CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

PKR putus boikot angkat sumpah malam ini

13-6-2013 03:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11508| Komen: 148

Description: PETALING JAYA: PKR akan memutuskan keputusan untuk memboikot majlis angkat sumpah anggota parlimen atau tidak pada mesyuarat Biro Politik malam ini.Ahli Parlimen Ampang, Rafizi Ramli memberitahu keput ...
PKR putus boikot angkat sumpah malam ini


PETALING JAYA: PKR akan memutuskan keputusan untuk memboikot majlis angkat sumpah anggota parlimen atau tidak pada mesyuarat Biro Politik malam ini.

Ahli Parlimen Ampang, Rafizi Ramli memberitahu keputusan akan diperolehi malam ini.

Sebelum ini, PAS dan DAP mengesahkan anggota Parlimen mereka akan hadir majlis angkat sumpah.

Mereka hanya bersetuju untuk memboikot majlis taklimat anggota Parlimen yang diadakan semalam.

Beberapa anggota Parlimen PKR berpendapat, anggota Parlimen Pakatan Rakyat patut memboikot majlis angkat sumpah juga sebagai tanda protes tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya ke 13 lalu.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR menjelaskan, beliau akan menerima segala keputusan yang diputuskan setelah mengambil pandangan setiap parti di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita akan terima pandangan dari ketiga-tiga parti segala keputusan yang diperolehi kita akur.

"Kita tunggu keputusan malam ini," jelasnya.

Rafizi yang mengulas mengenai majlis taklimat di parlimen semalam memberitahu, keputusan untuk boikot majlis tersebut telah diputuskan sebelum ini.

Namum beliau merasakan mungkin ada kesilapan teknikal apabila terdapat seorang Ahli Parlimen Bakri dari DAP yang hadir pada majlis tersebut.

Beliau yang mengulas lanjut mengenar kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang akan memboikot angkat sumpah melibatkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebagai bertentangan dengan Perlembagaan.

"Kenyataan Pandikar itu bertentangan dengan Perlembagaan dan beliau tidak sepatutnya berkata sedemikian.

"Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat mengikut undang-undang sedia ada dan apabila kita hadir untuk angkat sumpah beliau tidak boleh menolak," katanya.

Rafizi yang berkata, di dalam Perlembagaan setiap parti mempunyai hak untuk menetapkan tarikh lain bagi proses angkat sumpah dan sebagai Speaker yang dilantik seseorang itu tidak ada hak untuk menolak.



3

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akughi 13-6-2013 09:34 AM
Pas, DAP tidak boikot angkat sumpah


KUALA LUMPUR 12 Jun - Pas dan DAP tidak akan mengikuti langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, tiada sebab Ahli Parlimen DAP yang telah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu memboikot majlis angkat sumpah dan sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

Katanya, rakyat telah memberi mandat kepada Ahli-Ahli Parlimen DAP yang menang dan golongan itu perlu menghormati keputusan rakyat mahukan mereka sebagai wakil di Parlimen.

"Ahli DAP yang telah menang kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu akan hadir angkat sumpah. Kami tidak akan boikot.

"Walaupun ada perkara yang kami tidak bersetuju tetapi ada saluran betul boleh digunakan untuk tunjuk rasa tidak puas hati. Rakyat telah memilih kami, jadi kami perlu amanah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen kerana mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu, boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59 (1) Perlembagaan.

Mengulas mengenai sebab tidak hadir pada majlis taklimat kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat Majlis Parlimen Ke-13 semalam, Seng Giaw memberitahu, beliau perlu menghadiri upacara pengebumian mendiang ayahnya yang meninggal dunia pada 7 Jun lalu.

Sementara itu Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata, Pas telah bermesyuarat dan membuat ketetapan akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen.

"Kami telah membuat ketetapan akan hadir. Begitu juga dengan DAP, saya dimaklumkan ahli-ahli Parlimen mereka turut hadir.

"Saya mengetahui PKR merancang untuk memboikot majlis angkat sumpah itu melalui laporan akhbar tetapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Apa pun Ahli-Ahli Parlimen Pas tetap akan hadir," jelasnya.
Quote akughi 13-6-2013 09:36 AM
ape sudah jadi?

sekarang dah tak senada ke?
Quote akughi 13-6-2013 09:37 AM
mat sabu ari tu berapi api cakap nak arahkn pemimpin PAS boikot angkat sumpah tu....

mane mat sabu.....dah jadi buih ke
Quote akughi 13-6-2013 10:18 AM
Harun enggan ulas kenyataan Mat Sabu


KUALA TERENGGANU 9 Jun - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib enggan mengulas lanjut kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu seluruh pimpinan parti itu turut serta dalam perhimpunan pembangkang 15 Jun ini.

Katanya, beliau tidak tahu-menahu mengenai kenyataan itu dan tidak mahu membuat sebarang ulasan.

"Saya tak tahu pun. Jadi, saya malas nak komen panjang-panjang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Harun berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu selepas mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mat Sabu, jawatankuasa itu sebulat suara bersetuju supaya parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya seperti yang dilaporkan portal propembangkang, Malaysiakini.

