CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Guru Sekolah Tanam Ganja Di Kampung Melayu

7-10-2014 04:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18174| Komen: 122

Description: Sementara Itu Dalam Kes Berasingan, Dua Lelaki Berumur 50 Dan 57 Tahun Ditahan Di Sebuah Pusat Beli Belah Di Sunway, Petaling Jaya, Selasa Lepas Dan Sebanyak 2.24 Kilogram Dadah Heroin Dirampas.
Guru Sekolah Tanam Ganja

SHAH ALAM: Polis Selangor memberkas seorang guru dan tiga rakannya kerana disyaki menanam 31 pohon pokok ganja di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu di Sungai Buloh, Selasa lepas.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ACP Md Tahir Kasim berkata keempat-empat lelaki berusia lingkungan 34 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.
 
"Serbuan dibuat selepas kami menerima maklumat orang awam mengenai kegiatan suspek yang menanam pokok mencurigakan di dalam pasu dan beg plastik di bahagian belakang rumah terbabit.
 
"Ketika ditahan kesemua suspek sedang khayal menghisap ganja di dalam rumah itu," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata setelah mengeledah rumah itu, polis menemui 622 gram daun dan biji ganja serta beberapa alatan untuk menghisap ganja.
 
Polis juga merampas 292 gram ganja mampat yang disembunyikan di dalam sebuah kereta di kediaman itu.


"Hasil semakan lanjut mendapati seorang daripada empat suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah," katanya.

Beliau berkata siasatan awal turut menunjukkan pokok ganja yang dirampas itu dianggarkan berusia antara tujuh dan lapan bulan.


Semua suspek kini direman tujuh hari sehingga Selasa depan untuk disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 39B ADB 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Sementara itu dalam kes berasingan, dua lelaki berumur 50 dan 57 tahun ditahan di sebuah pusat beli belah di Sunway, Petaling Jaya, Selasa lepas dan sebanyak 2.24 kilogram dadah heroin dirampas.

Md Tahir berkata kedua-dua suspek itu diberkas pada 10.30 malam di kawasan terbabit sebelum melakukan urusan jual-beli dadah.
 
"Mereka dipercayai mahu menyerahkan dadah berkenaan kepada pelanggan dan heroin yang bernilai RM47,000 itu disorokkan di dalam beg sandang yang digalas seorang daripada suspek terbabit," katanya.

Kedua-dua suspek itu direman enam hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
21

Bagus
24

Marah
27

Terkejut
10

Sedih
19

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 3-10-2014 07:38 AM
gaji guru2 ummah suchi tanah malayu seharusnya diselaraskan sama seperti gaji jurutera petronas di offshore  asia timur..... baru lah cukup
Quote fish 3-10-2014 07:40 AM
aku tak pcaya berita ni
cikgu sibuk, mana ada masa nak bkebun!
Quote skymania 3-10-2014 07:41 AM
desakan idop... orng sibuk bisnes.. die tanam ganja..
Quote sueism 3-10-2014 07:45 AM
mesti cikgu pun high tak ?
Quote GhostWalking 3-10-2014 07:47 AM
sueism posted on 2-10-2014 11:45 PM
mesti cikgu pun high tak ?
  1. All four men, aged 34 to 45, tested positive for drugs and have been remanded until Oct 7.
Copy the Code
Harussssss agaknya dalam kelas pun high
Quote sueism 3-10-2014 07:49 AM
GhostWalking posted on 3-10-2014 07:47 AM
Harussssss  agaknya dalam kelas pun high

mesti cikgu dah lah high mesti creative gila kan?

Quote GhostWalking 3-10-2014 07:52 AM
sueism posted on 2-10-2014 11:49 PM
mesti cikgu dah lah high mesti creative gila kan?

Dalam kelas mesti asyik gelak jer boleh gunapakai untuk cikgu2 yang stress kat sekolah
Quote encikWawad 3-10-2014 07:53 AM
cikgu kemahiran hidup ni - kan pandai bekebun hehe
elok pula subur ditanam ya -
Quote sueism 3-10-2014 07:53 AM
GhostWalking posted on 3-10-2014 07:52 AM
Dalam kelas mesti asyik gelak jer  boleh gunapakai untuk cikgu2 yang stress kat sekolah

mesti siap bawak brownies masu kelas sebab
dah lah gelak lepas tu lapar kan?

Quote GhostWalking 3-10-2014 07:56 AM
sueism posted on 2-10-2014 11:53 PM
mesti siap bawak brownies masu kelas sebab
dah lah gelak lepas tu lapar kan?

Ko sebut brownies aku teringat siri Weeds mayor dia makan brownies ada weeds.hahahaahaha
Quote Simunggu 3-10-2014 08:02 AM
guru tengah buat ujikaji dalam kemahiran hidup tu...polis salah sangka...
Quote supernaturalee 3-10-2014 08:05 AM
sihat2 pokoknye

boleh join the millers dah

Quote mommymonster82 3-10-2014 08:06 AM
Cikgu sekolh rendah ni mcm2 hal lah...
Quote nebulagazer 3-10-2014 08:06 AM
Dr mane dia dpt benih
Leh wat ulam ke?
Quote Modngengade 3-10-2014 08:07 AM
Cantik jugak kan pokok ganja ni..sgt sesuai untuk senitaman di persekitaran rumah
Quote mommymonster82 3-10-2014 08:07 AM
white_musk posted on 3-10-2014 07:38 AM
gaji guru2 ummah suchi tanah malayu seharusnya diselaraskan sama seperti gaji jurutera petronas di o ...

Just nk bgtau...Guru sekolh rendah kebykn bukn lepasan ijazah..jd gaji jauh lebih rendah...
Quote mommymonster82 3-10-2014 08:11 AM
GhostWalking posted on 3-10-2014 07:52 AM
Dalam kelas mesti asyik gelak jer  boleh gunapakai untuk cikgu2 yang stress kat sekolah

Hahaha.. Movie "bad teacher".. Pnh tengok? Cameron Diaz
Quote sueism 3-10-2014 08:13 AM
GhostWalking posted on 3-10-2014 07:56 AM
Ko sebut brownies aku teringat siri Weeds mayor dia makan brownies ada weeds.hahahaahaha

Brownies ada 2 type ,yg biasa they call brownies lah , but yg special brownies that one have weed. Kalau siapa2 tanya hang nak special brownies faham2 aje lah hehehe
Quote makneng 3-10-2014 08:25 AM
mommymonster82 posted on 3-10-2014 08:11 AM
Hahaha.. Movie "bad teacher".. Pnh tengok? Cameron Diaz

aku suka layan muvi tu mommy..best!

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055000 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top