CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dataran Merdeka Berwajah Baru

24-3-2014 10:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7842| Komen: 24

Description: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib Berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Dbkl) Telah Melantik Syarikat Rs Greenmaster (M) Sdn Bhd Bagi Melaksanakan Kerja-Kerja Naik Taraf Padang Itu.

Keadaan padang Dataran Merdeka dari tingkat 29, Menara DBKL.

KUALA LUMPUR - Warga kota bakal menyaksikan imej Dataran Merdeka yang lebih segar apabila projek naik taraf kawasan itu, terutamanya bahagian padang, dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Padang Dataran Merdeka yang ditutup bagi proses penanaman semula rumput yang bernilai RM3.8 juta, menjadi antara aspek utama dalam projek berkenaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melantik Syarikat RS Greenmaster (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf padang itu.

Menurutnya, ia merangkumi 21 proses kerja termasuk naik taraf sistem saliran air permukaan dan saliran bawah tanah, pemulihan dan penggiatan semula tanah atas, penanaman benih, pembinaan sistem pengairan automatik dan pembekalan sistem pelapik rumput.

“Dengan keluasan 15,000 meter persegi, padang Dataran Merdeka akan berwajah baru hasil pembenihan rumput menggunakan jenis Bermuda Hybrid Princess 77, yang mampu bertahan sehingga 20 tahun sekiranya dijaga dengan sempurna.

“Pembenihannya kini telah dimulakan dan dalam tempoh 10 hingga 14 hari ia akan mula menghijau hasil 300 kilogram benih yang digunakan,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penyemaian Benih, sempena kerja-kerja naik taraf Padang Dataran Merdeka, Jalan Raja, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan DBKL, Datuk Mohd Najib Mohamad dan Pengarah Teknikal RS Greenmaster, R Subramaniam.

Terdahulu Ahmad Phesal menyaksikan simbolik proses pembenihan dilakukan pihak RS Greenmaster menerusi jentera khas yang disediakan.
600,000 keping pelindung rumput

Dalam pada itu, mengambil kira keperluan memelihara rumput di padang Dataran Merdeka, Ahmad Phesal berkata, mana-mana acara yang melibatkan pembinaan struktur atau penggunaan ruang atas padang secara langsung, akan disyaratkan
menggunakan pelindung atau pelapik rumput yang disediakan.

Katanya, penggunaan pelapik berkenaan bagi memastikan rumput tidak terjejas apabila ia masih mampu mengalirkan air dan udara menerusi ruang/lubang yang ada.

“Sebanyak 600,000 keping pelapik ini disediakan untuk menutup keseluruhan keluasan padang, namun kita akan syaratkan penggunaannya untuk mana-mana bahagian dalam padang yang digunakan sahaja.

“Rumput yang dilapik itu masih boleh mendapat cahaya dan air kerana terdapat ruang kecil serta boleh bertahan sekurang-kurangnya lima hari tanpa sebarang masalah,” katanya.

Larangan parkir bas pelancong

Sementara itu, mengulas berhubung tindakan pemandu bas pelancong yang sering meletakkan bas di tepi jalan berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad, beliau berkata, larangan serta-merta telah dikeluarkan kepada pihak berkaitan setelah DBKL menyediakan ruang parkir untuk mereka menunggu pelancong, di Jalan Gereja.

Katanya, ini kerana kegagalan pemandu bas mematikan enjin menyebabkan kawasan berkenaan terdedah dengan karbon yang boleh menjejaskan bangunan bersejarah di situ.

“Notis telah diberikan tiga bulan lepas, dan memang ada bantahan daripada pihak bas pelancong kerana pada mereka ia untuk kemudahan pelancong.

“Namun perkara ini memerlukan kerjasama mereka kerana kita juga terima rungutan pelancong yang tidak dapat mengambil gambar menyeluruh kerana keberadaan bas-bas ini.