Kenyataan itu sekali gus bertentangan dengan pendirian yang disuarakan Harun sebelum ini bahawa Pas tidak menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut kerana menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas mengenai perbezaan pendirian itu, Harun sekadar menegaskan, menyertai perhimpunan bagi penyokong dan pemimpin Pas adalah perkara biasa.

"Kita memang 'sokmo' (selalu) pergi himpunan. Pergi dengar ceramah dan sebagainya. Biasalah," katanya.
Quote Anak_Nogori 13-6-2013 10:20 AM
Tido sama...mimpi lain2...lama dah Che Det kata..
Quote chaintea 13-6-2013 10:21 AM
kalu boikot speaker kata lucut jawatan
so kalu ramai2 kena lucut jwtn ada pilihanraya x?

Quote pyropura 13-6-2013 10:23 AM

ade ke orang2 tido dengan mimpi yang sama semua...??
Quote akughi 13-6-2013 10:23 AM
chaintea posted on 13-6-2013 10:21 AM
kalu boikot speaker kata lucut jawatan
so kalu ramai2 kena lucut jwtn ada pilihanraya x?

kene buat pilihanraya kecil la
Quote Anak_Nogori 13-6-2013 10:24 AM
chaintea posted on 13-6-2013 10:21 AM
kalu boikot speaker kata lucut jawatan
so kalu ramai2 kena lucut jwtn ada pilihanraya x?

Opkoslah satu PRK diadakan semula..

yg eloknya 89 kerusi pembanggang yg ada tu boikot je angkat sumpah tu nanti...
Quote crossfire 13-6-2013 10:26 AM
Anak_Nogori posted on 13-6-2013 10:24 AM
Opkoslah satu PRK diadakan semula..

yg eloknya 89 kerusi pembanggang yg ada tu boikot je angkat ...

riwayat abg sabu dlm politik bakal berkubur sama juga dgn HUSAM JANAPARI.... oh abg sabu.

Quote Anak_Nogori 13-6-2013 10:28 AM
crossfire posted on 13-6-2013 10:26 AM
riwayat abg sabu dlm politik bakal berkubur sama juga dgn HUSAM JANAPARI.... oh abg sabu.

Aminnnnnnnnnnnnnn.
Quote chaintea 13-6-2013 10:30 AM
yeay pilihanraya lagik..hoyeahhh

Quote tapibukanaku 13-6-2013 10:32 AM
banyak cakap pulak si rafizy ni
baru jadi MP da berlagak cam semua benda tau

oppss..lupa pulak...pengarah strategi PKR. eh bukan, pengarah kumpul bukti PKR



puii....
Quote zach2008 13-6-2013 10:34 AM
sudah-sudah la... usah bermimpi lagi dan terima kenyataan.
PRU13 dah abis, sekarang masa untuk memberi semula kepada pengundi.

Jgn la dok kata manifesto tu bukan janji. Apa2 bentuk kata2 yg kita luahkan untuk pengundi kita sebelum menang hendaklah dikota. Buat kerja la... yg memerintah memrintah dgn baik. Yg membangkang jadilah pembangkang yg cerdik. Jgn dok main bangkang je... muak
Quote akughi 13-6-2013 10:35 AM
chaintea posted on 13-6-2013 10:30 AM
yeay pilihanraya lagik..hoyeahhh

PKR terbaik katanye, nnt datang la mengundi ye, tak lame lagi keluar lagi la cerita bangla 40ribu tu keluar mengundi kat selangor
Quote akughi 13-6-2013 10:37 AM
zach2008 posted on 13-6-2013 10:34 AM
sudah-sudah la... usah bermimpi lagi dan terima kenyataan.
PRU13 dah abis, sekarang masa untuk memb ...

dia desak pengarah SPR letak jawatan kononnye SPR tak bersih.....tapi satu bukti pun tak terbukti lagi.....cakap tak serupa bikin tuiiiii
Quote akughi 13-6-2013 10:38 AM
pengundi hantu bakal tiba seramai satu jota org



Quote snipersnake 13-6-2013 10:40 AM
tak matang langsung.

kamon la PR, buat penat org undi lu orang. patutnya korang submit la petition tuh. lepas tuh buat kerja. jaga kawasan masing2. claim itu claim ini, tapi sibuk demo je. last week masa pi pasar, aku terserempak ngan Tian Chua. aku kata kat dia, camne dia nak kerja utk rakyat kalo asyik masuk jel je.

majukan kawasan masing2. kita lawan dari segi itu pulak. yg jalan tar takder atau berlopak, buat la jalan tar baru. yg takder jambatan, buat la jambatan. yg kena ada sekolah, buat la sekolah. fight la gitu. unless nak buat tapi kerajaan puasat tak bagi, ha lain cerita. nak tunggu sampai ada kemalangan jiwa ke mcm kat sarawak tuh sbb takder jalan raya walaupun pengundi BN bertawun2? nak jadik gitu? kalau gitu  baik org undi BN hari tuh, sama je.
Sian anak-anak nih.
Quote tapibukanaku 13-6-2013 10:42 AM
akughi posted on 13-6-2013 10:37 AM
dia desak pengarah SPR letak jawatan kononnye SPR tak bersih.....tapi satu bukti pun tak terbukti  ...

berpeluh tu si rafizy kumpul bukti
bukan senang nak dpt jawatan pengarah kumpul bukti pkr


Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.066818 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top