CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 25 Tahun Kahwin Cepat, Kalau Lewat Takut Jejas Populasi Penduduk

7-12-2021 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3864| Komen: 71

Description: Tahap kesuburan wanita akan mula berkurangan sekiranya mereka lewat berkahwin, sekali gus akan menjejaskan populasi penduduk negara ini.
Tahap kesuburan wanita akan mula berkurangan sekiranya mereka lewat berkahwin, sekali gus akan menjejaskan populasi penduduk negara ini.

Pakar Kesuburan dan Sakit Puan Metro IVF, Dr. Pravin Peraba­ berkata, semakin meningkat usia seseorang wanita, semakin kurang tahap kesuburan mereka.

“Menurut kajian, wanita paling subur sekitar usia 25 tahun dan akan mula berkurangan selepas berusia 30 tahun ke atas, apatah lagi sekiranya mereka yang ber­usia 40 tahun ke atas.

“Jika jumlah wanita tidak berkahwin atau berkahwin lambat semakin bertambah, maka ia boleh menjejaskan populasi penduduk negara ini, namun saya percaya jumlah ini hanya melibatkan segolongan kecil,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.


Foto: Kashoorga


Menurutnya, bagi wanita yang berkahwin lewat dan masih tidak mempunyai zuriat dalam tempoh enam bulan perkahwinan, mereka perlu berjumpa pakar kesihatan untuk melakukan pemeriksaan tahap kesuburan, seterusnya membantu mendapatkan anak.

“Kalau boleh carilah pasangan dan berkahwin pada usia 20-an bagi memastikan kesuburan pasangan tersebut berada di tahap tertinggi,” ujarnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyatan baru-baru ini melaporkan, bilangan perkahwinan di negara ini menunjukkan penurunan sebanyak 9.4 peratus daripada 203,661 pada 2019 kepada 184,589 pada 2020.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, situasi itu disumbangkan oleh penurunan 1.8 pe­ratus bilangan perkahwinan orang Islam iaitu 145,202 pada 2020 berbanding 147,847 pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, bilangan perkahwinan orang bukan Islam pula merekodkan penurunan pada kadar yang lebih besar iaitu 29.4 peratus iaitu 39,387 pada 2020 berbanding 55,814 pada 2019.

“Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi impak dalam statistik perkahwinan di Malaysia,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jitu 7-12-2021 01:52 PM
ni bidang kepakaran prof @ifanonline
tp 25 belum andartu lg rasanya
Quote Normabaru 7-12-2021 02:45 PM
Rezeki ank ni mcm jugak rezeki kahwin Dan cerai..

Planning tu bagus..tp klu Allah xizin xjadi jugak..cth siticaras...

Yang penting mental ready nk pikul tgjawab as parent la..klu kawen awl dpt ank awl tp xready pon xguna gk..kwn kaka sorg dpt ank Umur 25-26 cmtu..hujung2 cerai.before 30 dh jadi janda.mental health x ok siap ward seminggu kt spital.. now keje pon gaji basic xnaik2..kesian.actually bdk pandai scholar pet lagi..huhu
Quote pxlbb 7-12-2021 03:33 PM
Bukan sekarang zaman nak reduce population kerr
Quote gigahertz 7-12-2021 04:38 PM
pxlbb replied at 7-12-2021 07:33 AM
Bukan sekarang zaman nak reduce population kerr

bila u kahwin pastu ada anak. start budak tu lahir je
u nak kenaa spare hidup u selama 20 tahun.
dalam 20 tahun tu :
a) jangan hilang keje
b) jangan mati
c) jangan bercerai
d) jangan kena tangkap
e) jangan itu ini.
Quote miszclassique 7-12-2021 05:07 PM
Macam senang je nak suruh beranak ye, 6 bulan lepas kahwin tu pada i masih awal lagi nk mengandung... Dgn gaji ciput, barang makin mahal, nak rumah yg selesa cukup fasiliti pun susah... Nak sara diri sendiri pun cukup2 makan, tak boleh nk mewah sangat... Yg beranak mcm tikus tu lain cerita la
Quote KIM.K 7-12-2021 05:58 PM
25 tahun umur ideal untuk membiak
Kalau cukup ilmu rumahtangga takpe jangan kawin sebab cohabit. Orang beranak kau pun nak beranak.
Ilmu nutrisi, pembahagian masa, pilih laki yang elok kau tak sempat
Quote KIM.K 7-12-2021 06:01 PM
miszclassique replied at 7-12-2021 05:07 PM
Macam senang je nak suruh beranak ye, 6 bulan lepas kahwin tu pada i masih awal lagi nk mengandung.. ...

