CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Poster Konsert M.Nasir Pun Dikatakan Ada Unsur Illuminati

31-10-2014 11:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13749| Komen: 32

Description: Berlangsung Selama 2 Jam Setengah, Persembahan Kumpulan Yang Cukup Popular Era 80-An Ini Bukan Sekadar Bermain Muzik Serta Melontarkan Keharmonian Suara Sahaja, Malah Turut Divisualisasikan Menlalui A ...
Poster Konsert M.Nasir Pun Dikatakan Ada Unsur Illuminati 

Selepas 28 tahun, kumpulan Kembara kembali dan bakal mengadakan konsert di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November 2014.

Penghibur lagenda Dato' M. Nasir menyangkal dakwaan bahawa lukisan pada poster rasmi bagi 'Konsert Hati Emas Kembara' yang akan berlangsung pada November ini menyelitkan unsur Iluminati.

Jelas beliau yang juga merupakan vokalis kumpulan Kembara, lukisan mata tersebut adalah simbol universal dan tiada kaitan dengan apa-apa makna lain.

"Illuminati? (gelak). Kenapa jauh sangat...? Kenapa tak cakap Pekida jer", tanya beliau kepada pihak media.

"Sebenarnya bukan (illuminati). Tapi ia simbol universal yang selalu digunakan", jawabnya ringkas.

M.Nasir ditemui pada sidang media kedua konsert Hati Emas Kembara, bertempat di hotel Premiera, Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis yang juga dihadiri oleh anggota kumpulan kembara yang lain iaitu A. Ali (gitar/vokal), S.Sahlan (vokal), Zoul (gitar/vokal), Md Shah (keyboard) dan Cheman (Bass) turut di lancarkan poster berkenaan.

Lukisan 'Oil On Canvas' itu di lukis oleh pelukis terkenal, S. Amin Shahab (juga pelukis asal album Kembara sebelum ini) yang telah mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkannya.
.

Tafsiran lukisan poster tersebut membawa maksud, sebelum mencipta atau melaksanakan sesuatu, kita perlukan khayalan atau imiginasi. Pelangi pula melambangkan warna kepada kota yang memerlukan dan sekaligus, memberikan air pada bumi yang tandus.

Walau bagaimanapun, kita perlu fokus (centralize) kerana kita adalah 'tools' atau alat dan memperalat dan sentiasa disaksikan oleh mata yang bermaksud kita perl menjadi pemerhati yang baik untuk dapat perhatian. Dan sepasang tangan yang kosong beerti tiada apa-apa dan semuanya kehendak-Nya.
Perkataan KEMBARA kini timbul setelah lama menghilang. Kupu-kupu yang tersepit oleh playar melambangkan kebebasan seniman yang tersepit dibawa arus kebendaan, jadi... hilanglah nilai estetikanya tanpa disedari. Kebiasaannya kupu-kupu itu sanggup mati untuk menjadi hiasan. Akhir sekali seganas-ganasnya harimau, mesti ada perasaan rindu kepada tempat asalnya.

Sementara itu, mengenai konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 November ini, ia berkonsepkan sebuah persembahan yang membawa penonton menggembara dan bernostalgia dalam 'Ekspres Rakyat' menyusuri liku-liku perjuangan manusia dalam kehidupan ini dan menyelam ke alam kecintaan demi mencari keluhuran untuk menemui Hati Emas.

"Kami sudah sering membuat persembahan sebelum ini. Setelah 28 tahun (sejak konsert terakhir) kini kami kembali semula dan akan berikan sebuah persembahan dengan cara kami sendiri. Dengan imej kami sebagai penghibur. Kami pentingkan vokal harmoni, alunan gitar akustik dan muzik yang besar.

"Selain mendedangkan lagu-lagu kami dari albul pertama hingga yang yang ketujuh, pada konsert kali ini peminat dapat saksikan gabungan kami kumpulan Kembara generasi pertama dan kedua.

"Dari segi lagu, ada yang kami ubah semula susunan muziknya untuk berberapa lagu tertentu. Ada yang kami kekalkan sepertimana di dalam album. Sebab, kadang-kadang peminat lagi suka dengan dengar live lagu yang muziknya sama macam dalam album", kata M. Nasir lagi.

