CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Cuci Dapat Bonus Rm50k

16-10-2014 04:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3924| Komen: 8

Description: Pasukan Ini Dibentuk Oleh Ross Brawn Yang Pada 2009 Mengejutkan Semua Pasukan Dengan Memenangi Juara Dunia F1 Atas Jenamanya Sendiri Iaitu Brawn Gp Sebelum Pasukannya Itu Dibeli Oleh Mercedes-Petronas ...
Tukang Cuci Dapat Bonus Rm50k


KEJAYAAN pasukan Formula 1 Mercedes-Petronas merangkul kejuaraan dunia bagi musim ini selepas GP Rusia Ahad lalu membawa durian runtuh kepada semua kakitangan apabila mereka dijangka menerima habuan bonus sehingga £10,000 (RM50,000) seorang.

Ini termasuklah tukang cuci dan lain-lain kakitangan sokongan.

Portal berita Britain, Mail Online dalam laporan eksklusif mereka pada Selasa menyebut, sehingga 700 orang kakitangan akan menerima bonus itu nanti.

Ini adalah kejayaan pasukan Mercedes yang pertama dalam sejarah F1 dan mereka melakukannya dengan penuh bergaya musim ini dengan memenangi sembilan perlumbaan tempat satu dan kedua.

Hanya pasukan McLaren pada 1988 sahaja yang menyandang rekod terbanyak iaitu memenangi 13 daripada 16 perlumbaan dalam satu kalendar.

Pesaing terdekat Mercedes, Red Bull, yang turut memberi bonus sehingga £10,000 kepada setiap kakitangan ketika memenangi kejuaraan pasukan sebelum ini, berada jauh di belakang Mercedes walaupun masih ada baki tiga perlumbaan lagi bagi musim ini.

Selepas 16 perlumbaan, Mercedes berjaya mengumpul 565 mata manakala Red Bull hanya 342 mata.

Hadiah kemenangan sebagai juara pasukan dunia bernilai £40 juta (RM200 juta).

Pengarah Mercedes Motorsport, Toto Wolff dan Pengerusi Niki Lauda dilaporkan memberi taklimat kepada seluruh anggota pasukan itu di Ibu Pejabat pasukan di Brackley, England pada Isnin ketika mereka meraikan kemenangan satu-dua Hamilton dan Rosberg dalam GP Rusia yang berlangsung Ahad lalu.

Kemenangan Mercedes, menurut Mail Online  adalah contoh unik kerjasama teknologi Inggeris-Jerman di mana Mercedes menyediakan enjin manakala jurutera Inggeris menyediakan rekabentuk kereta dan lain-lain keperluan teknologi.

Pasukan ini dibentuk oleh Ross Brawn yang pada 2009 mengejutkan semua pasukan dengan memenangi juara dunia F1 atas jenamanya sendiri iaitu Brawn GP sebelum pasukannya itu dibeli oleh Mercedes-Petronas setahun kemudian.

Brawn bagaimanapun meninggalkan pasukan Mercedes selepas berlakunya pergelutan kuasa hujung musim lalu.

Walaupun Brawn meninggalkan pasukan Mercedes dengan perasaan luka yang mendalam tetapi Wolff tetap memuji apa yang telah dirintis oleh jurutera tersebut sehingga membawa kejayaan besar kepada mereka.

"Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini tetapi tapak asas pasukan ini dibina oleh Ross Brawn dan dia telah memainkan peranan utama yang membawa kita semua ke tahap ini," kata Wolff dalam ucapannya di hadapan semua staf pasukan tersebut.

Ironinya, Wolff adalah orang yang bertanggungjawab memaksa Brawn menarik diri dari pasukan Mercedes.

Namun menurut Wolff, dia telah mengirim sms kepada Brawn menjemput bekas ketua pasukan Mercedes itu ke majlis meraikan sambutan Krismas pasukan tersebut hujung tahun ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 16-10-2014 02:03 PM
untung sapa kerja situ
Quote yeepi_33 16-10-2014 02:05 PM
Rezeki...Alhamdulillah.

Awek yg Honda tu xnk try ejas ke?
Quote caul 17-10-2014 09:27 AM
Untungla.. Kita ada?
Quote JohnDeSouza 17-10-2014 09:32 AM
jgn harapla kita dpt bonus cam tu
Quote R2D2 17-10-2014 02:28 PM
dulu ada 2 anak Melayu yg kerja dlm F1
Quote clarizsa 17-10-2014 03:42 PM
wah bestnyaaa... rugi x p jd tukang sapu kt situ...
Quote AbukRokok 17-10-2014 03:45 PM
adakah peniaga2 di area petronas di terengganu akan trut menaikkan harga barang?
Quote kucingTomey 17-10-2014 03:47 PM
R2D2 posted on 17-10-2014 02:28 PM
dulu ada 2 anak Melayu yg kerja dlm F1

3 org bang.....sorang budak kedah...bahagian steering controller....yang lagi dua bahagian aerodinamik dengan suspension....3 org anak muda mesia ni khas bekerja under pasukan petronas F1 sauber...awal 2000 rase.....siap ade iklan dorang lagi petronas buat....dengan tagline...."ANTAS MEMACU MALAYSIA"


terbaik bak ang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.046310 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top