CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Proton Pandang Serius Gambar Exora Jadi Viral

19-2-2015 12:42 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5838| Komen: 20

Description: Proton ambil berat isu Exora terbakar KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton Exora di media sosial yang terbakar di susur keluar Chen ...

    Proton ambil berat isu Exora terbakar        


KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton Exora di media sosial yang terbakar di susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari lepas.
   
"Kenyataan di media sosial mendakwa bahawa kebakaran Exora tersebut adalah berpunca daripada peningkatan suhu akibat terlebih isi bahan api, manakala ada yang menghebahkan bahawa kemalangan tersebut disebabkan tangki minyak yang bocor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Proton sedang melakukan siasatan terperinci dan telah menghubungi pemilik kenderaan itu untuk memastikan kesejahteraan beliau dan keluarganya serta bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai kejadian tersebut.
   
"Kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.
   
Pembuat kereta nasional itu memberitahu, ia tidak berkompromi dengan mana-mana isu kualiti yang akan menyebabkan enjin atau keretanya mengalami masalah.
   
Proton Exora merupakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) pertama negara, dengan lebih daripada 140,000 unit terjual di seluruh dunia. - Bernama


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 19-2-2015 09:13 AM
Pemilik exora yg viral isu tu lagi expert dr pengilang kereta. Bleh tau faulty dgn sekelip mata. Walhal r&d  pengilang kna buat siasatan dulu.
Quote apam 19-2-2015 09:15 AM
Perggj......140k dah jual
Quote Lorra2411 19-2-2015 09:16 AM
Exora ke Alza? Hahah
Quote mizzmimi 19-2-2015 09:18 AM
selalu nampak alza terbakar.. ni exora pulak..

tapi set exora nih memang selalu high beam & speed gila-gila kat highway

Quote famri7 19-2-2015 09:18 AM
Pprt meletup terbakar pon dan terjual 140k.ko mampu sis?
Quote mizzmimi 19-2-2015 09:20 AM
selalu nampak alza terbakar.. ni exora pulak..

tapi set exora nih memang selalu high beam & speed gila-gila kat highway

Quote dubuk 19-2-2015 09:21 AM
terbakar atau tak terbakar

berbaloikah harga?

cakap betul betul
Quote mizzmimi 19-2-2015 09:24 AM
selalu nampak alza terbakar.. ni exora pulak..

tapi set exora nih memang selalu high beam & speed gila-gila kat highway

Quote bambimo 19-2-2015 09:33 AM
Ni merupakan kes trpencil brbanding 140k yg terjual.okayyy
Quote noor2 19-2-2015 09:35 AM
Bagus tindakan proton holding....macam toyota juga kalau toyota jepun terima komplen dari mana2 pengguna toyota malaysia  depa terus keluarkan surat amaran dan kena kan tindakan ke atas toyota malaysia sebab x mementingkan kualiti....
Quote Radiostar 19-2-2015 09:50 AM
ferrari terbakor ari tu full tank juga ke?
Quote TuntungReturn 19-2-2015 09:53 AM
negara arab punye panas x tebakar plak keta depa eh...ka depa x reti isi minyak full,org mlysia je taw
Quote R2D2 19-2-2015 09:56 AM
hati pengguna proton terbakar siapa yg tahu ...
Quote vespa_oren 19-2-2015 10:35 AM
Hati @peYno terbakar siapa tahu?
Quote biosfree 19-2-2015 12:45 PM
Dah...tawar ati ngn exora bold aq ni, baru je ganti abs cable ari tu, kmarin hidup lagik lampu abs tu, dah la baru jeabis warranti 3 thn...
Quote kentel 19-2-2015 12:53 PM
mohon @peYno jawab...
Quote peYno 19-2-2015 02:31 PM
vespa_oren replied at 19-2-2015 10:35 AM
Hati @peYno terbakar siapa tahu?

lama jawa johor indon dna ni menyepi semenjak melayu2 tulen membenci johor laknat
Quote bioessence 19-2-2015 02:50 PM
Cepat je @peYno masuk...ko tengok hp je ke tunggu tred proton?
Quote helmiex 19-2-2015 05:33 PM
Pemilik kereta tu engeenier mana cepat betul dia tahu, sebab apa terbakar.










Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.184021 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top