CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sirul Azhar nafi akan buat pengakuan

9-7-2015 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5245| Komen: 15

Description: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar menafikan maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp kononnya dia akan membuat pengakuan di mahkamah Australia minggu depan. 0 0 ...

sumber foto : http://www.suara.tv/


Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar menafikan maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp kononnya dia akan membuat pengakuan di mahkamah Australia minggu depan.             


Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul Azhar membunuh Altantuya Shaariibuu atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, selepas sebaran maklumat palsu yang dibuat dengan menggunakan nama akhbar Herald Sun Australia itu menjadi viral, beliau terus menghubungi Sirul Azhar untuk mendapatkan kepastian.


“Setelah bertanya sendiri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk ha-dir ke mahkamah.

“Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul Azhar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Hasnal Rezua, kenyataan palsu itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana berpotensi menjatuhkan kredibiliti banyak individu.


sumber berita : http://www.utusan.com.my/


13

Bagus
21

Marah
12

Terkejut
24

Sedih
4

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 9-7-2015 06:02 AM
Jadi sirul akan terus dibiarkan menyorok? Forever..
Quote Firenzza 9-7-2015 06:13 AM
P/s;- Hari tu kan..Mahfus kata Tun M akan pi jumpa Sirul...apa ceritanya?..senyap je..


...kes lmdb,akaun ambankk, wsj, sr blm setel lg nak tmbh yg baru plk? slow2 la ankel. apa kata ankel cdgkn org lain handle je jwtn piem? rkyt pilih piem utk teraju negara ke arah kesejahteraan dan pembangunan bkn jd penonton maharaja lawak2 badut piem & muntri2nya
Quote miabebe 9-7-2015 06:13 AM
Mia tak dep mood arini...stakat ni sj lah mia moyan...

Semoga bersua lg...bubye dunia porem...

Btw...Tembam pipi sirul...kbai
Quote Anak_Nogori 9-7-2015 06:18 AM
Edited by Anak_Nogori at 9-7-2015 06:20 AM
Firenzza replied at 9-7-2015 06:13 AM
...kes lmdb,akaun ambankk, wsj, sr blm setel lg nak tmbh yg baru plk? slow2 la ankel. apa k ...

pulak dah...bukan ke mantan PM kesayangan mu jugak yg membangkitkan kes Sirul dulu...dah kantoi nak slow2 plak yeee.
Quote AbukRokok 9-7-2015 07:34 AM
miabebe replied at 9-7-2015 06:13 AM
Mia tak dep mood arini...stakat ni sj lah mia moyan...

Semoga bersua lg...bubye dunia porem...: ...

ko nk pg mne jah?

Quote cikglemer 9-7-2015 09:57 AM
Anak_Nogori replied at 9-7-2015 06:18 AM
pulak dah...bukan ke mantan PM kesayangan mu jugak yg membangkitkan kes Sirul dulu...dah kantoi na ...

Aku nak tengok sokongan AN pada piem kesayangan dia bila dah jadi Mantan nanti..sanggup jilat ke tidak lagi masa tuh...
Quote Anak_Nogori 9-7-2015 10:05 AM
cikglemer replied at 9-7-2015 09:57 AM
Aku nak tengok sokongan AN pada piem kesayangan dia bila dah jadi Mantan nanti..sanggup jilat ke t ...

selagi Najib tidak jadi macam TUN..nyanyuk dan buang tebiat...kenapa harus aku bangkang dia?..
Quote d'zeck 9-7-2015 10:06 AM
bila disahkan je semua 6 akaun yang
dibeku bukan milik PM,

macai pun korek2 semula kisah lama
Quote d'zeck 9-7-2015 10:08 AM
Mary_jane replied at 9-7-2015 06:02 AM
Jadi sirul akan terus dibiarkan menyorok? Forever..

mahfuz kan ada
Quote Anak_Nogori 9-7-2015 10:52 AM
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 9 July 2015| Kategori: Adamyan,Utama | 1 Comment »

‘Tiang Gol’ Ubah Lagi, Kali Ini Balik Ke Sirul Semula




PERDANA Menteri difahamkan sedia maklum akan gelombang-gelombang serangan peribadi ke atas beliau yang dirancang para konspirator terdiri dari kroni-kroni yang 22 tahun ‘kembung’ tapi bila kuasa bertukar tangan, ‘kekembungan’ itu tidak bertahan.

