CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

VOLKSWAGEN MALAYSIA SUMBANG 200 UNIT KERUSI KANAK-KANAK BAGI TUJUAN LATIHAN

22-6-2015 06:27 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 2167| Komen: 0

Description: Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, ibu bapa mestilah peka mengenai keselamatan anak-anak di dalam kenderaan. Statistik pada tahun 2013 menunjukkan seramai 53 orang kanak- ...
Volkswagen telah bekerjasama dengan Persatuan Pengasuh Kanak-kanak Berdaftar Malaysia (PPBM) untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak. Dilancarkan pada Disember tahun lalu, kempen ini bertujuan mendidik kira-kira 28,000 ibu bapa mengenai pentingnya penggunaan tempat duduk kanak-kanak di dalam kenderaan dengan betul. 


“Sebagai pengeluar kenderaan yang bertanggungjawab, kami percaya tentang pentingnya memupuk kesedaran terhadap aspek keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan. Matlamat kami adalah untuk mengubah set minda dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak. Justeru, kolaborasi kami dengan PPBM melibatkan pelancaran modul latihan Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (CPS). Kami juga berbesar hati untuk menyumbang 200 unit tempat duduk kanak-kanak Volkswagen bagi tujuan pendidikan dan memberikan 10,000 salinan kad yang lengkap mengenai keselamatan jalan raya kepada semua peserta yang terlibat,” kata Pengarah Sumber Manusia Volkswagen Malaysia, Puan Sharifah Salmah Syed Harun. 

Sehingga Ogos 2015, bengkel-bengkel CPS akan dijalankan di 280 pusat penjagaan kanak-kanak di seluruh negara. Ia turut melibatkan bantuan secara amali mengenai penggunaan sistem keselamatan kanak-kanak dan tali pinggang keledar. Sehingga kini, sebanyak 100 tempat duduk keselamatan kanak-kanak telah diedarkan di rangkaian PPBM di beberapa buah negeri untuk membantu dalam latihan tersebut. 

“Kami amat sedih apabila mengetahui kemalangan maut yang berlaku akhir-akhir ini melibatkan bayi dan dan mereka tidak menggunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak. Statistik menunjukkan bahawa tempat duduk kanak-kanak mampu mengurangkan risiko kematian bayi sehingga 71% dan 54% untuk kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun. Situasi ini menguatkan hasrat kami untuk menawarkan ciri-ciri keselamatan di dalam kenderaan Volkswagen seperti ISOFIX dan banyak lagi,” kata Sharifah.

Salah satu ciri keselamatan yang paling paling penting untuk kanak-kanak di dalam kenderaan ialah sistem ISOFIX. ISOFIX yang ada pada semua model Volkswagen merupakan poin cagak, ia membolehkan dua buah tempat duduk kanak-kanak yang padan dengan ISOFIX dipasang pada tempat duduk belakang. ISOFIX diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1997 sebagai hasil pembangunan bersama di antara Volkswagen dan pembuat kerusi keselamatan kanak-kanak Britax-Roemer. Mulai 1 Januari 2015, semua pengeluar kenderaan di Malaysia perlu menyediakan ciri  ISOFIX pada kenderaan baharu mereka. 

Cadangan penguatkuasaan penggunaan tempat duduk bayi dan kanak-kanak di dalam kenderaan sememangnya diterima baik oleh kerajaan. Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, ibu bapa mestilah peka mengenai keselamatan anak-anak di dalam kenderaan. Statistik pada tahun 2013 menunjukkan seramai 53 orang kanak-kanak dan bayi terlibat dalam kemalangan dengan 31 daripada mereka maut.  


9

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2022 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054470 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top