CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jerebu kembali 'menyelubungi' Malaysia

20-6-2013 05:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7039| Komen: 14



KUALA LUMPUR - Penjawat awam Hazeman Hassan dari Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini menyuarakan kepada isterinya agar tidakmembenarkan anak lelaki mereka, yang berumur empat tahun, bermain di luar rumah.

"Kalau boleh, awak pun jangan banyak berada di luar rumah kerana udara diluar sana tidak sihat," jelas Hazeman lagi kepada isterinya.
Pada 16 Jun lepas, Malaysia sekali lagi diselubungi jerebu yang dikatakan berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia menyebabkan bacaan pencemaran udara yang tidak sihat di beberapa lokasi di seluruh negara.
Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (DOE), Indeks Pencemaran Udara (API) pada Ahad lepas mencatat paras melebihi 100 di empat lokasi.

Melaka mencatat bacaan API yang paling teruk pada tahap 161 diikuti Port Dickson di Negeri Sembilan (120), Kemaman di Terengganu (108) dan Pelabuhan Klang di Selangor (103).
Enam lagi lokasi mencatat bacaan API bawah 100. Tempat-tempat ini ialah Putrajaya (94), Kuala Lumpur (87), Petaling Jaya (86), Johor Baharu (80), Ipoh (72) dan George Town (64).   
   
Masalah tahunan
Menurut pakar-pakar alam sekitar, jerebu adalah satu fenomena di mana debu, asap dan partikel-partikel kering yang lain termasuk habuk berkumpul hingga menjadikan langit mendung.
Jabatan Kajicuaca turut menyatakan masalah jerebu di negara ini menjadi masalah tahunan semasa musim monsun dari bulan Mei hingga September bila angin meniup asap dari 'tompok panas' di Sumatera menyeberangi Selat Melaka.
Menurut laporan media, Ketua Pengarah DOE Halimah Hassan berkata jabatan itu mencatat 46 tompok panas di Sumatera melalui tinjauan satelit pada 16 Jun (Ahad) lepas.
Bacaan API 101-200 adalah dalam kategori tidak sihat manakala bacaan 51-100 adalah sederhana. Bacaan bawah 50 menandakan udara yang sihat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menasihati orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar rumah dan minum banyak air.
Dalam laman Facebook beliau, Perdana Menteri menjelaskan bahawa kesihatan adalah keutamaan untuk semua dan jerebu yang dilanda sekarang ini dijangka menjadi lebih teruk dengan angin yang membawa asap dari tompok panas di Sumatera.   
   
Pembakaran terbuka

Jerebu, yang kebanyakannya dikesan berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia, meningkat pada musim panas dan ini boleh membawa kesan negatif ke atas sektor pelancongan dan kesihatan terutama yang berkaitan pernafasan.
Malaysia menguatkuasa peraturan yang melarang aktiviti pembakaran terbuka dan tidak terkecuali dalam hal ini, Indonesia 'mengharamkan' aktiviti itu.  
Masalah jerebu mencatat tahap paling tinggi pada tahun 1997-1998 menyebabkan rantau Asia Tenggara mengalami kerugian AS$9.0 bilion (RM28.5 bilion) terhadap sektor pelancongan dan perniagaan.
Pihak berkuasa penjagaan kesihatan juga menasihati mereka yang berada dalam kelompok risiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan yang menghadapi masalah pernafasan seperti asma agar mengelakkan aktiviti luar rumah dan memakai penutup muka jika perlu berada di luar.
Para doktor juga menyarankan agar mereka yang mengalami masalah pernafasan, demam, rasa hendak muntah, pening-pening, sakit mata dan batuk agar mengambil rawatan perubatan.
Sementara itu, sumber Polis Marin juga menasihati nelayan bot kecil agar tidak turun ke laut kerana jarak penglihatan di Selat Melaka dilaporkan bertambah buruk.
"Semua bot menangkap ikan dinasihati agar berjaga-jaga dan bot pukat tunda juga dinasihati memasang lampu," menurut sumber itu lagi.  



Mari pakai mask di musim jerebu
7

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JERONG_GERGASI 20-6-2013 03:49 PM
mmg tak makan saman betol INDONESIA ni.......

