CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Tak Larang, Suki Low Yang Nak Jaga Anak-Anak Di Rumah

17-11-2021 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6426| Komen: 35

Description: Agak lama tidak muncul dan aktif dalam bidang seni, penyanyi, Suki Low, 30, mendedahkan perkara itu berlaku bukan kerana dirinya merajuk dengan industri sehingga akhirnya dia membuat keputusan untuk m ...
 Agak lama tidak muncul dan aktif dalam bidang seni, penyanyi, Suki Low, 30, mendedahkan perkara itu berlaku bukan kerana dirinya merajuk dengan industri sehingga akhirnya dia membuat keputusan untuk mengundur diri.


Tetapi, kata Suki, fokusnya sudah beralih kepada fasa baharu setelah mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu.


Foto: IG

“Saya sedar, memang ramai yang fikir saya undur diri dalam dunia seni. Mungkin sebab mereka lama tak nampak saya di televisyen atau buat persembahan besar.

“Tapi sebenarnya memang saya masih lagi menyanyi. Cuma tak aktif macam dulu, sebab saya sekarang fokus pada komitmen lain iaitu tanggungjawab rumah tangga.


“Lebih-lebih lagi kini saya dah jadi ibu kepada tiga orang anak. Jadi tumpuan itu perlu lebih terarah kepada mereka,”katanya.

Suki berkata demikian semasa ditemui di sidang media pengumuman barisan peserta program realiti Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini.



Selain itu, kata Juara program realiti One In A Million ini, dia juga memilih untuk memberi tumpuan kepada keluarga bukan kerana suami melarang untuk aktif menyanyi tetapi sebaliknya kerana kemahuannya sendiri.

“Bagi ibu bapa, anak-anak di mata mereka akan cepat melalui proses tumbesaran. Jadi, sebagai ibu, saya tak nak terlepas momen-momen itu untuk melihat mereka membesar di depan mata.

“Lagipun,saya seronok dan bahagia saja menguruskan anak-anak, terutama ketika pandemik di mana sepanjang masa saya serta suami dapat meluangkan masa bersama mereka di rumah,” katanya.



Untuk rekod, Suki mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dan eksekutif muzik, Jeremy pada tahun 2012.

Hasil perkahwinan, penyanyi ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ethan, 7, Eli, 7, dan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 11 bulan.

Sementara itu, menerusi program GV8, ia akan menyaksikan Suki berentap dengan 12 lagi pesaing hebat di pentas tersebut.



Mereka ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk, Aliff Aziz, Adibah Noor, Ani Maiyuni, Nikki, Upiak Isil.

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Konsert mingguan GV8 pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 17-11-2021 12:38 PM
Antara retis kawin muda yang (mudah2an) bertahan aman damai rumahtangga. Moga berkekalan till Jannah.
Quote dudaberhias 17-11-2021 12:41 PM
who are yusssss... maaf akak tak cukup tua untuk kenali sheolsss...
maafkan saya yang masih muda bergetah dan mempunyai body anak dara persis nasha aziz ini...

siapa yang kenal sheolss di minta buat rawatan percuma di new york skin solution atau yun nam hair care supaya uban tak naik dan laser kedut2 tu bagi hilang... memang la tak boleh nampak macam budak umo 5 tahun kembali... tapi nampak muda sikit dari jahlop pun cukup lah...
Quote ladybugz 17-11-2021 01:08 PM
suki antara i rasa x patut juara ari tu. entah suara dia biasa2 sja bukanla one in a million gitu. sesuai masuk af ok rasanya.
Quote Nenolen 17-11-2021 01:14 PM
ladybugz replied at 17-11-2021 01:08 PM
suki antara i rasa x patut juara ari tu. entah suara dia biasa2 sja bukanla one in a million gitu. s ...

Agree, dia mng sebb undi penonton…menurut kwn satu opis kaka yg family suki berhabisan duit mengundi dan mmg ada team yg urus undian beliau…ala2 the nizerz undi abp…agituuu
Quote umbut 17-11-2021 01:29 PM
Masa suki menang..faizal tahir no 2 kan.. x silap dia ada gi taiwan nyanyi sana
Quote Fly_over 17-11-2021 01:39 PM
malaysian idol, one in million dulu ramai cainis join.. penonton pn ramai cainis dtg support.
Quote ashilalat 17-11-2021 01:50 PM
ladybugz replied at 17-11-2021 01:08 PM
suki antara i rasa x patut juara ari tu. entah suara dia biasa2 sja bukanla one in a million gitu. s ...