Berlangsung selama 2 jam setengah, persembahan kumpulan yang cukup popular era 80-an ini bukan sekadar bermain muzik serta melontarkan keharmonian suara sahaja, malah turut divisualisasikan menlalui audio dan video mapping bagi menimbulkan 'mood' serta karakter lagu dan persembahan itu sendiri bagi melayani nostalgia penonton di dalam dewan Panggung Sari nanti.

"Bagi peminat-peminat yang membesar dengan lagu-lagu kami, pada konsert nanti kami akan mengembalikan semula nostalgia serta semangat mereka. Saya rasa ini adalah konsert kami yang boleh ni arkibkan kerana kami akan tampilkan sebuah persembahan yang epik', tambah Zoul yang juga merupakan adik kepada M. Nasir.
Tiket konsert anjuran Luncai Emas ini dijual pada harga RM68, RM98, RM188, RM258, RM328 dan RM388. Para peminat boleh mendapat tiket di kaunter Istana Budaya

20

Bagus
17

Marah
13

Terkejut
20

Sedih
15

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 30-10-2014 06:13 PM
Oh melayu ku, sungguh takut dengan gambaran.
Quote alesandra 30-10-2014 06:28 PM
benda neh mmg dah lama la.dia asalnya adalah seorg pelukis.fine arts student kat singapore dulu.mmg dah lama aku nampak lukisan mata satu tu.ntah2 lukisan tu hasil karya dia masa dia jadi student
Quote Gess 30-10-2014 06:31 PM
die ahli sufi bkn illuminati
Quote AbukRokok 30-10-2014 06:31 PM
M nasir ahli Illuminate Haarp US Zionist 33rd degree
Quote AbukRokok 30-10-2014 06:31 PM
kawansemunyi semunyi serael amereka shia Iran tentera dajjal lehnatullah
Quote makneng 30-10-2014 06:39 PM
illuminati terus menghantui ummah meleis
Quote munchkin 30-10-2014 07:11 PM
Serik wei. Dulu punya konsert kansel. Hampir tak dapat refund. Masalah ngan penganjur. Ada yang tak dapat refund, tapi malas nak panjangkan. Bila orang tanya dia facebook dia suruh contact penganjur. Penganjur pulak masa tu not reachable. Frustrating!
Quote CrowneGlory 30-10-2014 07:13 PM
Apa2 la pacik
Quote mzzenma 30-10-2014 07:25 PM
Tak boleh ini maciammm
Haroom haroommm

Lel
Quote dani-rox 31-10-2014 12:00 AM


Illuminati nyaaa....
konspirasi apekah??


Quote arrowtotheknee 31-10-2014 12:05 AM
Simbol lain yg digunakan, selain mata satu tu banyak related dengan mind control methods. Rasanya ni bukan first time dengar dia dikaitkan dgn Illuminati.
Quote salimrock 31-10-2014 02:10 AM
diorang tak mention freemasron ke?
Quote cmf_WonBin 31-10-2014 03:14 AM
Ummah PPRT ni semua benda nampak ada kaitan dengan Yahudi, padahal dia buta seni.

Sama bengong dengan yang haram sana sini .... tak tahu apa2 terus kena taubat
Quote Al-Patih 31-10-2014 04:35 AM
oreng kata demikian...masih duduk bawah tempurung....
Quote uniq61 3-11-2014 10:38 AM

SAMA TAK? Last edited by uniq61 on 3-11-2014 10:40 AM

Quote Nesta13 3-11-2014 10:48 AM
aku Nampak rimau..

harimau Malaya ke harimau selatan tu...?
Quote Blueberri 3-11-2014 10:49 AM
apsal dia letak satu mata jer...cam dajal jahhhh
Quote mommymonster82 3-11-2014 10:57 AM
Melayu kan......
Quote Omong 3-11-2014 11:01 AM
M. Nasir, Search etc dah dipengaruhi budaya iluminati. . .

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.103485 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top