CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Remaja Jalan Kaki Cuci Masjid Seluruh Negara

23-2-2015 11:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6573| Komen: 39

Description: Setelah 28 Hari Mengembara Berjalan Kaki Yang Bermula Dari Shah Alam, Selangor Hingga Ke Sini, Anas Aiman Jaffry, 27, Adiknya Muhammad Aidil, 24, Dan Rakan Mereka Hizamuddin Aliddin, 25, Telahpun Meng ...
Tiga Remaja Jalan Kaki Cuci Masjid Seluruh Negara


MUAR - Demi hasrat membuat kerja amal dan minat mengembara, dua beradik dan seorang rakan mereka bertekad ingin mencipta rekod berjalan kaki ke seluruh negara dengan niat untuk membersih masjid-masjid terpilih sepanjang perjalanan mereka itu.

Setelah 28 hari mengembara berjalan kaki yang bermula dari Shah Alam, Selangor hingga ke sini, Anas Aiman Jaffry, 27, adiknya Muhammad Aidil, 24, dan rakan mereka Hizamuddin Aliddin, 25, telahpun mengunjungi serta membersih 19 buah masjid.


Mengikut perancangan, dalam tempoh enam bulan pengembaraan, sebanyak 132 masjid di seluruh negara akan mereka kunjungi bagi tujuan itu.

"Kami berhajat mencipta rekod melalui Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid yang dijangka mengambil masa enam bulan.

"Pengembaraan kami ini berlainan kerana dalam tempoh itu kami akan membersihkan masjid secara sukarela kerana misi kami ini ingin memberitahu masyarakat, masjid adalah milik kita semua kerana ia adalah rumah Allah SWT," kata Anas Aiman kepada pemberita setibanya mereka di pekan Parit Bakar di sini, hari ini.

Berasal dari Sabak Bernam, Selangor, mereka yang sebelum ini bekerja masing-masing sebagai penyelia stor dan pengawal keselamatan, sanggup meletak jawatan demi untuk merealisasikan hasrat itu.

"Alhamdulillah hasrat kami untuk mengembara sambil membersih masjid mendapat sokongan semua pihak termasuk keluarga dan bekas majikan. Bekas majikan kami pun bersedia untuk menerima kami semula selepas ini," katanya.

Anas Aiman berkata, mereka memulakan kembara sejak 24 Jan lalu dan telah mengunjungi 19 masjid di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Selepas ini ketiga-tiga pemuda itu akan memasuki Batu Pahat dan Mersing selain ke Pahang, Terengganu, Kelantan sehingga ke negeri di Pantai Barat Semenanjung sebelum mengakhirinya di Shah Alam semula.

Ketika ditanya cabaran yang perlu ditempuhi, beliau menjawab: "mengembara dalam keadaan cuaca yang panas dan menempuh hujan", namun keadaan itu diharapkan tidak menjejaskan semangat mereka untuk menghabiskan kembara murni itu.

Anas Aiman berkata, apabila tiba di masjid terpilih itu, mereka akan melakukan kerja-kerja amal bermula pukul 8 pagi sehingga waktu Zohor antaranya mencuci tandas, menyapu sampah, membersih halaman dan mengecat bergantung kepada keperluan masjid tersebut.

Menurutnya antara keperluan yang dibawa adalah khemah selain bekalan ubat dan air mencukupi yang dimuatkan ke dalam sebuah troli kecil bagi memastikan kembara itu lancar.

Beliau berkata, sekiranya tidak berjaya menamatkan kembara tersebut pada akhir Jun ini, mereka akan tetap meneruskannya sehingga selesai termasuk bersedia berpuasa dan berhari raya di atas jalan raya.

Katanya mereka bersyukur kerana sepanjang kembara itu, mereka mendapat sambutan baik daripada masyarakat dan kariah masjid dikunjungi dengan menghulurkan makanan serta wang. 