Sama lah..setelah berminggu2 OIAM, aku rasa Faizal Tahir yg patut juara masa tu..jauh bertiang meninggalkan suki, alif dan dayang.

Tp aku pelik, katalah dia memang menang sbb undian penonton masa tu. Tapi, seingat aku, masa nak pilih TOP 12 masa tu, kalo x silap masa TOP 24, syafinaz dan paul moss ada bagi ranking peserta 1-24 utk battle. Kalo x silap ranking 1-12 kena pilih peserta ranking 13-24 utk batle dan terpilih ke top 12.

Yg pelik nya, syafinaz dan paul moss ranked suki sebagai #1 masa tu. Even higher dari Dayang, Alyah, Intan Sarafina, Faizal Tahor yg dah jadi penyanyi profesional masa tu.

So,terima la hakikat, apa yg penonton undi masa tu bersamaan dgn apa yg syafinaz dan paul moss rankingkan di nombor satu.

Tunggu dan lihat GV nanti, juri masih syafinaz.
Quote makton 17-11-2021 01:51 PM
i tahu lagu suki yg tajuk Berdiri tu je
Quote Suchi 17-11-2021 02:15 PM
Nampak muda lagi dia yela baru 30, awal gak dia kawen.
Jarang cina kawen awal tp tgk ok je lama dah juga kawennya.
Anak pun dah 3.
Quote shahirakay 17-11-2021 02:54 PM
dudaberhias replied at 17-11-2021 12:41 PM
who are yusssss... maaf akak tak cukup tua untuk kenali sheolsss...
maafkan saya yang masih muda ber ...

me olls saksikan kejuaraannya dalam one in a million dan helloooooo me olls masih awet muda dan tak perlu yach rawatan sedemikian.. me olls herlokkkkkk walaupun menjelang usia purba ????????????????
Quote weezerfan 17-11-2021 05:15 PM
Lawa suki ni
Quote winky1 17-11-2021 05:18 PM
Menang undi
Quote winky1 17-11-2021 05:20 PM
Nenolen replied at 17-11-2021 01:14 PM
Agree, dia mng sebb undi penonton…menurut kwn satu opis kaka yg family suki berhabisan duit mengu ...

Nizerz tu sapa ..abila azali ke
Quote syamzana 17-11-2021 05:25 PM
lepas menang oiam terus kekuburan ke ada lagu jugak?tup2 comeback anak dah 3. muda lg rupanya dia ni.
kaka dib pun ada masuk gv8
Quote NFBZCantik 17-11-2021 05:30 PM
kawen dah ke. awal gak dia kawen
Quote Tapayana 17-11-2021 08:29 PM
masa kapsul gegar vaganza aritu ada rider konon prank hantar barang ke rumah dia,

iols terkejut la apahal ada 2 org maid/gardener/pengasuh ??? yg datang amek barang.

tapa try la husnuzon ingat sheols berlaki org melayu, tapi hubby tu cainis jugek. aneh bin ajaib org melayu kerja kat rumah cina. kerjanya apa?
Quote exclusive_vvip 17-11-2021 08:41 PM
dedulu masa awal2 dia join OIAM, bila tgk mata dia, i ingat dia ada masalah mental @ skizo yg mild..memandai je iols..
Quote ashilalat 17-11-2021 08:45 PM
Tapayana replied at 17-11-2021 08:29 PM
masa kapsul gegar vaganza aritu ada rider konon prank hantar barang ke rumah dia,

iols terkejut la ...

Belambak maid indon agama islam keje dgn cina. Apa nak diherankan?

Melayu islam keje company cinak lagi la berlambak
Quote Begbiru 17-11-2021 08:57 PM
rasanya lepas OIAM dia mmg byk kat Taiwan. Pastu kawin ngan childhood sweetheart katanya. so dia gunakan duit kemenangan tu utk build up career kat Taiwan.

tp lately ada juga byk buat dinner show. suara mmg top. nyanyi ive mmg takde masalah. lgpun, penguasaan bahasa Malaysia dia bagus juga.

https://www.youtube.com/watch?v= ... =AzdiyatulAkmahAziz

paling suka lagu Usah.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053688 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top