CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Flat mengalami retak dan tidak stabil

13-6-2013 09:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7489| Komen: 34

Description: Dengkil: “Saya terkejut apabila melihat dinding dapur retak dan rumah pula tiba-tiba senget selepas bunyi pelik menyebabkan kami sekeluarga bergegas keluar,” kata M Saraswaty, seorang daripada 266 p ...
Dengkil: “Saya terkejut apabila melihat dinding dapur retak dan rumah pula tiba-tiba senget selepas bunyi pelik menyebabkan kami sekeluarga bergegas keluar,” kata M Saraswaty, seorang daripada 266 penghuni Blok 5 Flat Taman Permata, di sini, yang terpaksa berpindah selepas bangunan itu didapati tidak selamat didiami berikutan keretakan sejak petang kelmarin.

Saraswaty, 49, yang sudah tinggal di situ sejak 16 tahun lalu berkata, dia mula menyedari kejadian itu kira-kira jam 6 petang kelmarin ketika sedang berehat bersama anak, menantu dan cucu di rumah.

“Sebelum ini, ada beberapa rumah di flat ini mengalami keretakan, tetapi tidak seteruk kali ini dan terasa senget sehingga pintu bilik pun tidak boleh ditutup.


“Kami tidak mahu tinggal di sini lagi kerana flat ini tidak lagi selamat. Mahu duduk setengah jam dalam rumah pun bimbang, apatah dalam tempoh lama. Kami tidak sanggup,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Tinjauan Harian Metro mendapati beberapa rumah di blok itu mengalami keretakan agak teruk, jubin bertaburan di lantai manakala keadaan flat empat tingkat itu pula mendap.

Saluran air bawah tanah di penjuru flat didapati mengalirkan air terus ke longkang dan ia dipercayai penyebab berlakunya mendapan berkenaan.

  

Disebabkan keadaan bangunan yang tidak selamat, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengarahkan semua penduduk berpindah sementara waktu bagi membolehkan mereka membuat pemantauan terhadap keselamatan flat.

Seorang lagi penduduk, M Kalimah, 39, berkata dia menyedari kejadian itu apabila terasa rumah seolah-olah bergegar sebelum mendengar jiran menjerit meminta mereka turun segera kerana unit kediaman retak teruk.

“Ketua blok terus menghubungi polis dan bomba sebelum diminta mengosongkan rumah dengan segera akibat keretakan itu. “Malam tadi (kelmarin) kami tidur di khemah yang disediakan dan ada di kalangan penduduk tinggal di Dewan Serbaguna Dengkil, semua tidak berani masuk ke rumah kerana bimbangkan keselamatan,” katanya.

Penduduk, Michael Dass, 24, berkata jubin dinding dapur rumahnya ‘luruh’ secara tiba-tiba dan beberapa bahagian dinding rumahnya retak akibat kejadian itu. Menurutnya, ibunya paling sedih akibat kejadian itu kerana sudah menghabiskan RM40,000 untuk mengubah suai kediaman yang diduduki sejak 16 tahun lalu.

“Ibu sangat sedih kerana dia ingat boleh tinggal dengan selamat dan selesa selepas mengubah suai rumah, tiba-tiba kejadian ini berlaku sedangkan wang simpanan sudah banyak habis dibelanjakan,” katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote the_killer 13-6-2013 08:34 AM
update

Dengkil: Semua penduduk di Blok 5 Flat Taman Permata di sini, diminta berpindah sementara waktu ke dewan orang ramai atau rumah saudara-mara sebagai langkah keselamatan berikutan keretakan pada bangunan berkenaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Mohd Sayuti Bakar berkata, pemindahan penduduk itu sebagai langkah berjaga-jaga sementara menunggu keputusan pakar forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) untuk membuat penilaian ke atas struktur bangunan sama ada ia selamat atau sebaliknya.


“Kami sedang menunggu nasihat pakar sebelum membuat sebarang keputusan sama ada membenarkan penduduk pulang atau sebaliknya, keputusan mungkin diketahui secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

“Punca kejadian belum dikenal pasti memandangkan kita masih menunggu keputusan pakar yang menjalankan siasatan, namun secara mata kasarnya bangunan itu tidak terlalu merbahaya cuma memerlukan kerja membaikpulih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Mohd Sayuti berkata, beliau turut difahamkan flat itu sudah beberapa kali dibaik pulih akibat beberapa kerosakan, bagaimanapun ia bukan di bawah bidang kuasa MPSepang memandangkan ia dibangunkan pihak swasta.


