CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Berlaku adil kepada Najib - TPM

26-12-2014 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2409| Komen: 1

Description: Beliau Menjawab Kritikan Sesetengah Pihak Terutama Di Media Sosial Yang Mempertikaikan Tindakan Najib Yang Dilaporkan Bermain Golf Dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Katanya Perdana Mente ...
Berlaku adil kepada Najib - TPM


SUBANG JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku tugas Perdana Menteri sepanjang ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di luar negara.

Perdana Menteri juga dimaklumkan mengenai perkembangan di dalam negara termasuk banjir yang melanda beberapa negeri.

"Saya maklumkan kepada beliau (Najib), jangan risau saya akan lakukan segala yang perlu bagi memastikan segalanya selamat," katanya.

Kata Muhyiddin, kerajaan mempunyai keupayaan untuk menangani bencana banjir yang melanda negara setiap tahun.

Rakyat juga katanya tidak perlu risau dengan ketiadaan perdana menteri di Malaysia sebaliknya bersama membantu meringankan beban mangsa banjir.

"Jangan bimbang Perdana Menteri tiada dalam negara, tapi bimbang apa yang berlaku dalam negara kini (bencana banjir)," katanya.


Beliau menjawab kritikan sesetengah pihak terutama di media sosial yang mempertikaikan tindakan Najib yang dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Katanya perdana menteri sebelum ini sudah kuat bekerja mentadbir negara.

"Ada waktunya Perdana Menteri juga perlu berehat, berilah peluang kepadanya sebagai manusia," katanya selepas menghadiri jamuan Krismas di Gereja Full Gospel Tabernacle di sini.

Beliau juga tidak melihat keperluan untuk Najib segera pulang bagi menangani bencana banjir.

"Kalaulah saya tidak mampu buat kerja saya akan minta dia balik," katanya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=848489&extra=&page=15
6

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote abgmar 27-12-2014 09:38 AM
ok la tu, antara terburuk banjir kali ni.
mesti ada orang yakinkan PM "tahun ni banjir tak buruk macam lepas-lepas"

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-2-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.151511 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top