“Jadi selepas ini, mana-mana pihak yang didapati ingkar, tindakan penguatkuasaan boleh diambil,” katanya.

15

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asher 20-3-2014 11:17 AM
bagus la unik sejarah dataran merdeka nie..
Quote ad_hoc79 20-3-2014 11:19 AM
aikkk ujung bulan ni ada program purple walk kat dataran. camana tuh
Quote pittjie 20-3-2014 11:29 AM
ad_hoc79 posted on 20-3-2014 11:19 AM
aikkk ujung bulan ni ada program purple walk kat dataran. camana tuh

kena tukar ke dirt walk le tu. tak pun kalau rumput dah tumbuh dah time tu .. dan dah menghijau .. jadi la green walk.

Quote kecimpret 20-3-2014 11:32 AM
rumput ni mesti jenis berkualiti tahap world!...sampai 4jota harganya

Quote ad_hoc79 20-3-2014 11:32 AM
hahahaa.... tunggu ler. tukar tempat kott kalau macam ni. rosak lah rumput kalau baru ditanam
Quote fifie_olin 20-3-2014 11:33 AM
hr2 aku lalu depan dataran ni...x prasan plak tgh renovate...
Quote cef_gango 20-3-2014 11:39 AM
fifie_olin posted on 20-3-2014 11:33 AM
hr2 aku lalu depan dataran ni...x prasan plak tgh renovate...

cuba lalu skng
Quote ~boolean 20-3-2014 11:40 AM
tahun ni tahun melawat malaysia...dataran merdeka tu salah satu tarikan..
kenapa tak buat projek naik taraf ni tahun lepas...
Quote fifie_olin 20-3-2014 11:41 AM
cef_gango posted on 20-3-2014 09:39 AM
cuba lalu skng

x koser aku...pns2 ni...

Quote lucky_peace 20-3-2014 11:48 AM
kedai2 kat bawah tanah dataran tu ade lagi ke? kecik2 dulu parent suke bawak datang ke situ.. time tu KLCC ape sume xde lagi, dataran jela tempat lepak~~
Quote solstice 20-3-2014 11:52 AM
Bermuda grass
Quote -electrifying- 20-3-2014 12:52 PM
lucky_peace posted on 20-3-2014 11:48 AM
kedai2 kat bawah tanah dataran tu ade lagi ke? kecik2 dulu parent suke bawak datang ke situ.. time t ...

xde lgi rasanya.
Quote chupachups 20-3-2014 12:57 PM
Eleh..baikpulih la canggih camne pun..kalo bkang mahkamah..masjid jamek..pudu..central market..petalung street penuh ngan warga asing pun xde maknenye..buat pelancong konfius je kat indon ke..bangladesh ke..myanmar ke  ..
Quote lanbuana86 20-3-2014 12:58 PM
4juta harga rumput? tak de sebut pun harga rumput kat situ..
Quote lucky_peace 20-3-2014 05:06 PM
-electrifying- posted on 20-3-2014 12:52 PM
xde lgi rasanya.

tula... dah lame pon bende tu kan... tahun 1994/ 1995 camtu.. dah 20 tahun dah..
Quote Lina66 20-3-2014 05:09 PM
kecimpret posted on 20-3-2014 11:32 AM
rumput ni mesti jenis berkualiti tahap world!...sampai 4jota harganya


walau harga 4 juta sekali pon kalo tarak maintenance....back to square 1 gak...
Quote batmana 20-3-2014 05:13 PM
rumput sebelum ni lokal version ka?..
Quote mjla 20-3-2014 05:13 PM
Jual rumput pun leh jd jutawan.
Quote -electrifying- 20-3-2014 05:15 PM
lucky_peace posted on 20-3-2014 05:06 PM
tula... dah lame pon bende tu kan... tahun 1994/ 1995 camtu.. dah 20 tahun dah..

skrg tmpt parking je kot... ;D dlu meriah, skrg bosan ~

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056555 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top