CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenderaan Dicuri Masa Hari Pertama Kerja, Wanita Terkejut Presiden Jokowi Belikan Motor Baru

15-2-2022 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 867| Komen: 8

Description: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menghadiahkan sebuah motosikal kepada seorang wanita sebagai ganti selepas kenderaan miliknya dicuri pada hari pertama dia bekerja sebagai pemandu teksi motosi ...
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menghadiahkan sebuah motosikal kepada seorang wanita sebagai ganti selepas kenderaan miliknya dicuri pada hari pertama dia bekerja sebagai pemandu teksi motosikal (ojek).


Wahyu Novi Arini yang berasal dari Gogor, Jawa Timur kehilangan motosikalnya pada Khamis lalu ketika sedang bekerja.

Motosikal model Honda Beat itu dikirimkan oleh Jokowi melalui Ketua Polis Surabaya, Akhmad Yusep Gunawan.

Foto: Kompas.tv

"Alhamdulillah, Masya-Allah, terima kasih Pak Jokowi, terima kasih ketua polis," kata Novi.

Novi dan suaminya akan menggunakan motosikal baharu itu untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga kecil mereka.

Sementara itu, Akhmad Yusep Gunawan berkata kedatangannya adalah atas mandat Jokowi.

"Terima kasih Presiden atas keprihatinan kepada warga Surabaya. Semoga bantuan ini bermanfaat untuk keluarga ini," kata Yusep.

Selain hadiah berupa sebuah motosikal, Jokowi turut mengirimkan wang tunai buat keluarga wanita tersebut. -CARI

Sumber: mStar/ Kompas.tv


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 15-2-2022 12:00 PM
Luar biasa Pak Jokowi, merakyat memang
Quote Artemesiaa 15-2-2022 02:00 PM
Nasib dapat pembelaan dari Pak Jokowi pasti melegakan mereka
Quote Decaffeinated 15-2-2022 02:10 PM
Rakyat Indonesia ada banyak color tapi cuma satu bangsa dan tiada kasta. Respek.
Quote nw111 15-2-2022 02:24 PM
Kat mesia ada acik derma gelang mas kat ex pm..lagi hebat
Quote jazaa100 15-2-2022 02:27 PM
Cepat je pompuan indon tu muncul.....

Dok sini gunakn kemudahan rakyat msia....
Quote Skuau 15-2-2022 02:30 PM
Decaffeinated replied at 15-2-2022 02:10 PM
Rakyat Indonesia ada banyak color tapi cuma satu bangsa dan tiada kasta. Respek.

boleh buat 'cara indon ni' kt Msia...agaknya???
Quote Decaffeinated 15-2-2022 02:52 PM
Skuau replied at 15-2-2022 02:30 PM
boleh buat 'cara indon ni' kt Msia...agaknya???

tidak selagi generasi ketuanan belum diganti

Quote Skuau 15-2-2022 03:20 PM
Decaffeinated replied at 15-2-2022 02:52 PM
tidak selagi generasi ketuanan belum diganti

bkn ke depa mai dr sana..jugak???

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054516 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top