CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Maut Ditembak Gara-Gara Pasang Muzik Masa Majlis Kahwin

1-11-2021 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2341| Komen: 7

Description: Kabul: Sekumpulan lelaki bersenjata yang mahu muzik yang dipasang semasa majlis perkahwinan dihentikan bertindak melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga orang terbunuh.
Kabul: Sekumpulan lelaki bersenjata yang mahu muzik yang dipasang semasa majlis perkahwinan dihentikan bertindak melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga orang terbunuh.


Jurucakap Kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, dua daripada tiga penyerang itu ditangkap dan pihaknya menafikan mereka adalah anggota Taliban.

“Seramai tiga suspek memperkenalkan diri mereka sebagai anggota Taliban yang memasuki kawasan majlis perkahwinan di Haji Malang Jan di kampung Shamspur Mar Ghundi di Nangarhar, malam Sabtu lalu.


Foto: AFP

“Akibat kejadian tembakan itu, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa yang lain mengalami kecederaan. Kita masih memburu seorang lagi suspek yang terlibat dalam serangan itu.


“Suspek yang diberkas menggunakan nama Emiriah Islam demi agenda peribadi mereka dan akan dihadapkan dengan undang-undang syariah,” katanya.

Jurucakap Kerajaan taliban di wilayah Nangarhar, Qazi Mullah Adel mengesahkan insiden tersebut, namun tidak memberikan sebarang penjelasan.

Saksi berkata, ketika kejadian beberapa lelaki sedang bermain alat muzik dalam bilik berlainan sebelum didatangi penyerang yang melepaskan tembakan.

Muzik diharamkan kali terakhir semasa Taliban mentadbir Afghanistan sebelum kedatangan tentera Amerika Syarikat di negara itu.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 1-11-2021 09:29 AM
memalukan org Islam...
Quote Rdizz 1-11-2021 10:38 AM
Pelik masyarakat afghanistan, budaya dan amalan hidup mcm mana, mungkin byk yg uneducated yg buat perangai ganas semacam
Quote bakingsoda 1-11-2021 10:52 AM
good timing la yg mana dah lama berdendam nak membunuh. taliban kan adoo boleh jd kambing hitam. mcm sorang atlet yg konon kena penggal ngan taliban tu. padahal kematian dia berkaitan konflik dgn belah mertua. pastu taliban pulak kena pitenah
Quote KIM.K 1-11-2021 11:11 AM
Semalam kan haloween
Dia pasang 'Mugowaa kochiee pio-'

Apapun ni perbuatan ala Kim Jong Un to instil fear
Quote Artemesiaa 1-11-2021 12:35 PM
Macam dalam pilem cowboy
Quote ladybugz 2-11-2021 09:03 AM
jangan la buat perangai mcm ni. sgt2 bercanggah dgn agama Islam.
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 12:39 PM
Negara tu ke?
Hmmmm yawnnnn jelah
Haa bunuh lagi... Masing2 rebut tempat kat neraka kan..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049897 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top