CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

KARNIVAL JUALAN PERTENGAHAN TAHUN KINI KEMBALI

21-7-2015 02:39 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 1223| Komen: 0

Description: Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Jualan Bersepadu 1Malaysia –– kembali lagi dengan tawaran hebat, harga runtuh dan pelbagai aktiviti promosi menarik yang dianjurkan oleh pusat-pusat beli-belah, da ...
Jualan ekstravaganza sempena acara membeli-belah terbesar 
negara –– acara tahunan Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan

Jualan Bersepadu 1Malaysia –– kembali lagi dengan tawaran 
hebat, harga runtuh dan pelbagai aktiviti promosi menarik 
yang dianjurkan oleh pusat-pusat beli-belah, dan rangkaian 
kedai-kedai dan perdagangan yang mengambil bahagian di
seluruh Malaysia.


Rangkaian kedai dan perdagangan di dalam negara telah 
menyediakan pilihan beraneka barangan dan pelbagai jenis 
tawaran sempena Jualan Bersepadu 1Malaysia 2015 yang 
bertujuan mewujudkan impak limpahan lebih tinggi dari 
perbelanjaan pengguna dan mempertingkatkan transaksi 
perdagangan dan perniagaan. Setakat 23 Jun 2015, seramai 
1,267 peruncit telah direkodkan menyertai Karnival Jualan 
Mega 1Malaysia dan Jualan Bersepadu 1Malaysia.



Bagi menambahkan lagi kemeriahan kedua-dua jualan tersebut,

Tourism Malaysia turut menganjurkan Peraduan Online #beautiful

Malaysia yang menawarkan hadiah mingguan selama lebih 12 

minggu dari 15 Jun hingga 20 September. Satu hadiah utama dan 

tiga hadiah saguhati boleh dimenangi setiap minggu. Hadiah-hadiah 

utama termasuk GoPro Hero 4, iPad Air 2, Canon EOS 100D dan OPPO 

Find 5.


Peraduan yang terbuka kepada peserta dari seluruh dunia ini memerlukan 

mereka untuk mengemukakan gambar yang memaparkan keindahan Malaysia 

dalam empat kategori, iaitu tempat-tempat menarik, sambutan perayaan, 

makanan dan membeli-belah. Gambar boleh dimuat naik ke Instagram 

menggunakan hashtag #beautifulMalaysia atau terus ke laman web kempen 

peraduan (www.tourism.gov.my/beautifulMalaysia).


Gambar yang terpilih akan dipaparkan di poskad pada akhir kempen ini. 

Poskad tersebut beserta dengan lain-lain poskad yang direka khas bertemakan 

Beautiful Malaysia akan ditempatkan di lapangan-lapangan terbang terpilih di 

dalam negara. Poskad ini juga akan digunakan untuk mempromosi 2015 

sebagai Tahun Festival Malaysia, atau ringkasnya, MyFest. Pelbagai festival 

dan acara di negara ini akan turut ditonjolkan pada poskad itu yang boleh didapati

dengan mudah oleh para pelancong yang melawat negara ini.




10

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.192220 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top