Jadi, tidaklah begitu pelik bila setiap kali gelombang-gelombang ini dilepaskan, beliau seakan sudah bersedia menghadapinya.  Kecohlah 2 ke 3 hari, tapi selepas itu senyaplah semula.  Kita dah lihat ini berlaku dalam dakwaan 1MDB menghilangkan RM 42 billion, isu penjualan tanah Tabung Haji dan terbaru fitnah Wall Street Journal (WSJ).

Cakap pasal fitnah WSJ, gelombang serangan semakin berkurangan sejak semalam, bila Perdana Menteri memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ.  Sebelum itu, tak sampai beberapa minit keluarkan dokumen, dah banyak yang dibuktikan bahawa dokumen itu palsu dan diubah suai.  Swift code bank pun salah, apa cerita?

Soal kenapa hantar surat penjelasan dulu, kenapa tidak saman sekarang dan sebagainya, itu tidak ada masalah sebab nak buang air pun ada prosedur bukan boleh ‘buh’ macam itu saja.  Apatah lagi saman menyaman peringkat antarabangsa macam ini.

Maka tidak hairanlah penulis kenapa ‘tiang gol’ para konspirator ini sudah beralih semula kepada Sirul.  Kononnya Sirul akan membuat pengakuan di Mahkamah Australia bahawa pembunuhan Altantunya dulu diarahkan oleh Perdana Menteri!!

Lama dah tak dengar nama Sirul sejak kejadian “hello sirul, hello sirul”, sekarang muncul semula.  Untuk makluman, Sirul pernah menjadi pengawal peribadi kepada Tun Mahathir Mohamad dan ketika ditangkap pada tahun 2006, dia menjadi pengawal peribadi kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kesimpulannya, ‘tiang gol’ ini akan sentiasa berubah-ubah ikut keperluan sebab yang nak dicari sekarang bukan kebenaran, tapi persepsi berpanjangan, sehingga Najib tumbang.  Percayalah, setakat yang penulis lihat, hayat politik Najib masih lagi panjang.

Apa pun di akhirnya Allah swt yang akan menentukan, bukan yang tak berkenaan.
Quote bangcak 9-7-2015 10:57 AM
kejap ubah kat team madey
kejap ubah kat team bijan



penat la macai umngok kehulu-kehilir pikul tiang gol
Quote cikglemer 9-7-2015 04:04 PM
Anak_Nogori replied at 9-7-2015 10:05 AM
selagi Najib tidak jadi macam TUN..nyanyuk dan buang tebiat...kenapa harus aku bangkang dia?..

Jangan jadi penyokong kaki hangguk ko mesti guna otak dan akal yg Allah beri, hanya org yg berhati hitam saja yg buta hati perut dan tidak tahu menilai mana yg betul dan mana yg salah....
Quote miabebe 9-7-2015 04:11 PM

Mia nk pegi bw diri lah abam abuk....


Sakit nya tuh disneyland...
Quote Anak_Nogori 9-7-2015 06:42 PM
cikglemer replied at 9-7-2015 04:04 PM
Jangan jadi penyokong kaki hangguk ko mesti guna otak dan akal yg Allah beri, hanya org yg berhati ...

Ko yg tak reti menilai mana yg betul mana yg salah..hati ko bukan saja hitam..tapi kaudu..

Bila nak tuduh org kasi bukti..ko ada bukti?
Quote cikglemer 2-8-2015 10:08 PM
Anak_Nogori replied at 9-7-2015 06:42 PM
Ko yg tak reti menilai mana yg betul mana yg salah..hati ko bukan saja hitam..tapi kaudu..

Bila ...

dulu ko tuduh  DSA tu ada bukti ko? ngok oiii...lg besar dosa ko tuduh org berzina dosanya sama dgn org yg berzina....bila kena kat pemimpin ko pandai pulak nbak minta bukti...osah bongok eh penjilat2 umno ni...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.081542 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top