CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bob Lokman Masuk Hospital Lagi, "Saya Ketua Keluarga Yang Perlu Cari Nafkah Sara Isteri Dan Anak"

15-10-2021 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1996| Komen: 11

Description: Kesihatan pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman, 57, kembali merosot sehingga beliau terpaksa menjalani rawatan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sin ...
Kesihatan pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman, 57, kembali merosot sehingga beliau terpaksa menjalani rawatan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sejak tiga hari lepas.


Menurut Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman, beliau dibawa ke hospital berkenaan setelah mengalami kesukaran bernafas.

“Saya berehat di inap desa di sini dan merasa tidak selesa kerana susah bernafas terus dibawa ke HSB. Doktor periksa dan beritahu jantung saya kembali lemah.

“Saya dinasihatkan untuk berehat, mungkin lama saya dirawat kali ini kerana doktor perlu pantau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Foto: IG


Bob Lokman menjalani rawatan laser untuk menutup jantung atas yang rosak pada awal bulan lepas di HSB dan dibenarkan pulang tiga hari selepas itu setelah keadaannya stabil.

Menurutnya, beliau reda dengan keadaan kesihatannya itu apatah lagi dinasihatkan oleh doktor supaya tidak melakukan apa-apa pekerjaan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan akan datang.

“Doktor kata saya perlu rehat betul-betul dan tak boleh buat apa-apa pekerjaan untuk pastikan jantung saya stabil walaupun tidak pulih sepenuhnya.

“Saya reda walaupun perit nak dengar kerana saya ketua keluarga yang perlu cari nafkah sara isteri dan anak,” katanya.

Katanya, beliau bagaimanapun berbesar hati kerana ada badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care yang membantu mencari dana untuk membiayai perubatan dan perbelanjaannya.

“Alhamdulillah, Muslim Care prihatin cari dana untuk saya. Ringan beban saya kerana perbelanjaan sebelum ini saya yang uruskan.

“Pada masa sama diharapkan semua pihak mendoakan kesihatan saya kembali kepada sedia kala,” katanya.

Bob Lokman menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah pada hujung tahun lepas.

Beliau mempunyai masalah jantung sejak 1998 sebelum itu dimasukkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Bagi mereka yang ingin menderma untuk Bob Lokman  boleh berbuat demikian melalui Muslim Care Malaysia di akaun Bank Rakyat, 1101744 599. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 15-10-2021 02:37 PM
Semoga diper,udahkan segala urusan tuan
Quote missbigrockstar 15-10-2021 03:44 PM
Nanti Evit lews sampai ler

On serious note, moga diberikan kesembuhan segera saudara Bob lokman. Amin.
Quote nakkomenjugak 15-10-2021 08:43 PM
Moga abe Bob dipermudahkan urusan...
Quote eely_shana 16-10-2021 10:57 AM
smga cpat sembuh
Quote Daftpunk_shine 16-10-2021 11:55 AM
Baru nak cakap camni..mana lewlew ni..tak da pun approach bob lokman [em:4:]
Quote emera 16-10-2021 09:04 PM
Tak lama lagi muncul la sorg manusia yang nak buat penyucian
Quote ayse 16-10-2021 09:44 PM
semoga cepat sembuh
Quote CikYaYaYa 17-10-2021 12:26 AM
Semogaa diberi kesembuhan n dipermudahkan urusan
Quote chinta89 18-10-2021 03:01 PM
dia cucu cicit ulamak kat kelantan tu kan
Quote chinta89 18-10-2021 03:02 PM
dia cucu cicit ulamak terkenal di kelantan tu kan. Tok Kenali.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.161982 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top