CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangkit Perangai Iqbal, Ariff Bahran Pula Campak Duit Ke Lantai

5-11-2021 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2429| Komen: 13

Description: Gara-gara ingin bergurau dengan mencampak duit ke lantai, penyanyi Ariff Bahran akhirnya dilabel bersifat riyak dan tidak bersyukur dengan rezeki yang ada.
Gara-gara ingin bergurau dengan mencampak duit ke lantai, penyanyi Ariff Bahran akhirnya dilabel bersifat riyak dan tidak bersyukur dengan rezeki yang ada.

Malah netizen turut menegur Bahran atau nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 23, supaya tidak menjadikan wang ringgit sebagai bahan kandungan media sosial demi meraih publisiti.

Enggan membiarkan netizen terus menghukumnya, Bahran tampil menjelaskan tentang video yang dimuat naik Beby Acha di Instastory menunjukkan dia sedang bergurau dengan melemparkan duit ke arah penyanyi itu.

Foto: IG


"Semalam saya ke studio sebab nak siapkan beberapa projek, nak siapkan lagu.


"Kebetulan ketika itu pula ada talent baru Iqbal dan Beby Acha tengah buat content, jadi saya selit la sekali.

"Ada duit kat situ, tapi semua tu duit prop warna je sama... bukan duit betul," katanya kepada mStar.



Selain video yang dikongsikan Beby Acha, Bahran sendiri turut memuat naik video di TikTok memperlihatkan usahawan yang baharu melancarkan single pertama, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Lebih mengundang kemarahan ramai, menerusi video tersebut Iqbal yang kerap dihimpit kontroversi dilihat sedang memijak kepingan wang kertas di atas lantai.

Mengulas lanjut tentang isu berkenaan, penyanyi lagu Kata Akhirmu ini berkata dia sekadar bergurau dengan Beby Acha dan Iqbal tanpa sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk.



"Memang untuk content je sebab lepas shoot duit palsu tu bersepah kat lantai studio.

"Saya kutip dan kacau mereka... sekadar nak bergurau semata-mata," katanya.

Tambah Bahran dia tidak menyangka video tersebut menjadi perbualan netizen hingga ada yang salah sangka kononnya mereka memijak duit sebenar.

"Saya minta maaf jika ia menggores hati ramai pihak. Kalau itu duit betul saya sendiri akan cakap kepada mereka perbuatan itu tidak betul.

"Saya tak perasan. Itu hanya kertas biasa yang dicetak seperti duit," ujarnya.



Sebelum ini isu mencampak wang kertas mengundang kemarahan ramai selepas mStar menerusi segmen Bizibody menyiarkan tindakan Iqbal melakukan perbuatan berkenaan.

Ia dilakukan bagi menunjukkan kemewahan selepas status kewangannya dipertikai gara-gara menaruh perasaan untuk memperisterikan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -Suri- 5-11-2021 11:54 AM
Sampah2 aje perangai. Sapa dia ni???
Quote rosannazmia 5-11-2021 12:07 PM
Cliche giler bila tanya siapa dia ni kat thread cenggini.. tapi sungguhla SIAPA DIA NI?? maaf la acik x tauuuu…tp bila dia petik gitar tu mcm bes je alunan muzik nya.. n si iqbal bersuara selseme ni pon suka lagi ariff ni maknanya mmg popular lah ariff ni ye
Quote Cik_jantung 5-11-2021 12:11 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 09:37 PM

............
Quote dudaberhias 5-11-2021 12:13 PM
whoooo are yusssss sekali pandang herlokkk kat ig... sekali pandang kepam... sekali pandang macam ikan keli bermisai2 kontot...

tapi sebab muda dan tak gundu macam si kebal iolss hanya maafkan dia sorang saja... si bebal iolss hanya beliakkan bijik mata dan jeling2 hantar ain...
Quote laksmanabentan 5-11-2021 01:34 PM
siapa pulak mamat nih??
artis ker uollsss???
Quote ekselen 5-11-2021 01:52 PM
peserta big stage kan dia ni...lagu dia kata akhirmu tu best jgk... Tp tu lah budak2 zmn skrg, apa nk diharap sgt....sabo jela
Quote sarah82 5-11-2021 01:53 PM
Aku nak seru  @Acikgomen la
Quote nakkomenjugak 5-11-2021 03:27 PM
Kelindan lori manaaaaa pulak ni???
Quote bluecrystal 5-11-2021 05:13 PM
suara ariff bahran ni bole tahan pada aku..janganla buat mende merepek2
Quote hangdenim 5-11-2021 05:42 PM
Baharan pandai kannn, jgn involve dengan orang2 gitu plsssss
Quote ketupatnasi 5-11-2021 05:49 PM
nakkomenjugak replied at 5-11-2021 03:27 PM
Kelindan lori manaaaaa pulak ni???


Gamak aku nk ckp.
Tapi ye la kaann. Gigeh nk cecampak duit. Tu je kot modal nak viral.
Quote holothurian 5-11-2021 10:55 PM
desa nau nau muka dia ni..
Quote prince_marhaen 8-11-2021 09:54 AM
Dik, orang dah suka BAKAT kau, walaupun desa nan permai, kau janganlah ikut Sundal Achah dengan si Bebal tu buat content, memang memintak benci lah jawabnya... dah lah suam-suam, jap lagi masuk freezer frozen food terus kang, si bebal dua ekor tu tinggalkan ko gitu je...diorang ada modal nak cikcur, kau?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.079672 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top