2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikmi 21-2-2015 07:03 PM
remaja ke umur gitu?
Quote lavapuma 21-2-2015 07:09 PM
Ala...benda ni wa dah buat masa wa pengakap dulu..form 4..sebulan 20 masjid..5 negeri

Quote olaoli 21-2-2015 07:09 PM
Remaja purba
Quote mystica 21-2-2015 07:32 PM
Bagusnya.....
Quote sixret 21-2-2015 07:36 PM
Sebak baca. Respek. Semoga kebaikan2 datang kepada mereka. Insya Allah.
Quote razhar 21-2-2015 07:38 PM
lavapuma replied at 21-2-2015 07:09 PM
Ala...benda ni wa dah buat masa wa pengakap dulu..form 4..sebulan 20 masjid..5 negeri

wa pircaya.....lu @dino ??? pircaya tak?
Quote MissNigga 21-2-2015 07:40 PM
.. sekarang kijenya mengembara dalam porem .. menyemak dalam thread ... bangkai ID dan MN bersepah kat merata rata ... lagi lagi kije 24/7 menjaga CC ... lagi ler senang nak berporem 24//7
Quote lavapuma 21-2-2015 07:55 PM
mystica replied at 21-2-2015 07:32 PM
Bagusnya.....

Wa memang bagus..ni pun baru hanis imamkan solat mahgrib kat surau area wa...

Quote CiliPadiSedap 21-2-2015 07:55 PM
lavapuma replied at 21-2-2015 07:09 PM
Ala...benda ni wa dah buat masa wa pengakap dulu..form 4..sebulan 20 masjid..5 negeri

Kau daripada dulu kaki sembang dkt cari forum
Quote lavapuma 21-2-2015 07:59 PM
razhar replied at 21-2-2015 07:38 PM
wa pircaya.....lu @dino ??? pircaya tak?

Si dino tu...pagi raya je dia pi masjid..

tu pun bawak cawan kosong berdiri kat pintu masjidj je..



Quote lavapuma 21-2-2015 08:01 PM
CiliPadiSedap replied at 21-2-2015 07:55 PM
Kau daripada dulu kaki sembang dkt cari forum

Dah penat cuci masjid...relax berforum la..

Tak salah la kan..

Tak macam lu...berat kaki ke masjid..



Quote jazaa 21-2-2015 08:07 PM
razhar replied at 21-2-2015 07:38 PM
wa pircaya.....lu @dino ??? pircaya tak?

aku tak purcaya!!!!......


tak purcaya.....tak purcaya.....
Quote aechae 21-2-2015 08:39 PM
MissNigga replied at 21-2-2015 07:40 PM
.. sekarang kijenya mengembara dalam porem .. menyemak dalam thread ... bangkai ID dan MN bersepah k ...

hahahaha....komen plg win
Quote MissNigga 21-2-2015 08:45 PM
aechae replied at 21-2-2015 08:39 PM
hahahaha....komen plg win

tak payah mention nama.. suma orang tau sapa yang iols maksudkan ...
nengok lah posting posting atas tue... sembang bukan main lebat ... sumanya hebat hebat belako ... hakikatnya kije jaga CC sajork ...
Quote aechae 21-2-2015 08:50 PM
MissNigga replied at 21-2-2015 08:45 PM
tak payah mention nama.. suma orang tau sapa yang iols maksudkan ...
nengok lah posting posting a ...

dia klu isu cite yg best2 mula lah nk selit nama n watak nya skali.... kurg kasih syg sgt....siapala disebalik jari yg menaip tu...

Quote MissNigga 21-2-2015 08:59 PM
aechae replied at 21-2-2015 08:50 PM
dia klu isu cite yg best2 mula lah nk selit nama n watak nya skali.... kurg kasih syg sgt....siapa ...

Biasanya ... this kind of ppls, in reality ... life must be full of sorrowness and sadness .. tak buhagia...masuk jer porum ... personality teruih bertukar menjadi apa yang dia nak .. yang tak dikecapi dalam kehidupan reality ...

soooo sadddd dan kacian khenzzzzz.... kalo iols jumpa kat luar, mmg iols belai belai ... ended bagi sekali pelempang ngan kelajuan 100km/j


Quote FOTHER-MUCKER 21-2-2015 09:05 PM
lavapuma replied at 21-2-2015 07:55 PM
Wa memang bagus..ni pun baru hanis imamkan solat mahgrib kat surau area wa...

Orang mental macam lu jadi imam?
Quote lavapuma 21-2-2015 09:13 PM
FOTHER-MUCKER replied at 21-2-2015 09:05 PM
Orang mental macam lu jadi imam?

yg gila tu lu....

giler betul la berani2 tinggalkan solat...




Quote MissNigga 21-2-2015 09:16 PM
FOTHER-MUCKER replied at 21-2-2015 09:05 PM
Orang mental macam lu jadi imam?

ntah apa surah yang dia baca ...tah tah baca surah dari kitab lain

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.081287 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top