CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Motosikal Berkuasa Tinggi Dilarang Berkonvoi

15-4-2015 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13494| Komen: 91

Description: "Masih Ada Penunggang Motosikal Yang Menggunakan Topi Keledar Berbentuk Separuh Atau 'Kura-Kura' Yang Sebenarnya Dibuat Untuk Tujuan Rekreasi Dan Tidak Sesuai Digunakan Di Atas Jalan Raya," Katany ...
Larangan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Buat Konvoi Besar

Gambar hiasan


KUANTAN: Penunggang motosikal berkuasa tinggi tidak digalakkan untuk menganjurkan konvoi dalam jumlah yang besar kerana ia berisiko tinggi untuk ditimpa kemalangan jalan raya. 

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Abdul Haris Lakar, berkata jika seorang peserta konvoi terjatuh, lazimnya beberapa rakan di belakang akan terlibat sama kerana tidak sempat mengelak atau memberhentikan motosikal. 

"Lebih baik jika konvoi dilakukan dalam dua atau tiga orang sahaja, dan diselang dengan dua atau tiga orang lagi di belakang, dalam jarak yang selamat," katanya.

Abdul Haris berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program advokasi khas bersama JKJR di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan di sini, hari ini. Beliau juga menambah kesilapan yang sering dilakukan penunggang motosikal berkuasa besar semasa berkonvoi adalah menggunakan laluan paling kanan. 


Sedangkan, katanya, laluan itu sebenarnya untuk tujuan memotong dan kenderaan yang menggunakannya perlu kembali ke laluan tengah selepas selesai memotong. "Ada pengguna jalan raya lain membuat rungutan mengenai situasi yang mereka hadapi dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi ini. 

Sebab itu kita harap mereka boleh melaksanakan aktiviti berkonvoi secara berhemah. "Lakukan dalam kumpulan yang kecil, ikut peraturan dan had laju yang selamat serta dapatkan khidmat marshal yang bertauliah selain mempunyai seorang 'sweeper' di akhir konvoi," katanya.

Selain itu, Abdul Haris juga mengingatkan semua penunggang motosikal agar menggunakan topi keledar yang menepati spesifikasi SIRIM kerana ia telah menjalani ujian ketahanan. 

"Masih ada penunggang motosikal yang menggunakan topi keledar berbentuk separuh atau 'kura-kura' yang sebenarnya dibuat untuk tujuan rekreasi dan tidak sesuai digunakan di atas jalan raya," katanya. Pada program itu, JKJR turut mengadakan demonstrasi yang menunjukkan topi keledar tanpa kelulusan SIRIM mudah dipecahkan dengan hanya menggunakan tukul. 

Abdul Haris juga menyampaikan sumbangan 100 topi keledar dan 100 jaket dan pelekat pantulan cahaya kepada kakitangan dan penuntut UIAM yang melalui laluan utama kampus itu. - BERNAMA

3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
4

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sis_yus 14-4-2015 03:04 PM
musim cuti memang banyak r motor2 konvoi ni... suka gak tgk hihihi
Quote krustykrab 14-4-2015 03:06 PM
konvoi konvoi jugak, tp jgn la buat mcm jalan mak bapak ekau  yg punya...
suka2 tahan keta, suruh keta bg laluan kat korg...ehhh aku pun bayor tol jugak, korg tak bayar pun
Quote AbukRokok 14-4-2015 04:10 PM
Selayaknyalah ramai yg mampus hampir setiap minggu.
Quote kasibiman 14-4-2015 04:20 PM
krustykrab replied at 14-4-2015 03:06 PM
konvoi konvoi jugak, tp jgn la buat mcm jalan mak bapak ekau  yg punya...
suka2 tahan keta, suruh k ...




meluat sangat bangsat buat pangai hiway mcm habah dia punya.

Quote famri7 14-4-2015 04:25 PM
AbukRokok replied at 14-4-2015 08:10 AM
Selayaknyalah ramai yg mampus hampir setiap minggu.

kan sis...bawak moto dah la cam bangsat, kalo makan dekat rnr perangai persis babum seko2 terpekik2 gelak2 pastu skali skala usha2 orang sekeliling fefeeling ummah sekeliling duk kagum terngaga tengk diorang..babi sangt...fefeeling pakai suit segala nampak cool persis kokeshen...tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.

