CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayahanda Rani Kulup Terima Anugerah Datuk

11-7-2015 03:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17932| Komen: 130

Description: Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dikurniakan darjah kebesaran Datuk oleh......

Oleh : Dean BZ


Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dikurniakan darjah kebesaran Datuk oleh individu yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah. 

Ayahanda Abdul Rani Kulup kini lebih dikenali ramai kerana laman "Facebook Troll" yang sentiasa memberi ayat-ayat pedas, tauladan dan juga melucukan. Bagaimanapun, laman Facebook yang menggunakan namanya itu didakwa bukan dikendalikan olehnya sendiri, sebaliknya oleh peminat beliau. Abdul Rani juga turut memegang rekod membuat 13 laporan polis sehari dan terkenal dengan slogan #kipidap.

Seperti dipetik dari astroawani, Raja Noor Jan Shah yang menggunakan gelaran Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni almarhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah hanya mengurniakan darjah kebesaran itu kepada individu yang benar-benar berbakti kepada masyarakat, kata setiausahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Raja Ismail

"Tidak timbul isu Tuanku Sultan Melaka menjual darjah kebesaran istana kepada mana-mana individu. Darjah kebesaran itu bukan untuk dijual tetapi dikurniakan secara percuma "Seperti contoh Rani Kulup, dia mendapat gelaran 'Datuk' kerana banyak membuat laporan polis terhadap isu-isu semasa, jadi dari mana datangnya cerita Sultan Melaka menjual gelaran itu? "Pemberian gelaran hanya kepada individu yang ikhlas. Sultan Melaka banyak menerima permohonan untuk mendapatkan gelaran itu namun ditolak kerana niat mereka yang tidak ikhlas," katanya ketika dihubungi. 

Raja Ismail berkata demikian ketika mengulas dakwaan penjualan darjah kurniaan Sultan Melaka dengan harga serendah RM25,000 bergantung kepada gelaran tertentu. Terdapat juga dakwaan di beberapa laman sosial yang mendakwa Rani Kulup turut membeli gelaran Datuk daripada Sultan Melaka. 

Walaubagaimana pun, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah menafikan dakwaan menjalankan perniagaan menjual pangkat kebesaran diraja. Individu yang mengaku menjadi Sultan Melaka itu juga pernah ditahan polis pada Januari tahun lepas. - CARI Infonet.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primemova 9-7-2015 06:52 PM
Dua dua masuk angin
Quote PenyokongNajib 9-7-2015 06:52 PM
Quote bluehedgehog 9-7-2015 06:52 PM
sesetgh meleis mmg pentingkan pangkat..sbb senang utk cari$$$ nanti
Quote PenyokongNajib 9-7-2015 06:56 PM

i yakin sultan-sultan lain di malaysia pun macam sultan melaka juga..tidak menjual pangkat..sebaliknya memberi kepada mereka yang benar-benar layak..
Quote lostnfaun 9-7-2015 06:59 PM
Sultan sorg nie bkn main...
Quote makneng 9-7-2015 07:12 PM
Jilake dpt datuk lak pak kulup ni
Quote MeghanK 9-7-2015 07:20 PM
melayu dan pangkat berpisah tiada..hadap sangat
Quote all4rez 9-7-2015 07:25 PM
Teringat aku cerita bujang lapuk...

"Al-kisah, tersebutlah kisah di padang pasir diperintah oleh sultan firaunnnnn"

"Mana firaun pakai sultan, bodohhhhh"
Quote ajinomotonosuga 9-7-2015 08:06 PM
melayu dah gila

oang gila je wat keje cengini.. dedua tu gila

soang cam pak gad

soang lai cam pak pacak

elok la tu labu

Quote atekome 9-7-2015 08:07 PM
Ssuai lh dua2 gile
Quote MissNigga 9-7-2015 08:08 PM
muhahahahahahaha ...
dua dua ikon bangsa melayu
Quote MissNigga 9-7-2015 08:09 PM
jilakeee... kipidap tuanku dan ayah  ...
Quote MissNigga 9-7-2015 08:10 PM
woite .... laba ... dengar citer sultan melaka pun nak bagi ko title datuk .....
dipersetujui oleh rani kolop
Quote PenyokongNajib 9-7-2015 08:18 PM
lostnfaun replied at 9-7-2015 06:59 PM
Sultan sorg nie bkn main...

Bila lah nurul izzah nak terima pinangan beliau
Quote Mary_jane 9-7-2015 08:18 PM
Ayah mana ayah? Cer komen sikit. Busy lettew. Sila repot.
Quote PenyokongNajib 9-7-2015 08:20 PM
makneng replied at 9-7-2015 07:12 PM
Jilake dpt datuk lak pak kulup ni

Jemputlah ke rumah beliau besok..ada majlis kesyukuran..ketam kpidap dihidangkan secara percuma..
Quote PenyokongNajib 9-7-2015 08:21 PM
MeghanK replied at 9-7-2015 07:20 PM
melayu dan pangkat berpisah tiada..hadap sangat

Orang dah murah hati nak bagi..xkan nak tolak kan..lagipun boleh jadi contoh pada yang lain lain agar jadi berguna macam rani kulup..
Quote PenyokongNajib 9-7-2015 08:23 PM
ajinomotonosuga replied at 9-7-2015 08:06 PM
melayu dah gila

oang gila je wat keje cengini.. dedua tu gila

Aji jeles ke??tulis panjang panjang dekat cari xde orang nak baca..rani kulup pergi wat report je..terus popular seantero tanah melayu..
Quote primemova 9-7-2015 08:25 PM
PenyokongNajib replied at 9-7-2015 08:21 PM
Orang dah murah hati nak bagi..xkan nak tolak kan..lagipun boleh jadi contoh pada yang lain lain a ...

Penyokongnajib rupanya penyokong rani kulop dan sultan melaka.... Apa persamaan ketiga tiga ni; jibby, rani kulop, sultan melaka palsu?
Siapa tahu sila jawab

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.083433 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top