CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tempat Duduk Pesawat Semakin Sempit

5-11-2014 01:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12007| Komen: 100

Description: Hampir 20 Tahun Lalu, Reka Letak Standard Bagi Pesawat Boeing, B777 Adalah Sembilan Kerusi Bagi Setiap Barisan Tetapi Pada Tahun Lepas Hampir 70 Peratus Daripada Versinya Yang Lebih Besar Yang Telah D ...
Tempat Duduk Pesawat Semakin Sempit

Gambar hiasan


Keghairahan syarikat penerbangan untuk memikat pelanggan membayar harga tinggi dengan menyediakan katil boleh lipat (flatbed) dan tempat duduk ekonomi premium menyebabkan penumpang kelas ekonomi terpaksa 'tersepit' di ruang yang lebih kecil.

Jika dilihat trend sepanjang dekad yang lalu, syarikat-syarikat penerbangan giat memperluaskan ruang tempat duduk berharga mahal sehingga menyebabkan kawasan yang diperuntukkan untuk koc semakin mengecil.

Namun syarikat-syarikat tersebut tetap mahu mengekalkan jumlah penumpang, justeru cara yang diambil mereka adalah dengan menyediakan tempat duduk yang lebih kecil.

Kini, syarikat-syarikat penerbangan besar seperti American Airlines, Air Canada, Air France-KLM SA dan Emirates membuang ruang di bahagian bahu supaya satu tempat duduk tambahan boleh diletakkan di setiap barisan.

Situasi ini tidak disenangi oleh kebanyakan penumpang terutamanya yang bertubuh besar.

Tempat letak tangan dan lorong menjadi semakin sempit disebabkan tempat duduk tambahan sekali gus menyebabkan lebih banyak siku akan terhantuk dengan penumpang di sebelah.

Biarpun banyak tempat duduk direka lebih ergonomik dengan kusyen dan bantal leher yang lebih baik, ia tidak mampu menghalang daripada pergeseran bahu di antara penumpang.

Perubahan tersebut dilakukan bagi penerbangan-penerbangan jarak dekat dan jauh.

Hampir 20 tahun lalu, reka letak standard bagi pesawat Boeing, B777 adalah sembilan kerusi bagi setiap barisan tetapi pada tahun lepas hampir 70 peratus daripada versinya yang lebih besar yang telah dihantar kepada syarikat penerbangan mempunyai 10 tempat duduk sejajar (abreast-seating), meningkat berbanding hanya 15 peratus pada 2010.

Daripada keseluruhan syarikat penerbangan yang membeli B787 Dreamliner, 90 peratus daripadanya memilih sembilan tempat duduk sejajar berbanding lapan. Dan, 10 syarikat penerbangan yang terbang di dunia menggunakan Airbus, A330 memilih sembilan tempat duduk bersaiz 16.7 inci bagi setiap barisan -antara yang tersempit, berbanding rekaan asal iaitu lapan tempat duduk.

Trend terbaharu ini berlawanan dengan pertumbuhan tempat duduk kelas ekonomi setengah abad lalu. Pesawat-pesawat terdahulu seperti B707 memiliki tempat duduk 17 inci manakala perkhidmatan jarak jauh meningkatkan saiz tempat duduk kepada 18 inci pada 70an dan 80an.

Pesawat B777 pada 90-an serta pesawat superjumbo, A380 pada tahun 2000 memiliki tempat duduk berukuran 18.5 inci bagaimanapun, syarikat-syarikat penerbangan yang sangat mementingkan kos bertindak untuk memilih tempat duduk yang lebih kecil.

7

Bagus
16

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
18

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razhar 3-11-2014 11:13 PM
flight 30 minit okay lagi....
Quote razhar 3-11-2014 11:14 PM
kalu flight pi siria,torki kaa..bape lama askar2 kalipah bley tahan....
Quote MissLibra 3-11-2014 11:20 PM
yg penting aku muat...
Quote k_rul 3-11-2014 11:24 PM
Klau diri sendri muat xpe.. Yg masalahnya bila org yg xmuat dok sebelah..
Quote ikan_kaghing 3-11-2014 11:25 PM
Tak dinafikan...