Pada masa sama, beliau turut menasihatkan penduduk supaya sentiasa bekerjasama dengan MPSepang dan mematuhi arahan dikeluarkan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Apabila kita mendapat pandangan daripada pakar kelak, kita akan maklumkan kepada penduduk. Jika perlukan kerja-kerja baik pulih ia akan dijalankan nanti, semuanya bergantung kepada siasatan JKR dan IKRAM,” katanya.
Quote cammie1711 13-6-2013 08:41 AM
Maunye tak senget...reno sana sini..dah la flat murah je pun tapi reno smpai jadi kondo. Macammane la tak jahanam struktur bangunan tu
Quote gaara_X 13-6-2013 08:50 AM
Benda dah nak jadi nak wat cam ne......sabar laa....biar pihak yang berwajib membuat pemeriksaan dulu......
Quote wafeenaulia 13-6-2013 08:53 AM
Bahaya ni...klau dh retak2 mcm tu sila pindah k
Quote md.jie 13-6-2013 08:58 AM
memang design sebegitu kot.. ala menara condong gitew
Quote kaknab 13-6-2013 08:58 AM
atau masa dalam construction, contractor mengunakan bahan binaan yang murah tiada kualiti,  salah satu factor..
Quote zwaty 13-6-2013 09:00 AM
takutnya
Quote artcrime 13-6-2013 09:01 AM
ultraman mengamuk disepang pula? hhmpphh!!
Quote Anak_Nogori 13-6-2013 09:03 AM
tak keluar plak ni semua salah UMNO..
Quote tapibukanaku 13-6-2013 09:07 AM
Anak_Nogori posted on 13-6-2013 09:03 AM
tak keluar plak ni semua salah UMNO..

kejap lagi keluar lah tu....jgn diseru-seru lagi...



Quote Anak_Nogori 13-6-2013 09:09 AM
tapibukanaku posted on 13-6-2013 09:07 AM
kejap lagi keluar lah tu....jgn diseru-seru lagi...

Satu lagi...ni masalahnya bila amik alih dari kerajaan UMNO dulu...
Quote tapibukanaku 13-6-2013 09:11 AM
Anak_Nogori posted on 13-6-2013 09:09 AM
Satu lagi...ni masalahnya bila amik alih dari kerajaan UMNO dulu...

satu lagi...ni lah masalahnya amik kontraktor dari kroni2 dorang je
tau makan duit jek


Quote Dzulqarnain 13-6-2013 09:12 AM
...jgn simpan timbang air dlm freezer.
Quote dragger 13-6-2013 09:23 AM
gambar senget ke atau mmg flet tu senget camtu
Quote Anak_Nogori 13-6-2013 09:25 AM
tapibukanaku posted on 13-6-2013 09:11 AM
satu lagi...ni lah masalahnya amik kontraktor dari kroni2 dorang je
tau makan duit jek

Semua tu jangan tak tahu...nak lepas tangan lah bila dah jadi kera jaan..

Quote tapibukanaku 13-6-2013 09:31 AM
Anak_Nogori posted on 13-6-2013 09:25 AM
Semua tu jangan tak tahu...nak lepas tangan lah bila dah jadi kera jaan..

hello...sape yg tak mau masukkan kroni sendiri?
tak kisah lah kau parti mana pun kan...ini tak, sibuk menjaja cam lah suci murni
bebas korupsi. bebas kronisme, clean & clear

teringat kata2 seorg penyokong tegar puak tu..
"ko tau, guan eng tu clean&clear tau. dia tak amalkan kronisme dlm politik dia. no korup2 ok!'
'so tak salah pun aku nak pangkah depa nnt'


puii....
Quote namirulmukminin 13-6-2013 09:33 AM
Ini semua salah ANWAR!!!

@Anak_Nogori @tapibukanaku  
Quote chaintea 13-6-2013 09:33 AM
xde gbr ke?

ini sumer salah UMNO (ok dah jwb seruan..)
Quote azlinahmad 13-6-2013 09:35 AM
apa apa pun....pindah dulu sebelum kejadian tak di ingini.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.301599 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top