CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sijil Cuti Sakit (Mc) Akan Dikaji Semula

18-6-2014 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14374| Komen: 41

Description: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya Berkata Satu Daripada Cadangan Yang Masih Dibincangkan Termasuk Melaksanakan Nombor Siri Dengan Identifikasi Doktor Sebagai Petunjuk Dan Menggunak ...

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang menstruktur semula sistem sijil cuti sakit (MC) untuk mengesan sijil cuti sakit palsu atau memalsukan sijil cuti sakit seperti yang didedahkan media baru-baru ini.
       
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata satu daripada cadangan yang masih dibincangkan termasuk melaksanakan nombor siri dengan identifikasi doktor sebagai petunjuk dan menggunakan cetakan keselamatan untuk mengesan ketulenannya.
       
“Persekutuan Majikan Malaysia melaporkan bahawa majikan di negara ini dianggarkan kerugian sehingga RM8 bilion setahun kerana perbuatan pekerja mengambil cuti sakit palsu yang dikeluarkan oleh klinik.
       
“Ini satu kerugian besar kepada syarikat dan kerajaan kerana kita bercakap berhubung usaha meningkatkan produktiviti untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelangtahun 2020 tetapi jika amalan ini berterusan, ia boleh menyebabkan produktiviti menurun dan menjejaskan matlamat negara," kata beliau selepas merasmikan seminar mengenai "Medical Absenteeism" di sini, hari ini.
       
Beliau berkata kementerian juga sedang mengkaji untuk membangunkan pangkalan data penyimpanan pusat bagi pemegang kepentingan memantau ketidakhadiran pekerja kerana cuti sakit di peringkat seluruh negara.
        


Beliau berkata cara ini boleh memantau berapa banyak cuti sakit yang diambil oleh pekerja dan doktor yang mengeluarkan cuti sakit sementara majikan boleh memeriksa pangkalan data untuk membuat semakan tentang pekerja mereka.
       
"Kami (kementerian) boleh menyemak dan mengenal pasti doktor yang menjual sijil cuti sakit," kata beliau.
       
Seminar sehari anjuran HELP University dan Eximius Medical Administration Solutions (e-MAS) bertujuan menghasilkan penyelesaianan terhadap masalah ketidakhadiran pekerja kerana cuti sakit yang menjadi masalah utama sehingga menjejaskan produkiviti pekerja.
       
“Kita perlu berusaha gigih untuk mengurangkan gejala mengeluarkan cuti sakit kepada pekerja yang tidak layak dan melalui interaksi dan perbincangan dalam seminar seperti ini, kita boleh membantu untuk menambah baik produkiviti” kata beliau. 
13

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
18

Sedih
21

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gusikuberdarah 18-6-2014 12:28 AM
time musim bola msti kecoh psl mc..
Quote TuntungReturn 18-6-2014 12:30 AM
tipu sijil mc bukan kategori babi.so orang x kn kata eeeeeee...lol..
Quote APOLLYON 18-6-2014 12:37 AM
Sebagai majikan saya setuju...
Quote prettymanja 18-6-2014 12:45 AM
Baru skrg nk kaji ke? selama nie dorang watpe.. penipuan MC dah ujud di zaman tok non lg Uolss..
Dasar..
Quote drivethru 18-6-2014 12:56 AM
kerana sakit tipu la klinik swasta ni boleh berkembang. kalo xde pesakit yg menipu, mmg harap kn kanak2 n org tu jer la.

kadang2 aku geram gak dgn bdk2 aku. setiap kali ambil cuti, mesti sehari sebelum/selepas tu ambil mc. tp aku xleh nk marah gak, sbb mmg ade peruntukan 14 hari mc n rm600 bil klinik.

