awek si Han (Gal Gadot) yg dah mati bakal hidup semula plak pasni hahahaha.
Quote chikumanis 19-5-2022 04:21 PM
dah tak tahu apa maksud F&F ni. sejak² Paul dah takde, rasa F&F ni dah takde seri. tiba jv dengan polis...lepas tu tolong org jahat pula..padahal asal usul F&F ni, street fight dan dadah je...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.090949 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top