CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kafe Kucing Dibuka!

25-4-2014 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8498| Komen: 29

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS), 24 April  - Sebuah kafe menawarkan peluang kepada orang ramai bermain-main dengan beberapa ekor kucing ketika mereka menunggu ketibaan makanan dan minuman di Manhattan di sini.

Bagaimanapun, kafe yang pertama kali dibuka di AS itu hanya dibenarkan beroperasi selama empat hari bermula semalam kerana undang-undang di AS melarang haiwan berada di dalam restoran.

Kafe itu mempunyai ruang makan yang bersambung dengan sangkar kucing.

Ia mempunyai pintu khas bagi mengelakkan haiwan itu masuk ke dapur kafe.

Pelanggan-pelanggan yang datang ke kafe itu boleh menikmati hidangkan yang disajikan sambil bermain dengan 16 ekor kucing di dalam sangkar.
Koordinator Liga Haiwan Pantai Utara, Matthew Carroll berkata, pihaknya menghantar beberapa ekor kucing ke kafe itu.

"Sikap dan kesihatan haiwan itu dinilai dengan teliti supaya ia boleh menjadi teman yang sesuai kepada para pelanggan.

"Semua kucing itu sangat sihat dan kami mahu mempromosikan kepada orang ramai berhubung rupa sebenar seekor kucing yang sihat," katanya. 



SEEKOR kucing mencium sandwic yang dihidangkan di dalam sebuah kafe di Manhattan, Amerika Syarikat.


4

Bagus
2

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 25-4-2014 06:34 AM


SEEKOR kucing mencium sandwic yang dihidangkan di dalam sebuah kafe di Manhattan, Amerika Syarikat.- REUTERS


Quote Acong 25-4-2014 06:37 AM
mesia bila nak buka? boleh laa aku bawa anak bulus pi lepak....
Quote uda 25-4-2014 06:44 AM
Acong posted on 25-4-2014 06:37 AM
mesia bila nak buka? boleh laa aku bawa anak bulus pi lepak....

Kat kl kan dah ada. 1 di danau kota and 1 lagi di ss15, subang jaya. Kat sini sama konsep dgn cat cafe di jepun dan korea. Kita bermain dgn kucing mereka tapi tak boleh pulak bawa kucing sendiri.

I gi di seoul dulu. Bila malam, semua orang sempit hidung dan bersin -alergik bulu kucing di cafe

I plan nak gi yg diss15 tapi belum ada chance lagi and tempat situ susah parking.
Quote uda 25-4-2014 06:46 AM
Cafe di japan dan korea-kucing tak duduk dalam sangkar but lepas gitu aje.
Quote fatehana 25-4-2014 06:52 AM
X pernah pergi lg cafe kucing kt mesia,  nk try gie sure anak2 seronok tgk kucing keliling
Quote Acong 25-4-2014 07:18 AM
uda posted on 25-4-2014 06:44 AM
Kat kl kan dah ada. 1 di danau kota and 1 lagi di ss15, subang jaya. Kat sini sama konsep dgn cat  ...

buat pe main dgn kucing depa?
Quote nurul_akmar 25-4-2014 07:21 AM
x bawa penyakit ke?
Quote WawaRaRa 25-4-2014 07:25 AM
tongkatwaran75 posted on 25-4-2014 06:34 AM
SEEKOR kucing mencium sandwic yang dihidangkan di dalam sebuah kafe di Manhattan, Amerika Syarik ...

aaa comel nyer putih ni.....

Quote pakweneelofa 25-4-2014 08:25 AM
aku benci kucing
Quote genchi 25-4-2014 08:34 AM
slagi koceng tu tak beyak or tincin .. takde apa pun... yg pntg jgnla ko pg biar dia duduk atas mknn ko ahahah...
beshnya.. kt sini ade yek.. apa nama kdai tuh.. mahal ke?? koceng ni msti da dibg mkn kyg dulu baru la dilpaskan
kang sian miyau2 mntk mknn kita
Quote Leonarzi 25-4-2014 08:40 AM
Kebodohan apa kah ini??
Quote amyainsamad 25-4-2014 09:06 AM
ooo.....kt malaysia dh ada ek
Quote clarizsa 25-4-2014 09:08 AM
hmmm... smbil mkn nk main dgn meow plak.. kotor laa...
Quote annehuda 25-4-2014 09:10 AM
oh cafe ni ke? ni cat cafe tajaan purina. kucem2 dlm tu suma adoptable. so sape2 yg nk adopt kucem kt kafe tu bleh je



nama cafe tu purina one's cat cafe
Quote bottombikini 25-4-2014 09:18 AM
uda posted on 25-4-2014 06:44 AM
Kat kl kan dah ada. 1 di danau kota and 1 lagi di ss15, subang jaya. Kat sini sama konsep dgn cat  ...

danau kota tu review not good la...kedai dia sempit, ventilation tak bagus
Quote twins 25-4-2014 09:33 AM
uda posted on 25-4-2014 06:44 AM
Kat kl kan dah ada. 1 di danau kota and 1 lagi di ss15, subang jaya. Kat sini sama konsep dgn cat  ...

reason kenapa kita tak boleh bawak kucing sendiri sebab takut kucing kita ada penyakit atau 'kutu'... kucing2 dorang ni rasanya dah full vacinated, dewormed segalanya...  bulupun tiap2 hari dah di berus buang bulu mati... so.. kurang bulu2 yg akan gugur berterbangan... kalau kita ni bela kucing mana ada kuasa nak berus bulu... aku setakat vacinated & dewormed jer la... tapi bulu tu jenuh nak manage....
Quote -electrifying- 25-4-2014 09:43 AM
hygiene. mmg la kena tutop. nmpk je bersih
Quote uda 25-4-2014 09:55 AM
Acong posted on 25-4-2014 07:18 AM
buat pe main dgn kucing depa?

Untuk org yg takda kucinglah. So bolehlah menumpang kasih kat kucing cafe ni

Tapi yg kat korea tu agak berbau juga and bulu berterbangang. Kat osaka bersih sikit
Quote periukTanah 25-4-2014 09:57 AM
kat malaysia tak payah pegi cat cafe pun takpa kalau stakat nak main kucing

dari kedai pacak, warung mak minah, kedai mamak sampai la ke restoren siam, kucing melata ja kat kaki..
best and free..
kalau yang bulu bersih boleh la usap2 sikit..
kalau yang ada kurap, bagi makan ja la..

rumah aku sekarang ni pun jadi tempat melepak kucing2 jiran.. hehe

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.125880 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top