CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Giliran Bad Indigo Dan Ashira Pula Menerima Kunjungan Ebit Lew

15-10-2021 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6021| Komen: 49

Description: Tiada apa yang mampu diungkapkan penyanyi Ashira dan suaminya, Bad Indigo selain rasa kesyukuran selepas dikunjungi pendakwah terkenal, Ebit Lew di kediamannya semalam.
Tiada apa yang mampu diungkapkan penyanyi Ashira dan suaminya, Bad Indigo selain rasa kesyukuran selepas dikunjungi pendakwah terkenal, Ebit Lew di kediamannya semalam.


Menerusi hantaran dalam Instagram, Ashira turut berterima kasih atas kehadiran Ebit meluangkan masa menziarahi suaminya yang kini diuji dengan masalah kesihatan.

Foto: IG


“Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar. Allah hadirkan rezeki dalam pelbagai cara. Hari ini (semalam) tumpang rezeki suami. Dapat jumpa Ustaz Ebit Lew yang datang ziarah Bad di rumah.

“Selalu berkata-kata, bilalah dapat berjumpa insan hebat ini, alhamdulillah Allah makbulkan. Berkaca mata dengar ceramah Ustaz, Allah terima kasih atas rezeki ini,” tulisnya.


Pada masa sama, pelantun lagu Ombak Resah itu turut menitipkan doa dan kesejahteraan buat Ebit Lew dan semua insan yang mendoakan keluarga mereka.



Pada hantaran berbeza kelmarin, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz berkongsi ucapan dan doa istimewa buat suaminya sempena ulang tahun kelahiran ke-46 agar sentiasa kuat menghadapi dugaan hidup.

Ashira, 37, turut mengakui reda dengan setiap dugaan dan ujian yang telah diatur oleh Allah SWT untuk dia dan suami.

“Hidup kita mungkin tidak berjalan seperti apa yang dirancang. Tapi perjalanan hidup ini berjalan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

“Apa pun, Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Jadi kita harus terus berdoa. Semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki dan bahagia dunia akhirat,” tulisnya.

Terdahulu, sekitar dua minggu selepas mendirikan rumah tangga, Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdullah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menjalani pembedahan memotong satu jari kaki kirinya.

Bad kemudian dimasukkan sekali lagi ke hospital pada 9 Mei bagi menjalani pembedahan memotong tiga lagi jari kaki bagi mengelakkan bakteria merebak.

Bagaimanapun pada September lalu, semua jari kaki sebelah kiri anggota kumpulan Indigo itu terpaksa dipotong akibat kencing manis kronik.

Malah penyanyi itu mengakui memerlukan biaya yang banyak untuk rawatan susulan penyakit yang dihidapinya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miracle_forever 15-10-2021 02:07 PM
wow! gigih buat aktiviti penyucian. semua retis sakit dia visit. mohon bad & ashiera jamu makan tongmo
cc @trexxxxxi wakakkaka
Quote rbmy 15-10-2021 02:27 PM
wahhh semua retis dia jejak..
Quote naina 15-10-2021 02:43 PM
Nampak kurus sangat dah bad ni
Nampak tua 60 an
Kesian Sebb kencing manis memang boleh buat orang kurus dan tua..
Quote makadek 15-10-2021 02:49 PM
Jelekkk gue ...  Adakah geng retis ni menyembah dewasayu tongmo
Quote mamajawie 15-10-2021 04:01 PM
modus operandi penyucian diri..eh pigidaaaaa lelewd..
Quote nolya 15-10-2021 04:19 PM
Apabila kita tidak berbuat ape2 untuk membantu yg berkeperluan, maka janganlah pula  memandang sinis orang yg datang membantu mereka.  Ramai  mendengar  dari jauh kebusukan EL, kemudian gigih  menyebut2, mengira2 dosanya: munafiq dn penunggang agama.. Kebajikan dn pahala yg dibuat  sudah tidak dihargai lagi  malah dianggap sebuah pencitraan dn penyucian nama.  Netizen ingin mendahului  mahkamah negara mengadili  di mahkamah socmed, sementara  mahkamah negara  masih terkial2  mengumpul/mencari bukti untuk mensabitkan kesalahan.

Pedihnya luka yg EL rasakan, tambah pedih lagi bila ramai2 menabur garam. Di kalangan  mereka yg EL bantu,  mereka  rasa lega,  bersyukur dn berterima kasih.  EL menziarahi  mereka yg sakit teruk itu bukanlah ziarah  sekadar bertanya khabar. Datang EL membawa  salam,  salam dihulur salam disambut dn  salamnya  salam berkaut.
Kita.................... mampu?      
Quote Sasa28 15-10-2021 04:49 PM
Bosan lah nolya kepam ni xphm nape bertunggu tangga kt bodgos klau keje kau asik nk ckp psl agama je. Pegi kau sana msuk bod agama[em:6:]
Quote Orix 15-10-2021 07:44 PM
Sasa28: Bosan lah nolya kepam ni xphm  ...


Kahkahkahkah ! Rider mcm tu la
Quote missyL 15-10-2021 08:01 PM
Comey manis je ashira..
Bad nmpk mmg susut gile dah skang. Mcm beza btol mase nikah aritu..

Rajin nye ebit melawat ye
Quote LadyCarefree 15-10-2021 08:21 PM
Orix replied at 15-10-2021 06:44 PM
Kahkahkahkah ! Rider mcm tu la

Dia memang gitu. Setajah bodgos.
Quote nakkomenjugak 15-10-2021 08:35 PM
Heheheheh hamboiiii mari menyucikan diri
Quote matjerk 15-10-2021 08:40 PM
FW menggunakan para astaziah utk mendapat sokonga..
EL menggunakan para retis utk mendapatkan sokongan..
Quote slyfynx 15-10-2021 08:43 PM
No. no. no.
Aku masih cuba menahan diri dari bercakap mende yang buruk sbb aku hormat Bad Indigo.
Please stop treating someone like a prophet weh.................
Quote kon2 15-10-2021 09:11 PM
retis dgn ustaz pura2 berpisah tiada
Quote woven11 15-10-2021 09:25 PM
Kurus bad.. masa nikah hari tu nampak berisi lagi. Semoga cepat sembuh bad
Quote me12345 15-10-2021 10:32 PM
Semoga cepat sembuh bad dan di beri kemudahan
Quote haifawehbe 15-10-2021 10:38 PM
benci dgn osim ni amik kesempatan dgn org yg sakit utk cuci imej taik sendirik..
Quote Cleocatra 15-10-2021 11:05 PM
Bad, kau jangan pulak tulis, “selepas didatangi ostat sayang sayang, jari kaki saya sudah tumbuh kembali. Saya kini tidak lagi perlu tongkat”

Elyana aritu cakap rasa seperti dah baik. Punya la ajaib ostat ini
Quote bedahmenjuyah 15-10-2021 11:32 PM
matjerk replied at 15-10-2021 08:40 PM
FW menggunakan para astaziah utk mendapat sokonga..
EL menggunakan para retis utk mendapatkan sokong ...

Sapa FW?              

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.055332 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top