NAJIB should advice BAMBANG too......
Quote Al-Patih 20-6-2013 04:11 PM
JERONG_GERGASI posted on 20-6-2013 03:49 PM
mmg tak makan saman betol INDONESIA ni.......

NAJIB should advice BAMBANG too......

dia nak sound Bambang ..tapi dia bimbang ...
Quote Simunggu 20-6-2013 04:20 PM
Sabah ..alhamdulliah tak berjerubu setakat ini...
Quote fire_place 20-6-2013 04:29 PM
Jerebu tempat aku ni nampak agak teruk..coz rumah2 kat lorong2 tak nampak.biasany dr pandgn atas mmg nampk.tgk berita ipu singapore smpai 225 smlm.aritu tak tgk berita..tak tahu jerebu..tgk 2 luar berasap je..aku ngat org bakar sampah,jengah2 xda..mengomel2 baru tpikir jerebu.

Td tgk whi,ada cakap yg naik kete aircond tu guna yg recycle udara dr dlm je,bnyak minum air.mcm kwsan yg teruk sikit tu..tutp tingkap..coz ni aku dh kena gak..naik bilik atas je..tgk bilik tu bkabut je,ngtkan mata aku yg sakit.sbb gayanya mcm dlm mimpi.coz aku mmg tiap masa tgkap sume bukak seluasnya..jd cepat2 tutup..bukak kipas.sbbnya kalo area yg agak teruk tu,tebal jerebunya..jerebunya bau mcm asap.
Quote azharuchan 20-6-2013 04:38 PM
org indon kata - jerebu yg setahun sekali ni korg nk komplen, yg kami bekalkan oksigen sepanjang tahun tak nk cite..

kt mana aku baca ni eh..
Quote honeynuyun 21-6-2013 10:50 AM
azharuchan: org indon kata - jerebu yg setahun sekali ni korg nk komplen, yg kami bekalkan oksigen sepanjang tahun tak nk cite..kt mana aku baca ni eh..


kat mana baca tu...cerdiknya indon tu...hehehehe..
Quote Simunggu 21-6-2013 11:05 AM
Hari ini dah sampai KK...sedih...mesti superstopa punya pasal...dia tiup pigi sini.........hehehehe
Quote MissMamamia75 21-6-2013 05:29 PM
http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.html
HOT ! PUNCA JEREBU DIKENAL PASTI, LADANG MILIK MALAYSIA TERBAKAR !!
Ladang milik Malaysia terbakar di Riau

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.
Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.
“Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.
"Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.
“Semuanya milik modal asing dari Malaysia.

“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

76 titik panas di Malaysia

Pemantuan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.
Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan.
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.

Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura. Kebakaran hutan di Sarawak dan Kelantan ini menambah masalah yang dihadapi negara kerana ketika ini berdepan dengan kabut asap yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera.

Kabut asap Sumatera mulai menyelimuti Johor dan Melaka minggu lalu.

Malaysia menyatakan kabut asap kian hari semakin menebal menyebabkan terpaksa menutup 200 sekolah di kawasan berkenaan. Malaysia juga mengirim surat ke Indonesia meminta Jakarta segera mengatasi kebakaran hutan di Sumatera.

Jerebu di Singapura kian 'tebal'

SINGAPURA - Keadaan jerebu di Singapura bertambah buruk dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat 11 pagi ini mencecah tahapberbahaya iaitu 400, kata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100,sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada sidang akhbar semalam memberi amaran kepada rakyat Singapura bahawa keadaan itu dijangka berterusan untuk beberapa minggu.
"Kami tidak dapat memberitahu jangka masa masalah jerebu ini. Ia mungkin berlanjutan selama beberapa minggu, dan mungkin agak panjang sehingga musim kemarau berakhir di Sumatera.Kita perlu menyesuaikan tindakan kita dengan perubahan keadaan dan melindungi diri kita dengan cara yang lebih praktikal," katanya.
Singapura telah menubuhkan Jawatankuasa Jerebu Antara Kementerian (HIMC) untuk menyelia usaha menyeluruh di peringkat nasional.Jerebu asap daripada pembakaran hutan di Sumatera, bagi membersihkan tanah untuk pertanian, telah dibawa tiupan angin dari barat daya atau barat dan memberi kesan kepada Singapura serta beberapa negeri di semenanjung Malaysia.

