CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Muntah ‘Ragut Nyawa’

7-1-2015 05:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5679| Komen: 23

Description: Pendang: Tindakan Seorang Wanita Memberhentikan Kereta Proton Wira Yang Dipandunya Di Tepi Jalan Kilometer 66.7, Lebuhraya Plus Menghala Ke Alor Setar Kerana Mahu Muntah Berakhir Tragedi Apabila Bahag ...
Pemandu Muntah ‘Ragut Nyawa’


Pendang: Tindakan seorang wanita memberhentikan kereta Proton Wira yang dipandunya di tepi jalan Kilometer 66.7, Lebuhraya PLUS menghala ke Alor Setar kerana mahu muntah berakhir tragedi apabila bahagian belakang kenderaan itu dirempuh sebuah motosikal menyebabkan penunggangnya maut, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa, Sufian Zainol, 26, beralamat dari Kuala Nerang dikatakan dalam perjalanan dari arah Sungai Petani dan dikatakan tidak sempat membrek sebaik ternampak kereta berkenaan yang berhenti di tepi lebuh raya.

Difahamkan, jururawat berusia 30-an itu bersama tiga ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke Kangar, Perlis selepas menziarahi saudara mereka yang meninggal dunia di Jeniang, Gurun, tetapi dikatakan memberhentikan keretanya di kawasan itu kerana tidak tahan untuk muntah.

Namun, tidak sampai lima minit, wanita berkenaan ternampak sebuah motosikal tiba-tiba merempuh belakang keretanya dan penunggangnya terjatuh di atas jalan lalu meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Aziz Ahmad yang mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah kereta di tempat kejadian sebelum disahkan meninggal dunia.

 

7

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
18

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jagendas 7-1-2015 03:11 PM
mudah la dlm plastic beg
pastu berenti RNR, muntah la sepuas ati
Takziah kpd keluarga simati
Quote yayaroslan 7-1-2015 04:35 PM
Arwah adalah kawan kepada adik saya. Takziah kepada keluarga. Lain kali nak muntah, muntah la dekat plastik. Janganlah berenti kereta dekat tepi highway.
Quote ResellerMaxis 7-1-2015 04:42 PM
yayaroslan replied at 7-1-2015 04:35 PM
Arwah adalah kawan kepada adik saya. Takziah kepada keluarga. Lain kali nak muntah, muntah la dekat  ...

dekat jalan memang ada lorong kecemasan..kalau ada hal kecemasan macam kereta rosak ke, ambulan/polis nak lalu ke..memang guna lorong tu...kenapa motor tu gi sondol??
Quote Modngengade 7-1-2015 04:44 PM
yayaroslan replied at 7-1-2015 04:35 PM
Arwah adalah kawan kepada adik saya. Takziah kepada keluarga. Lain kali nak muntah, muntah la dekat  ...

mungkin nak elak org lain dlm kereta tercium bau muntah dan yg lain pulak muntah dekkk?
Quote supernaturalee 7-1-2015 04:49 PM
tak bg signal kecemasan ke?

alah, kesiannya dak zainol tu
alfatihah buat kau dik
Quote liyanur 7-1-2015 04:50 PM
kalo kes camni sape yg salah....
mmg x bole berenti ke kat lorong kecemasan tu....
bkn takat kete rosak jer...yg berenti muntah kencing smua pun ada...
rasanya dulu cam selalu jer org berenti ke skrg dh x bole....
Quote jazaa 7-1-2015 04:50 PM
ResellerMaxis replied at 7-1-2015 04:42 PM
dekat jalan memang ada lorong kecemasan..kalau ada hal kecemasan macam kereta rosak ke, ambulan/po ...

Tak on emergency light ke?..


Quote supernaturalee 7-1-2015 04:50 PM
kecik2 dulu i mmg mudah muntah dlm kereta/bas
especially klu jln berliku2
mudah rasa pening
tp dh besar2 ni i ok
Quote Modngengade 7-1-2015 04:53 PM
liyanur replied at 7-1-2015 04:50 PM
kalo kes camni sape yg salah....
mmg x bole berenti ke kat lorong kecemasan tu....
bkn takat kete  ...

dah nama lorong kecemasan..selayaknya ummah berhenti ketika kecemasan termasuklah muntah?
Quote ResellerMaxis 7-1-2015 04:56 PM
jazaa replied at 7-1-2015 04:50 PM
Tak on emergency light ke?..

kalau ikut undang-undang..nak behenti macam tu..kena letak kon keselamatan dalam jarak tertentu kan..ni case dia berhenti muntah..memang confirm lah xletak kon..sebab nak cepat..
walaupun dia bersalah sebab x turn on emergency light n xletak kon kecemasan..tapi aku masih musykil macam mana motor tu boleh langgar kereta yang berhenti di tepi jalan di waktu siang??
Quote jazaa 7-1-2015 05:03 PM
ResellerMaxis replied at 7-1-2015 04:56 PM
kalau ikut undang-undang..nak behenti macam tu..kena letak kon keselamatan dalam jarak tertentu ka ...

Klu on emergency light, motorist tu blh alert...tapi sbb tak on...tu yg arwah ingat keeta tu moving.....


Kesian....sbb careless, nyawa org lain terbabit...
Quote mattzzx 7-1-2015 05:07 PM
Dah sampai masa dia......
Quote Jagendas 7-1-2015 05:14 PM
mungkin jugak jarak dia berhenti dgn motor tu agak dekat

kat highway memang motor guna lorong kecemasan sbb kenderaan laju2
Quote ResellerMaxis 7-1-2015 05:19 PM
jazaa replied at 7-1-2015 05:03 PM
Klu on emergency light, motorist tu blh alert...tapi sbb tak on...tu yg arwah ingat keeta tu movin ...

motorist tu pun careless juga..
Quote laili_nur 7-1-2015 05:23 PM
berenti kat selekoh kot tue yg motorist tu x nampak.. tak pun bawak laju sesangat x sempat brek..
Quote AbukRokok 8-1-2015 08:03 AM
muntah pun klu sambil memandu xdpt konsentret kat jalan mau bengkang bengkok drive
Quote reenz013 8-1-2015 08:11 AM
al-fatihah
takziah bt keluarga
rasanyer jururawat ni main berhenti je kot x bg signal ke apa
Quote kucen_miang 8-1-2015 08:20 AM
org lain yg mengandung, org lain yg hilang nyawa. innalillah.
Quote FanTasyCreaTioN 8-1-2015 08:20 AM
Al-Fatihah Sufian Zainol

tak kira la salah arwah ke tak

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.059656 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top