CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditegur Tak Pandai Guna ‘Water Jet’, Zara Zya Malas Nak Layan

29-12-2021 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2842| Komen: 5

Description: Buat kerja amal pun salah. Demikian situasi yang dihadapi pelakon Zara Zya apabila netizen menegur cara aktres itu melakukan kerja pembersihan sebuah dewan yang terjejas akibat banjir.
Buat kerja amal pun salah. Demikian situasi yang dihadapi pelakon Zara Zya apabila netizen menegur cara aktres itu melakukan kerja pembersihan sebuah dewan yang terjejas akibat banjir.


Bagaimanapun Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin enggan mengambil serius komen tersebut dan hanya fokus kepada misi bantuan banjir.

Foto: IG


"Saya tak ambil serius pun dengan komen-komen negatif netizen. Bagi saya, janji saya dah jalankan tanggungjawab memberi bantuan kepada yang memerlukan.

"Lagipun, saya turun padang beri bantuan dengan membawa amanah orang ramai yang beri sumbangan. Jadi, siapa yang negatif kita tolak tepi.


"Bukannya nak buat tutorial, tapi asalkan dua jam setengah dewan itu sudah bersih... tu yang penting," kata Zara ketika dihubungi mStar.



Terdahulu, netizen meninggalkan komen mengatakan cara Zara menggunakan 'water jet' untuk membersihkan lumpur dalam dewan adalah tidak betul.




Meskipun ada beberapa netizen menegur caranya namun lebih ramai netizen yang memuji pelakon drama Love You Mr Arrogant ini.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini memberitahu dia bersama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Prihatin memulakan misi bantuan itu sejak 20 Disember lalu.



Selain memberi bantuan barangan dan tenaga, Zara juga membantu penduduk yang terjejas daripada segi emosi.

"Saya mula misi bantuan ini pada 20 Disember lalu tapi hanya pekerja saya yang pergi menghantar barang bantuan kepada mangsa banjir.


"Hari Ahad lalu barulah saya turun padang ke kawasan terjejas di Temerloh bagi sumbangan barang selain tenaga.

"Tak kisah apa saja yang diperlukan penduduk, saya akan bantu. Tak semestinya barang tapi dari segi emosi (trauma healing)," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 29-12-2021 04:09 PM
hokeyyyyyyyyhhhhh
Quote adeqbun 29-12-2021 10:15 PM
Ambik2 gmbr sejam dua..cuci2 stengah jam...
Quote fealefea 29-12-2021 10:26 PM
Ok la turun padang. Gerak jugak selut keluar dewan.
Quote apedehal 29-12-2021 10:45 PM
Tu la kut niat xbetul.kunun nk troll si rina tu last2 sundirik pun kena jugak..tp better la dr xda ye dak
Quote hangdenim 29-12-2021 10:48 PM
Iols okay jurrr sheols berbakti, baguslah tapi caption sheols mengundang betholll memerli rina anak harunnn. Sekali sheols kena balik caption sebaik2 manusia tu pun sejenis angkat bakul, sila brush up your copywriting skills ye zaraprihatin

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.044875 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top