Ada 2 benda yang waktu kecik-kecik aku hadap nak sangat tapi bila dah dewasa jadi benci.

Kapal terbang dan salji.
Quote Anak_Nogori 3-11-2014 11:27 PM
Sian org takda duit.. Amik klass ekonomi...sempit plak..
Quote mesmerize 3-11-2014 11:32 PM
mmg hazab sangat duk economy seats nak pulak middle row..  seat sempit, legroom kecik.. ai suka window seat n aisle seat rasa lapang sikit
Quote mesmerize 3-11-2014 11:34 PM
penah juga amik business class ke hongkong, bali, dubai, zurich.. wah heaven giler siap kerusi bole urut2 lagi. tengok movie sambil baring2 ..rasa pastu taknak naik economy seats dah
Quote mbhcsf 3-11-2014 11:45 PM
i tak noticed pun sempit rasa okay je..for airbus  ntah okay je.
Quote mbhcsf 3-11-2014 11:47 PM
ikan_kaghing posted on 3-11-2014 11:25 PM
Tak dinafikan...

Ada 2 benda yang waktu kecik-kecik aku hadap nak sangat tapi bila dah dewasa jad ...

awat ? hahah

u reminded me of someone yg kata benda yg sama , tak suka flight ..hahaha

Quote sayawifenikmie 3-11-2014 11:52 PM

.. no komen... tak pernah fly ekonomi .... sokmo business class .... gomen bayar  laa ...

Quote poison_paradise 3-11-2014 11:53 PM
Kuruskan bdn
Quote ikan_kaghing 3-11-2014 11:53 PM
mbhcsf posted on 3-11-2014 11:47 PM
awat ? hahah

u reminded me of someone yg kata benda yg sama , tak suka flight ..hahaha

Satu sebab sempit, satu lagi sebab banyak sangat ummah PPRT yang mampu naik flight la ni.

Tambah lagi kalau duduk tepi cina yang congceng congceng 24 jam atau kokesen yang bau hamis badan atau jepun yang kuat togok sake.

Memang ngerii...
Quote nasi_goreng 4-11-2014 12:01 AM
okay laa tu. harga flight pun takdelah mahal sangat sekarang. boleh kuruskan badan sekali
Quote mbhcsf 4-11-2014 12:12 AM
ikan_kaghing posted on 3-11-2014 11:53 PM
Satu sebab sempit, satu lagi sebab banyak sangat ummah PPRT yang mampu naik flight la ni.

Tamba ...

ohh yes i can see ...the cocktails of smells , ahh?
ambik la business class tak hingaq sangat kot ?

Quote ikan_kaghing 4-11-2014 12:25 AM
mbhcsf posted on 4-11-2014 12:12 AM
ohh yes i can see ...the cocktails of smells , ahh?
ambik la business class tak hingaq sangat kot ...

Kalau balik setahun sekali aku pasrah aja ambik bisnes.

Kalau sampai 3 kali setahun...gamaknya tokey balak pon kena makan meggi.
Quote mbhcsf 4-11-2014 12:29 AM
ikan_kaghing posted on 4-11-2014 12:25 AM
Kalau balik setahun sekali aku pasrah aja ambik bisnes.

Kalau sampai 3 kali setahun...gamaknya  ...

eh you know i am thinking

cer buat request kat check in  staff  tu yg you nak duduk to so and so but not so and so, boleh dak depa bagi request tu...

sebab kalau seat boleh pilih aisle or window why not ...habaq tak mau dok dengan mamat tu and ni...boleh ka? atau dia jegel mata kat hang? hahaha

Quote ikan_kaghing 4-11-2014 12:43 AM
Biasanya pesawat yang aku naik sentiasa penoh.....MAS, JAL, ANA semua sama aja.

Tak boleh nak ngengada....lagipun bukan budak kecik kan.

Harus lagak cool demi menjaga kesyumulan di muka walaupun dalam hati segala perkataan cerca sudah terpacul.

Biasalah Jepun pantang ada cuti sikit berduyun-duyun pi oberci, shopping kat oberci lagi murah kekdahnya kot.

Quote cmf_premierleag 4-11-2014 12:51 AM
Kalo bleh aku nk duduk dlm kokpit sama2 dgn pilot

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054439 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top