CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dipanah Petir Di Sekolah

13-11-2014 05:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4517| Komen: 9

Description: Dalam Kejadian Kira-Kira Jam 3.15 Petang Itu, Mangsa Yang Berusia 57 Tahun Difahamkan Maut Di Tempat Kejadian Sejurus Terkena Panahan Petir Yang Tepat Pada Tubuhnya Ketika Cuaca Mendung Dan Kilat Sabu ...
Maut Dipanah Petir Di Sekolah

Johor Bahru: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah maut dipanah petir ketika berada di pagar pintu masuk sekolah di Pasir Gudang itu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang berusia 57 tahun difahamkan maut di tempat kejadian sejurus terkena panahan petir yang tepat pada tubuhnya ketika cuaca mendung dan kilat sabung-menyabung.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Sabah itu sedang membuka pintu pagar sekolah bagi memberi laluan kepada kereta seorang guru yang ingin pulang selepas tamat sesi persekolahan.

Bagaimanapun, katanya mangsa tiba-tiba rebah sebelum didapati meninggal dunia dipercayai akibat terkena panahan petir.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Norazam Shaari yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya, mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk tindakan lanjut.

MANGSA tiba-tiba rebah sebelum didapati meninggal dunia dipercayai akibat terkena panahan petir.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 13-11-2014 07:07 AM
Waktu cuaca sebegini elakkan berada di kawasan lapang
Quote kentel 13-11-2014 08:14 AM
wow...koyak rabak ye baju...
Quote haryatie 13-11-2014 08:19 AM
kesiannya..
da takdirnya begitu..
& da itu kerjanya..hujan ribut ker.. kilat sabung menyabung ker..kerja ttp kerja
kang x buka pintu kena marah lak ngan cikgu..
Quote Esmiria 13-11-2014 08:58 AM
haryatie posted on 13-11-2014 12:19 AM
kesiannya..
da takdirnya begitu..
& da itu kerjanya..hujan ribut ker.. kilat sabung menyabung ker. ...

some cikgu ada skandal dengan murid..hihi
Quote tinkiwinki 13-11-2014 08:58 AM
kesiannya. takziah buat keluarga mangsa
Quote harimau76 13-11-2014 09:02 AM
takziah kpd keluarga...
Quote kejoraria 13-11-2014 09:05 AM
kesiannya dia......bahaya tul kilat ni.....kdg2 nk tutup gate umah pun takut bila tgk ada kilat....tp klau tak tutup takut lak mlm2 perampok masuk......
Quote lenny1985 18-11-2014 12:46 PM
dyshatnye.....kilat ni........tiba tiba pun boleh mati....
Quote mak_wa95 18-11-2014 06:15 PM
Esmiria posted on 13-11-2014 08:58 AM
some cikgu ada skandal dengan murid..hihi

ada bukti ke..

jangan tduh melulu..
takut jadi fitnah..

tugas jaga buka pintu pagar,
masa pun bukan 12 tengahmalam..pukul 3.15 biasa lagi time cikgu balik..
tambah hujung tahun banyak kerja perlu dibuat sebelum tutup sekolah
staff pejabat pun ada lagi..n kalau cikgu tu berscandal tentu jaga dah terjumpa dulu

kadang2 orang ni.kita berperangai begitu..so tuduh orang punbegitu juga..
rasa orang pun berkelakuan macam dia..



Last edited by mak_wa95 on 18-11-2014 06:16 PM

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.065401 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top