yg aku perasan, klinik doc melayu mmg sng nk dpt mc. kdg2 tu, pesakit siap tepon klinik dulu tanya doc mane yg bertugas. kalo doc yg dh biasa, baru dtg, kalo doc part time mmg ssh sikit.
Quote makton 18-6-2014 07:23 AM
elok laa... kat ofis lama aku byk gile org beli mc ni. mmg kayo la si ulat jual mc tipu ni!
Quote Innrukia 18-6-2014 07:29 AM
Tu peranan hr utk investigate. Bleh nampak habitual mc tu.... Apalagi contact panel clinic, sembang skit & ban staff dr clinic tu or buang clinic tu dr list panel.
Dlm employment act dh ada rules pun,..
Quote haryatie 18-6-2014 07:54 AM
bukan smua asyik ambil MC
utk kaki ponteng mmg la..
boleh tau kat ofis golongan/siapa yg slalu mc ni
org mcam tu la yg patut dipantau..tp kdg2 kerana segelintir org yg buat perangai abis org lain terkena sama...
org atasan/bos pulak  x bijak dlm menilai @ x telus....belajar@jawatan jerk tinggi..tp pemikiran kdg2 lebih  teruk dr org bawahan..
Quote DayangKirana 18-6-2014 09:42 AM
kejap jer isu nie..habis demam bola senyap la balik...
Quote NURMIMIE 18-6-2014 09:53 AM
sehingga bulan jun neh aku blom MC lagik..

semoga dipelihara kesihatan..

azam mmg tak moh MC tahun neh..
Quote isseliparjepun 18-6-2014 10:04 AM
Yang MC tu kengkadang payah nak dapat cuti..jadi terpaksalah beli MC. Kalau kaki ponteng tu aku taktau la nak cakap camne. Rezeki yang dapat bulan-bulan tu nanti..fikir-fikirlah sendiri.

Quote flying_cow 18-6-2014 10:05 AM
Aku dah dekat 4 tahun tak ambil MC. Syukur dikurniakan kesihatan yang baik.
Quote iey_iyda 18-6-2014 10:07 AM
aku time Cuti dan MC pun masih kerja, tanak kira ke berapa keuntungan mereka dapat dari orang macam kami ni? asik kira yang rugi je..
Quote 800214 18-6-2014 10:07 AM
sepanjang bekerja hampir 10 tahun.setiap  tahun paling byk amik mc pun 3 hari...zaman2 kesusahan aku..anak masuk spital berminggu2.cuti abis gitu je..ade la gak amik mc tipu.tp mmg aku tipu la doktor tu kata aku cirit birit...sehari je pun sbb terlajak cuti raya sehari.selebihnya potong gaji je.kalo mc tu biasanya betul2 sakit la.nak mintak mc kerajaan mmg payah la.p klinik muka dah biru sakit kepala migrain..tak dpt mc.sabo je la
Quote AznieBunnie 18-6-2014 10:08 AM
ai baru keje sebulan setengah kat opis baru... dah 5 hari mc dan guna dekat 10% peruntukan perubatan...
harap majikan kat bawa ai ke DI... hahahahha... sakit betul ni...
Quote zach2008 18-6-2014 11:40 AM
Setakat ni takde lagi kes MC palsu.
Yg jd masalahnya ialah, asal pergi klinik je Dr bagi MC kat staff.
Quote axl_bach 18-6-2014 11:48 AM
drivethru posted on 18-6-2014 12:56 AM
kerana sakit tipu la klinik swasta ni boleh berkembang. kalo xde pesakit yg menipu, mmg harap kn kan ...

yup, lagi mudah sesebuah GP kuarkan MC lagi laku dgn "pesakit"......n mmg if doktor part-time susah sket nak issue the MC berbanding resident doctor

Quote zafira 18-6-2014 11:58 AM
haryatie posted on 18-6-2014 07:54 AM
bukan smua asyik ambil MC
utk kaki ponteng mmg la..
boleh tau kat ofis golongan/siapa yg slalu mc  ...

aku sokong.....



Quote mesmerize 18-6-2014 12:00 PM
setahun cuti sakit dapat 13 hari.. tapi tahun ni baru amik sehari tu pun betul2 sakit - selesema n batuk .. kalau datang opis nanti colleagues tak selesa pulak kita terbatuk2 n duk hembus2 hingus hehe.. tak pernah tipu mc kalau rasa nak cuti sangat pun amik annual leave je.. tak baik menipu nanti Tuhan bayar cash

tapi dalam 2 tahun lepas penah amik mc sebab takleh tido malam. masa tu depress & stress dengan kerja n arahan boss yang tak masuk akal.. bila semalaman tak tido cemana nak kerja mmg i really cannot function.. im the one who is responsible for my own physical n mental health so pegi la klinik depan rumah mintak mc, bgtau kat doc kena migrain n tak tido malam semalamnya .. nasib baik doc memahami n bagi gak mc.. dapat la ganti tido

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058273 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top