Tutuh cepat2 nak conceive punya pasal, asid folik omega 3 ke mana

Sebabtu haram hidup cohabit ni. Taktentu orang nak tanggung kau. Ada anak bertambah renggang

Cina kalau cohabit pompuan tu sanggup kena pukul
Sebab laki tanggung kereta. Ingat bf gitu nak anak?
Peduli apa kau subur
Quote jas7512 7-12-2021 06:04 PM
Rasa mcm x brp setuju dgn pdgn ni..25 thn baru mula nak membina hidup...financial planning pun x lepas lg...i rasa kahwin between 29 to 34 just nice lah...kerjaya dah stabil...reproduksi sistem pun aktif lg.. pastu biarlah anak x byk pun 3 or 4 org just nice..  biarlah kualiti over kuantiti..dr byk lahir tapi seme jd mat rempit..mat pit bagai...unless kau mmg 8 keturunan duit x habis kahwin b4 25 digalakkan..yg biasa2 stabilkan kewangan anda dulu..financial woes pun antara penyebab perceraian..ketiga i think
Quote kakikuDibibirmu 7-12-2021 06:05 PM
Andartu tersenyum sinis
Quote capiloton 7-12-2021 06:57 PM
Edited by capiloton at 7-12-2021 07:05 PM

orang pompuan kalau nak berlaki, umur 23-28 tu dah sesuai dah.
masa muda ni elok kawin masa tenaga masih banyak.
mudah nak urus anak dan family.

kalau dah masuk 30s baru nak cari laki, harapan tipis.
saingan banyak di kalangan generasi muda,
and female sexual market value (smv) makin merudum,
and they got so many emotional baggage.
not an attractive trait.

tapi kalau dah jodoh, umur berapa pun boleh kawin.
doa jer banyak2.

Quote ketupatnasi 7-12-2021 08:05 PM
Jangan asal berlaki jah konsepnya sistur

Quote kakikuDibibirmu 7-12-2021 08:10 PM
@ifanonline dengan andartu berpisah tiada

apa2 pun rujuk balik jadual di bawah:

andartu junior - 28-34 tahun
andartu senior - 35-39 tahun
andartu forever - 40 tahun ke atas

sape2 nak buat kajian tambahan, jgn lupa cite pengkaji asal (ifanonline, 2010), Oxford University
Quote edayildiz 7-12-2021 08:10 PM
ok baru cukup 25
mslhnya ayah i xbg pun kitorg kawen awl..tp bab thp kesuburan tu i xsure la..skrg ramai kt opis yg i kenal2 umo tgh 30an xkawen..department i lagi kelakar..andartu,jandamuda,janda tua,laki org tp tidak mmpunya anak..janda ada ank..sorg lagi pengkid kertu...laki lembut auww auww pun..kepelbagaian bethol..pastu dorg ni pencinta kuceng
Quote insulin 7-12-2021 08:14 PM
edayildiz replied at 7-12-2021 08:10 PM
ok baru cukup 25
mslhnya ayah i xbg pun kitorg kawen awl..tp bab thp kesuburan tu i xsu ...

Better kawin cepat pada masa muda ni. Masa muda ni badan banyak tenaga untuk handle kerenah dan keperluan bayi/kanak2.
Quote KIM.K 7-12-2021 08:15 PM
capiloton replied at 7-12-2021 06:57 PM
orang pompuan kalau nak berlaki, umur 23-28 tu dah sesuai dah.
masa muda ni elok kawin masa tenaga m ...

Nak good package bijak lawa bermaruah takde kat budak2. U need time to develop
Also we dont marry less
Quote tikusmontok 7-12-2021 08:38 PM
insulin replied at 7-12-2021 08:14 PM
Better kawin cepat pada masa muda ni. Masa muda ni badan banyak tenaga untuk handle kerenah dan ke ...

Tunggu laki turki masuk meminang
Quote insulin 7-12-2021 08:40 PM
tikusmontok replied at 7-12-2021 08:38 PM
Tunggu laki turki masuk meminang

Semoga dipermudahkan.
Quote tikusmontok 7-12-2021 08:41 PM
insulin replied at 7-12-2021 08:40 PM
Semoga dipermudahkan.

Sis @kakikuDibibirmu senyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 7-12-2021 08:43 PM
tikusmontok replied at 7-12-2021 08:41 PM
Sis @kakikuDibibirmu senyum sinis

Terbatuk-batuk buku bertemu ruam lampin dibuatnya

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064462 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top