CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gesaan Syarikat Swasta Adakan Cuti Haji 45 Hari

12-9-2014 11:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5100| Komen: 13

Description: “(Cadangan Ini) Khusus Kepada Syarikat Swasta Yang Masih Tidak Melonggarkan Pengambilan Cuti Khas Bagi Pekerja Islam Untuk Menunaikan Fardu Haji,” Katanya.
Gesaan Syarikat Swasta Adakan Cuti Haji 45 Hari


SHAH ALAM – Syarikat swasta yang memberi kelonggaran kepada pekerja untuk mengambil cuti khas bagi mengerjakan haji patut diberikan imbuhan khusus oleh kerajaan sebagai tanda galakan.
       
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebagai contoh, kerajaan boleh memberikan insentif cukai kepada syarikat swasta yang membenarkan pekerja mengambil cuti bergaji untuk mengerjakan ibadah haji.
       
“Antara kekangan utama (pekerja swasta) untuk menunaikan haji ialah ketiadaan cuti yang mencukupi, menyebabkan mereka terpaksa mengambil cuti tahunan yang mungkin tidak cukup untuk tempoh 45 hari ibadah haji.

“Ini menyebabkan mereka terpaksa ambil cuti tanpa gaji dan ini akan lebih membebankan mereka,” katanya mengulas cadangan dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.
       
Menurut Asyraf Wajdi, beliau menyokong penuh cadangan itu kerana masalah ketiadaan cuti haji antara keluhan yang banyak didengari daripada pekerja sektor swasta.
Menurutnya, kesedaran menunaikan haji pada masa ini bukan lagi terhad kepada golongan yang sudah pencen tetapi juga dalam kalangan orang lebih muda, terutama dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun.


“Mereka ini masih bekerja dan kebanyakan mereka di sektor swasta. Cadangan ini amat perlu disokong apatah lagi kita negara Islam. Jadi, sektor swasta juga perlu jiwai prinsip negara Islam ini.
       
“Sepatutnya di zaman ini tidak timbul lagi masalah dalam menjalankan apa-apa amalan agama,” kata Yang Dipertua Yayasan Islamiah Malaysia (Yadim) itu.

Asyraf Wajdi berkata, cadangan Razali itu juga boleh dijadikan usul dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 yang akan berlangsung November depan, yang akhirnya diharap boleh dijadikan dasar kerajaan.

Razali sebelum ini menggesa syarikat swasta memberikan cuti khas kepada kakitangan yang ingin mengerjakan ibadah haji.
       
Menurut Razali, Umno perlu mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan bagi memberikan peluang kepada semua umat Islam di Malaysia menunaikan rukun Islam kelima tersebut.
       
“(Cadangan ini) khusus kepada syarikat swasta yang masih tidak melonggarkan pengambilan cuti khas bagi pekerja Islam untuk menunaikan fardu haji,” katanya.

Razali dilaporkan berkata, sebahagian besar syarikat swasta, terutama yang dimiliki orang bukan Islam tidak melonggarkan cuti kepada pekerja untuk menunaikan haji.
       
Menurutnya, pada masa ini, hanya kakitangan awam boleh mengambil cuti bergaji untuk menunaikan haji selari dengan pekeliling kerajaan pada 1984 tetapi pekerja syarikat swasta belum menerima kemudahan sama.

Pekeliling kerajaan pada 1984 mengenai peraturan kelayakan cuti haji menyebut pegawai kerajaan beragama Islam, termasuk guru-guru, dibenarkan mengambil cuti bergaji penuh selama 40 hari untuk menunaikan fardu haji.
               

3

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 12-9-2014 09:29 AM
bleh je.target capai.pi la..x capai jgn araplol
Quote cmf_DetConan 12-9-2014 09:32 AM
comp conan mmg ade haj leave..
Quote brownstone 12-9-2014 09:45 AM
cuti bergaji separuh pon dah kire ok....
Quote Al-Patih 12-9-2014 10:49 AM
Hoi...Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki...kamu punya ketua bahgian ..dah dapek peruntukan dua topek ..untuk buek Hj...tiap tiap tahun...lagik mau minta kah
Quote goss79 12-9-2014 11:21 AM
kalau tanya i bab bagi cuti mmg i setuju je manjang, hehehehehe
Quote revolusi_30 12-9-2014 11:26 AM
Ngok ... Kalau tak dpt cuti tu kira belum mampu or merdeka lagi la ... Kan ke syarat haji mesti berkemampuan n Merdeka ... Aduiiii Wajdi wajdi.
Quote idadzira 12-9-2014 11:27 AM
kena adil, orang islam nak cuti 45hari pergi haji, org cina nak juga cuti balik China, org india pun nak cuti balik India.
Quote Simunggu 12-9-2014 12:01 PM
setujuh amat setuju...
Quote munchkin 12-9-2014 01:18 PM
dulu colleague asik asik cuti je manjang. cuti itulah cuti inilah. bila orang tak cuti dia cuti. bila orang nak cuti dia pun berebut nak cuti. bila orang lain yang kurang cuti dapat bonus banyak dia ngamuk.
Quote monreyes 12-9-2014 01:23 PM
keling kat opis aku ni siap amek time off nak g sembah berhala...
kadang2 intercept cuti org dgn alasan ada special prayer, supaya boss serba salah...
satgi muslim dpt cuti haji..
keling2 pun pakat nak cuti sembahyang...
nak g haji kat India...
keling ni mmg cam haram perangainya...
pada aku x payahlah...
longgok kan la cuti tahunan tu..
or amek advance leave...
nanti tolak lah cuti tahun kedepan tu...
watper nak susah2 unpaid bagai...
Quote aechae 12-9-2014 02:06 PM
buat haji mmg lama eh smpi 40 hari bagai?? cut jd 20 hari x boleh ke? klu 10 hari lg bgus....
Quote clarizsa 12-9-2014 02:35 PM
membebankan klu cuti x bergaji utk p haji??? bukan ke org yg pi haji tu yg dh byk duit, xdak utang, duit berlebihan?????

klu dh kesempitan idup, cmne leh p haji plak?? pelik..
Quote freebird 12-9-2014 02:42 PM
apa agaknya komen mamak kerala tentang perangai melayu yang camni???

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.078148 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top