CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahalnya : Apabila Sambal Sotong Dijual Rm1 Sehiris..

30-3-2015 09:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19296| Komen: 169

Description: Rata-Rata Pengguna Facebook Memberikan Komen Yang Negatif Ke Atas Tindakan Pemilik Kafe Berkenaan Yang Menjual Makanan Pada Harga Yang Tidak Munasabah Terutamanya Kepada Para Pelajar.
Mahalnya : Apabila Sambal Sotong Dijual Rm1 Sehiris

Gambar sambal sotong yang dimuat naik oleh Oh! Media di laman Facebooknya itu menjadi tumpuan warga internet apabila sambal berkenaan didakwa dijual RM1 bagi setiap satu hiris.

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Sekeping gambar yang menunjukkan hidangan sambal sotong yang dikatakan dijual pada harga yang mahal di sebuah kafe makanan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi viral di media sosial.

Gambar berkenaan yang dimuat naik oleh Oh! Media di laman Facebooknya itu menjadi tumpuan warga internet apabila sambal berkenaan didakwa dijual RM1 bagi setiap satu hiris.

Menurut laman berkenaan, kafe berkenaan sering mencekik darah para pelajar dengan menjual makanan pada harga yang cukup tinggi dan berseloroh dengan mengatakan ia akan dijual pada harga RM1.60 selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Rata-rata pengguna Facebook memberikan komen yang negatif ke atas tindakan pemilik kafe berkenaan yang menjual makanan pada harga yang tidak munasabah terutamanya kepada para pelajar.

Cik Sal Lily dalam komennya menyindir pemilik kafe berkenaan dengan mengatakan harga sambal sotong berkenaan tidak sepatutnya dijual pada harga berkenaan.

“Amboi mahalnya. Kalau makan sotong ni kena kemam je dalam mulut dua atau tiga hari sebab mahal sangatkan, sayang hendak telan,” katanya.

Mankala Fadzlynn Type R pula menasihatkan pemilik kafe tersebut supaya tidak menjual hidangan tersebut sekiranya harga sotong di pasaran dijual pada harga yang tinggi.

“Kalau rasa sotong tu mahal, tak payah la jual dan ingat pelajar ini anak orang kaya ke?

“Anak orang kaya pun nak berjimat.. Sepatutnya jual pada harga murah yang mana kemudiannya rezeki pun akan murah kalau kita berniaga sambil bersedekah,” ujarnya.

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanakikan 29-3-2015 10:24 PM
Kalau mahal x payah beli. Meggi cup kan ada. Sesuai la dgn student life
Quote nagapompuan 29-3-2015 10:27 PM
Penjual sambal neh namanyer haji bakhil ke? Celaker punye mahal. Kedekut sgt dop payah jual lah. Makan sendiri udah
Quote faraway1 29-3-2015 10:31 PM
so, janganlah beli, biar aje basi ke busuk...

ni dah tau mahal still beli, no wonder penjual suka hati
letak harga..
Quote Changa 29-3-2015 10:33 PM
mahal nya.
kakak makan sotong celup tepung panas2 kat besut semalam satu pinggan porsi besar boleh makan untuk 4 orang baharu RM8 hengget.
Quote Changa 29-3-2015 10:34 PM
padahal sotong sekilo around RM20++ jah kan sis?
sotong bukan nya mcm ayam ada tulang pelbagai, isi semata2
Quote bellaa 29-3-2015 10:34 PM
bella dah kira sotong dalam tray tuh..

semuanya ada 30 ketui..



Quote ice_sky92 29-3-2015 10:37 PM
mahalnya.....
Quote cemolot 29-3-2015 10:39 PM
cepat naik haji
Quote Madel 29-3-2015 10:39 PM
Yg aku nampak ada lebih 30hiris sotong dlm bekas tu
RM 1 x 30 = rm30hinggit
Gilaa

Ni kalau tauke kedai tak kaya raya..aku pun tak leh nak kata apa
Quote ib-instaforex 29-3-2015 10:40 PM
bellaa replied at 29-3-2015 10:34 PM
bella dah kira sotong dalam tray tuh..

semuanya ada 30 ketui..

siap kira lagi 2 rajinnya
Quote dodolgemok 29-3-2015 10:41 PM
viralkan aja kasi bankrupt haji bakhil sekor ni.pastu kasi report supaya confiscate tutup abes kedai dia baru tau balasan tuhan.
Quote MissNigga 29-3-2015 10:42 PM
mahal giler babeng ....

kalo dah tau mahal .. boikot jer restoren tue ... biar lingkup .. padan muka
Quote bellaa 29-3-2015 10:48 PM
ib-instaforex replied at 29-3-2015 10:40 PM
siap kira lagi 2  rajinnya

hihi
Quote NazilaSK 29-3-2015 10:53 PM
Mak aihhh...sotong turun dari langit ke?
Quote mikasa 29-3-2015 10:56 PM
MissNigga replied at 29-3-2015 10:42 PM
mahal giler babeng ....

kalo dah tau mahal .. boikot jer restoren tue ... biar lingkup .. padan  ...

betul tu .kalau aku kat sana...terus guna kuasa pengguna. Semua student dan staff boikot beli kat cafe tu
Quote payungterjun 29-3-2015 10:58 PM
Mujur la dia tulis

Kang sekali cedok 3 senduk

Kena RM30 terus terduduk

Time tu la kita bising2 marah2 apsal tak tulis harga

Hargai lah kejujurannya. Pengsan
Quote Anak_Nogori 29-3-2015 11:00 PM
Tapi mesti sibodoh percaya sambal sotong tu dah kena gst..sbb tu mahal katenya..
Quote dani-rox 29-3-2015 11:02 PM
Ohmaaii... Mahal nak mamps. Apa sotong dr lautan pasifik kah. Boikot jah kedai tersebut... Kuasa di tangan pembeli gituhh.
Quote jfq 29-3-2015 11:03 PM
Kafe kat universiti bukan ada subsidi ke.
Tu lagi mau jual mahal kat students

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060169 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top