Sementara itu, wakil Singapura mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai Indonesia di Jakarta semalam untuk membincangkan keadaan jerebu yang semakin teruk.Mesyuarat itu diatur Kementerian Luar Indonesia melibatkan pegawai kanan Indonesia, kata kenyataan yang dikeluarkan NEA.

Singapura menegaskan jerebu tetap merupakan masalah rentas sempadan yang bukan sahaja memberi kesan ke atas Indonesia tetapi juga negara serantau. Indonesia memberi jaminan kepada Singapura bahawa ia akan memberi lebih perhatian kepada isu itu.

Pada mesyuarat itu, Indonesia memberi taklimat mengenai rancangannya meningkatkan keupayaan menangani kebakaran dan memastikan agensi-agensinya membuat laporan dua kali sehari kepada pasukan petugas kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Koordinasi bagi Kebajikan Rakyat, Agung Laksono.

Indonesia juga bercadang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di lapangan dengan menghantar penyiasat ke Bengkalis bagi mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat perladangan yang tidak bertanggungjawab.

Berikutan ada laporan dari Kementerian Perhutanan Indonesia bahawa syarikat-syarikat Singapura mungkin terlibat dalam aktiviti pembakaran haram, Singapura meminta Indonesia berkongsi nama syarikat yang terlibat walaupun tanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat itu terletak di tangan Indonesia.

JAKARTA - Indonesia hari ini menghantar helikopternya bagi tujuan mencipta hujan tiruan dalam usaha mengatasi masalah jerebu teruk di Singapura.

Pada satu mesyuarat yang diadakan tengah malam tadi, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan para petugas segera memadamkan kebakaran di pulau Sumatera yang menyebabkan jerebu teruk sehingga menjejaskan negara jiran.

Agensi bencana negara berkata, dua buah helikopter dengan peralatan pembenihan awan dihantar awal pagi tadi dari Jakarta dan Pulau Borneo bagi mengekang masalah jerebu.

“Mudah-mudahan, kita mendapat hujan tiruan hari ini,” kata jurucakap agensi, Sutopo Murwo Nughoro lapor AFP.

Sehingga jam 11 pagi tadi, indeks udara di Singapura berada di tahap paling bahaya apabila mencecah 400 sehingga boleh mengancam nyawa kepada pesakit dan warga tua
Last edited by MissMamamia75 on 21-6-2013 05:34 PM

Quote oni313 21-6-2013 05:32 PM
yg aku ingat paling teruk, jerebu taun 97, dasyat gak masa tu...


Quote MissMamamia75 21-6-2013 05:35 PM
oni313 posted on 21-6-2013 05:32 PM
yg aku ingat paling teruk, jerebu taun 97, dasyat gak masa tu...

yea...lama sungguh nak hilang..
skrg ni pun ..kdg2 confuse...mendung ke jerebu...nampak sama jer dimataku
Quote oni313 21-6-2013 07:25 PM
MissMamamia75 posted on 21-6-2013 05:35 PM
yea...lama sungguh nak hilang..
skrg ni pun ..kdg2 confuse...mendung ke jerebu...nampak sama jer  ...

kan? td ingatkan mendung, rupenyer jerebu...

ni pun  dah stat pening2 kepala+panas dalam badan...
Quote AHMADVW 21-6-2013 07:33 PM
jgn nak salahkan indon kali nih
Quote Muntz 21-6-2013 07:45 PM
Kat Bintulu ok jah. Jerebu sikit2 jer.
Quote ajinomotonosuga 21-6-2013 08:18 PM
jelebuuu jelebuuu

bukan laaa apek !!! jeeee Reeee Buuu !!!  jerebu !!

jeeee leee bu!!

haiyaaaaaaaa...1malaysia bunyik dua !

itik gantong aaaaaaaa..jerebu maaa bukan jelebuuu..itu jelebu negeri sembilan atak laaaaa...lannnnnciaaaawww laah

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064552 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top