CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga bahan api naik esok

21-6-2013 10:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4535| Komen: 16

Description: Jakarta: Indonesia akan menaikkan harga bahan api secara besar-besaran mulai esok (Sabtu), bagi menyelesaikan isu yang menjadi punca perpecahan sejak beberapa bulan sehingga mengurangkan keyakinan pel ...
Jakarta: Indonesia akan menaikkan harga bahan api secara besar-besaran mulai esok (Sabtu), bagi menyelesaikan isu yang menjadi punca perpecahan sejak beberapa bulan sehingga mengurangkan keyakinan pelabur terhadap kuasa ekonomi terbesar Asia Tenggara itu selain menjejaskan kewangan negara.

Subsidi minyak yang dipertikaikan kerajaan lebih memberi manfaat kepada golongan kaya, menelan belanja $20 bilion (RM63.97 bilion) tahun lalu dan menyebabkan akaun semasa bekas anggota Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) itu dilanda defisit berikutan meningkatnya import minyak bagi memenuhi permintaan bahan api yang murah.

  
“Kenaikan harga minyak akan diumumkan Jumaat tengah malam dan berkuatkuasa selepas ia diumumkan,” kata Menteri Perindustrian, MS Hidayat, semalam.
   


Walaupun selepas peningkatannya yang dijangka 44 peratus bagi petrol dan 22 peratus bagi diesel, Indonesia akan tetap memiliki harga minyak paling murah di rantau ini.

Langkah itu berikutan kelulusan kerajaan minggu ini terhadap langkah memberikan wang tunai kepada golongan miskin selama empat bulan bagi membantu mereka berikutan kenaikan harga minyak yang tinggi dan kesan terhadap kenaikan harga secara keseluruhan.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menegaskan bahawa, bantuan diberikan kepada golongan miskin sebelum beliau menandatangani kenaikan harga minyak.

Bantahan dilakukan
Bagaimanapun bantahan tetap diadakan di seluruh negara minggu ini menentang kenaikan harga minyak berkenaan.

Yudhoyono dilanda masalah sejak beberapa bulan berikutan persoalan kenaikan harga minyak, bimbang bakal menjejaskan politik beliau menjelang pilihan raya umum dan presiden tahun depan.

Beliau bagaimanapun terpaksa akur dengan amaran pelabur dan pegawainya yang
gagal menangani kos subsidi yang sudah sedia menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Menteri Kewangan, Chatib Basri memberitahu parlimen minggu ini bajet defisit boleh mencapai sehingga 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar jika subsidi bahan bakar tidak dipotong. Belanjawan awal meletakkan defisit pada kadar 1.6 peratus daripada KDNK. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OmJualGas 21-6-2013 08:37 AM
gawat deh...
Quote MissNigga 21-6-2013 08:38 AM
Walaupun selepas peningkatannya yang dijangka 44 peratus bagi petrol dan 22 peratus bagi diesel, Indonesia akan tetap memiliki harga minyak paling murah di rantau ini.

alasan yang sama dibagi oleh kerajaan Meleysia...
Quote honeynuyun 21-6-2013 10:48 AM
MissNigga:   Walaupun selepas peningkatannya yang dijangka 44 peratus bagi petrol dan 22 peratus bagi diesel, Indonesia akan tetap memiliki harga minyak paling mu ...


malaysia dan indon kan adik beradik...hehehehe...
Quote nolya 21-6-2013 12:16 PM
OmJualGas posted on 21-6-2013 08:37 AM
gawat deh...

makanya berwisata ke Jkt, Bandung tidak akan ada murahnya lagi. Harga makanan dan ole2 turut naik harga.
Quote lipans 21-6-2013 12:26 PM
Berbondong-bondong keluar menuju ke Malaysia. Dengar khabarnya, disana harga petrol termurah seantero nusantara.
Quote azharuchan 21-6-2013 12:45 PM
Menteri Beri Amaran Kepada Peniaga

Jakarta: Menteri Perindustrian Indonesia, MS Hidayat beri amaran kepada peniaga-peniaga agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan. Ini berikutan kenaikan harga minyak yang diumumkan akan naik esok.

Dalam kenyataannya pada sidang media, Hidayat berkata rasionalisasi harga ini perlu untuk menampung perbelanjaan dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Beliau menambah dengan menjelaskan, kenaikan harga minyak dunia memaksa kerajaan melakukan rasionalisasi harga ini.

Hidayat dipetik dalam ucapannya, "Kami memahami situasi rakyat, tetapi situasi ekonomi dunia yang tidak menentu dan tahap harga minyak dunia bukan di bawah kawawlan kami".

Beliau menambah dengan memberi amaran keras kepada peniaga agar tidak menaikkan harga barangan keperluan secara drastik. Katanya tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi membendung kegiatan ini.

Dalam pada itu beliau juga menasihatkan agar rakyat berjimat cermat dalam perbelanjaan dan bersikap bersederhana ketika berbelanja. Beliau juga dilaporkan berkata harga minyak kita masih jauh lebih murah dari jiran-jiran kita.TNI



Quote cherry08 21-6-2013 01:10 PM
orang kaya tak kisah harga minyak naik, yg kesian orang miskin ni....makiiin miskiiin...
Quote mizkajura 21-6-2013 01:42 PM
MissNigga posted on 21-6-2013 08:38 AM
Walaupun selepas peningkatannya yang dijangka 44 peratus bagi petrol dan 22 peratus bagi diesel, Ind ...

quote ini mmg WAJIB setiap kali mesia nak naikkan harga minyak kan.... macam tak biasa pulak
Quote mizkajura 21-6-2013 01:44 PM
PRU dah selesai. bila harga barang2 nak naik. bila nak umum secara terang lagi bersuluh
Quote AHMADVW 21-6-2013 02:29 PM
masih murah kalau nak dibandingkan dgn singapore dn ngra maju yg lain
Quote dragger 21-6-2013 02:50 PM
dah tu Malaysia pun nak naikkan harga bahan api gak?
Quote freebird 21-6-2013 03:07 PM
honeynuyun posted on 21-6-2013 10:48 AM
malaysia dan indon kan adik beradik...hehehehe...

bak kata cacai johor, 'kita serompon, pak'
Quote tobby 21-6-2013 03:08 PM
MissNigga posted on 21-6-2013 08:38 AM
Walaupun selepas peningkatannya yang dijangka 44 peratus bagi petrol dan 22 peratus bagi diesel, Ind ...

belajar dgn najib.
Quote crossfire 21-6-2013 03:18 PM
OmJualGas posted on 21-6-2013 08:37 AM
gawat deh...


Sebenarnya harga minyak yang bersubsidi di Indonesia bukanlah RON95 seperti mana yang dinikmati oleh rakyat Malaysia tetapi RON88. Penjelasan ada dalam grafik The Malay Mail harga minyak selepas dinaikkan oleh Kerajaan negara tersebut.
















Quote gede-bab 21-6-2013 03:26 PM
MissNigga posted on 21-6-2013 08:38 AM
Walaupun selepas peningkatannya yang dijangka 44 peratus bagi petrol dan 22 peratus bagi diesel, Ind ...

alah minyak indon pun bukanya Ron95 atau 97...depa pakai Ron88 saja....
Quote gsfreedom1 21-6-2013 05:00 PM
malaysia camne lak ?
kalo naik, rakyat yg poket nipis ni le yg hazab
poket tebal takde hal punye, celah gigi je

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.072167 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top