Quote axl_bach 14-4-2015 04:37 PM
famri7 replied at 14-4-2015 04:25 PM
kan sis...bawak moto dah la cam bangsat, kalo makan dekat rnr perangai persis babum seko2 terpekik ...

tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.

apsal lepas buka helmet baru terpancar perut buncit??? perut pun masuk helmet ker??lol

Quote Aya_Osman 14-4-2015 04:38 PM
suke tgk motor..tapi xberape suke sgt dgn geng2 neh..fefeeling bagus yg amat...
Quote mattzzx 14-4-2015 04:40 PM
Biasa yang konvoi tu bawak motor laju macam nak berlumba sajee.....
Quote famri7 14-4-2015 04:55 PM
axl_bach replied at 14-4-2015 08:37 AM
tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.

apsal lepas buka  ...

Saya lehat muka pprt seko2 trus bleh ramal saiz ukur lilit perut seko2 sis..
p/s dp bro telah termotivate saya untuk get in shape kembali.
Quote dragger 14-4-2015 04:59 PM
axl_bach replied at 14-4-2015 04:37 PM
tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.

apsal lepas buka  ...

simpan perut dalam helmet kot


Quote axl_bach 14-4-2015 05:06 PM
famri7 replied at 14-4-2015 04:55 PM
Saya lehat muka pprt seko2 trus bleh ramal saiz ukur lilit perut seko2 sis..
p/s dp bro telah ter ...

hahahaha, puak2 tu xpayah tunggu nampak muka dorg pun dah nampak perut dok atas tangki minyak..........jarang sgt laa sek2 konvoi motor beso nih badan sado katang bagai

Quote axl_bach 14-4-2015 05:06 PM
dragger replied at 14-4-2015 04:59 PM
simpan perut dalam helmet kot

hahahahah, tu yg lawak tu.........tunggu helmet dibuka baru terpancar perut boroi kekdahnya......

ke aku silap pemahaman......

Quote dragger 14-4-2015 05:08 PM
axl_bach replied at 14-4-2015 05:06 PM
hahahahah, tu yg lawak tu.........tunggu helmet dibuka baru terpancar perut boroi kekdahnya......
...

takpe.. pemahaman ko tu betul

cume org yg menyampaikan tu yg tak betul




Quote lavabutang 14-4-2015 05:08 PM
axl_bach replied at 14-4-2015 05:06 PM
hahahaha, puak2 tu xpayah tunggu nampak muka dorg pun dah nampak perut dok atas tangki minyak..... ...

ramai jer mat motor besar yang bukan gay main besi...

lu tak join memang la lu tak tau..




Quote milo_888 14-4-2015 05:16 PM
famri7 replied at 14-4-2015 04:25 PM
kan sis...bawak moto dah la cam bangsat, kalo makan dekat rnr perangai persis babum seko2 terpekik ...

Haahahha.. mmg ye pun.. pastu cara salam ada style mengikut kelab apa dorang join.. ada kelab yg siap ada by laws.. politik sesama dorang pun kuat

Macam politik cawangan dan bahagian gayanya.. meeting2 tiap2 minggu.. isu termasuklah account, jawatan..

Yg best tu ada yg kalau lunjur kaki ke bawah belum tentu jejak tanah.. tergantung je kt clutch ke apa orang panggil tu..
Quote axl_bach 14-4-2015 05:18 PM
lavabutang replied at 14-4-2015 05:08 PM
ramai jer mat motor besar yang bukan gay main besi...

lu tak join memang la lu tak tau..

pe kaitan mat motor besar, main besi, dgn gay????

nape mesti sebut gay?? ko gay ke??lol

Quote dino 14-4-2015 05:19 PM
axl_bach replied at 14-4-2015 04:37 PM
tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.

apsal lepas buka  ...

weh ko dah jd hulk ke?


Quote dino 14-4-2015 05:19 PM
axl_bach replied at 14-4-2015 05:18 PM
pe kaitan mat motor besar, main besi, dgn gay????

nape mesti sebut gay?? ko gay ke??lol

tak sangka slalu hadap dinding bleh jd gay
Quote lavabutang 14-4-2015 05:20 PM
axl_bach replied at 14-4-2015 05:18 PM
pe kaitan mat motor besar, main besi, dgn gay????

nape mesti sebut gay?? ko gay ke??lol

lu main besi tak join motor besar = lu gay.
geng sutun .






Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.094026 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top