Sedih, marah dan hancur hati pemilik melihat kucing peliharaan mati dilanggar di hadapan kawasan perumahan.
Lebih perit apabila semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah menunjukkan pemandu terbabit sengaja menuju ke arah haiwan berkenaan. Pedih hati dan bagi pencinta kucing, tindakan itu tidak dapat dimaafkan. Masakan tidak, asyik terbayang-bayang bagaimana kucing comel itu terdiam seketika sebelum menggelupur kesakitan sebaik dilanggar pemandu durjana terbabit! Menurut hantaran Wany Sharan yang dikongsikan di akaun Twitter Malaysia Most Virall, pelaku merupakan jiran tetangga di kawasan perumahan itu juga.
"Jangan cakap kamu tak nampak sebab terang-terang kamu sengaja pulas stereng itu ke kanan," tulisnya. "Ya Allah, di bulan yang ini kamu zalimi haiwan, semoga Allah bagi balasan setimpal pada kamu. Amin. "Jangan bagi alasan kucing salah baring tepi jalan ya sebab ini taman perumahan," ujarnya. Melihat ruangan balas, ramai menyuarakan rasa marah terhadap pemandu Axia itu. Hanya yang tiada perasaan sanggup membunuh haiwan dengan sengaja apatah lagi menganiaya mereka. Jika berdendam sekalipun dengan pemilik haiwan itu, jangan sampai melampiaskan kemarahan terhadap mereka yang tidak bersalah. - CARI
|
bakingsoda replied at 17-4-2022 08:49 PM
owner kucing ni sebijik la perangai parents basikal lajak yg tak reti jaga anak. alasan ape kucing b ...
manzilla replied at 17-4-2022 10:16 PM
Sikit-sikit mandul, sikit-sikit kasi, pigidah!
bakingsoda replied at 18-4-2022 08:45 AM
dah tu berapa juta kucing dah ko bela dlm rumah? ko rela bunuh yg hidup ehh dr hentikan pembiakan?
manzilla replied at 18-4-2022 09:42 AM
Apo plak aku kena bela? Bagi saja Nguyen makan.
ADVERTISEMENT