CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ilmu Pukau Ikan Bilis?

8-8-2014 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5389| Komen: 16

Description: Menurutnya, Semua Barang Kemas Berserta Dompet Yang Mengandungi Wang Dan Dokumen Penting Dikumpulkan Dalam Beg Tangan Salah Seorang Daripada Warga Emas Itu, Iaitu Siti Morjanah Jemin, 66.
Ilmu Pukau Ikan Bilis

Siti Morjanah (dua, kanan) dan Saniah menunjukkan laporan polis yang mereka buat.


LEDANG – Empat warga emas mendakwa mereka dipukau hingga menyerahkan hampir RM30,000 kepada dua wanita yang menawarkan kerja sambilan membersihkan ikan bilis di Kampung Parit Kassan dekat Bukit Gambir di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku semasa mereka dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tangkak seperti yang dikehendaki sebagai memenuhi syarat pekerjaan yang ditetapkan suspek.

Saniah Senawi, 56, berkata, dua wanita itu menemuinya bersama tiga rakannya dan menawarkan pekerjaan tersebut kepada mereka selepas majlis marhaban sempena Aidilfitri dari rumah ke rumah.

“Mereka perkenalkan diri dan menawarkan pekerjaan kopek ikan bilis dengan upah RM10 bagi setiap kilogram (kg) dan jika kami setuju, kami akan dibekalkan 20kg setiap seorang. Kami juga boleh ambil upah bungkus rempah sup pada kadar 20 sen sepeket.

“Tawaran itu agak menarik. Jadi kira-kira 15 ahli kumpulan marhaban mendaftar untuk kerja itu. Dua wanita itu bagi tahu,  kami kena jalani pemeriksaan kesihatan dan buat x-ray sama ada di klinik atau hospital,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Saniah, dia dan dua rakan mulanya curiga dengan tawaran dua wanita itu, tetapi diyakinkan oleh seorang lagi rakan mereka, yang percaya mereka tidak ditipu.

Mereka dibawa oleh dua wanita itu ke Hospital Tangkak dengan kereta, dipandu seorang lelaki.

“Apabila tiba di hospital jam 6 petang, mereka arah kami menanggalkan barang kemas yang kami pakai. Mereka kata, kami tak boleh pakai barang kemas masa x-ray," katanya.

Menurutnya, semua barang kemas berserta dompet yang mengandungi wang dan dokumen penting dikumpulkan dalam beg tangan salah seorang daripada warga emas itu, iaitu Siti Morjanah Jemin, 66.

Selepas itu, katanya, tiga daripada mereka diarahkan ke kaunter pendaftaran, manakala Siti Morjanah, yang memegang beg berisi barang kemas itu, ditinggalkan dalam kereta bersama dua wanita dan lelaki itu.

“Ketika Siti Morjanah pergi ke tandas, wanita itu tak benarkan dia bawa beg itu. Selepas daftar di kaunter, saya jumpa Siti Morjanah yang baru keluar dari tandas. Apabila kami sama-sama pergi ke tempat letak kereta, dua-dua wanita, kereta dan lelaki itu sudah tiada di situ,”
katanya.

Menurutnya, selepas itu mereka sedar ditipu dan percaya dipukau kerana menuruti arahan dua wanita itu, termasuk menyerahkan barang-barang kemas.

Katanya, antara yang dilarikan dua wanita itu ialah cincin emas, rantai emas, gelang emas, wang tunai, telefon bimbit, serta dokumen-dokumen penting yang kesemuanya dianggarkan bernilai hampir RM30,000.

“Kami minta orang hospital hantar kami ke Balai Polis Tangkak untuk buat laporan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Razak berkata, polis sudah menerima laporan dan tiga individu tersebut diburu.


8

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 8-8-2014 09:14 AM
kesiannyer ...makcik2  ni...
mcam2 cara org nak menipu...genius sungguh otak dia org ni..
Quote ultra78 8-8-2014 09:16 AM
Tak tahu pula kerja kopek ikan bilis perlu x-ray
Quote fifie_olin 8-8-2014 09:19 AM
mereka dh tua maafkn je laaa....
dh penat nk ckp dh
Quote jazaa 8-8-2014 09:25 AM
ultra78 posted on 8-8-2014 09:16 AM
Tak tahu pula kerja kopek ikan bilis perlu x-ray

kena buat medical check up........takut ikan bilis terjangkit penyakit berjangkit.....
mcik.....org guna mesin dah utk kopek ikan bilis......
Quote iman_aly 8-8-2014 09:36 AM
x guna btol laaa.. amik kesempatan kt org tua.. kesian makcik2
Quote jengkoil 8-8-2014 09:38 AM
Verdict: pukau xterlibat dlm kes ni..

Takziah utk mocit2...xpe laa..reta ni..brg pinjaman semata...
Quote dubuk 8-8-2014 09:56 AM
hari tu kopek bawang
Quote spiderman80 8-8-2014 10:57 AM
Pasti penipu tu orang cine lahanat yang ambil kesempatan menipu Melayu yang suci murni.
Quote emmaisa 8-8-2014 11:03 AM
kesiannya makcik2 ni...
kena hati2 lain kali...
Quote saden 8-8-2014 11:14 AM
kenapa siti morjanah nak pegi tandas? dia pun terlibat komplot kah? ada bau2 ikan bilis di situ.
Quote kauado? 8-8-2014 11:18 AM
alahai.....siannyer makcik..
Quote lompatikam 8-8-2014 11:45 AM
mak cik2...report polis yg complete dgn cerita2 mistik susah pihak polis nak siasat. kesian polis nak karang ayat utk buka kertas siasatan. nak masuk kategori mana nih. commercial crime atau jenayah? takde lagi polis ada jabatan misteri paranormal. kalau ada mesti raja bomoh kena jadi KP dia.
Quote Knowlee 8-8-2014 09:29 PM
ingatkan pukau ikan bilis kat laut... eh, ikan bilis dari laut kan?
Quote ajinomotonosuga 8-8-2014 09:48 PM
Knowlee posted on 8-8-2014 09:29 PM
ingatkan pukau ikan bilis kat laut... eh, ikan bilis dari laut kan?

no lah.. ikan bilis mai dari akuarium
Quote Knowlee 9-8-2014 08:29 PM
ajinomotonosuga posted on 8-8-2014 09:48 PM
no lah.. ikan bilis mai dari akuarium

ooo... i see...
Quote FanTasyCreaTioN 9-8-2014 08:57 PM
tak nampak pun kes kena pukau ..

“Ketika Siti Morjanah pergi ke tandas, wanita itu tak benarkan dia bawa beg itu. Selepas daftar di kaunter, saya jumpa Siti Morjanah yang baru keluar dari tandas. Apabila kami sama-sama pergi ke tempat letak kereta, dua-dua wanita, kereta dan lelaki itu sudah tiada di situ,”
katanya.

kalau kena pukau ..
takde la sampai si siti morjanah tu reti nak ke tandas bagai
tentu dari awal2 lagi pas dapat barangan kemas
terus cabut..


“Apabila tiba di hospital jam 6 petang, mereka arah kami menanggalkan barang kemas yang kami pakai. Mereka kata, kami tak boleh pakai barang kemas masa x-ray," katanya.

mereka menanggalkan sendiri dengan rela sebab "percaya" dan dah ghairah mengira keuntungan hasil dari pekerjaan tu nanti




Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.053097 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top