CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ngeri...Paku Kepala Sendiri !

17-3-2014 11:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5009| Komen: 27

Fujian: Seorang lelaki yang mendakwa memaku kepalanya sendiri dengan tiga paku berukuran 10 sentimeter terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan paku itu dari tempurung kepalanya.

Lelaki berusia 69 tahun dan berasal dari wilayah Fujian itu dikejarkan ke hospital selepas kejadian itu dan menjalani rawatan sejak hujung tahun lalu.

Dia yang mendakwa melakukan perkara itu sendiri dan merayu pihak hospital tidak melaporkan kecederaannya itu kepada polis.

Doktor percaya perkara itu dilakukan orang lain ke atasnya memandangkan kecederaan yang dialami.

Doktor berjaya mengeluarkan paku itu melalui pembedahan dan lelaki berkenaan terpaksa menjalani rawatan selama tiga bulan di hospital sebelum dibenarkan keluar Khamis lalu selepas doktor mendapati dia sembuh sepenuhnya.

Kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku di China. Dalam satu kes awal tahun ini, doktor mengeluarkan paku berukuran tujuh sentimeter dari tempurung kepala seorang lelaki di Nanjing.

Menurut laporan, paku itu tertusuk di kepala Yang, 55, akibat kemalangan yang berlaku ketika dia menghias rumah.

Bagaimanapun, dia tidak menyedari perkara itu sehingga dia merasa kesakitan keesokan harinya.

Yang dilaporkan sembuh sepenuhnya dan tidak mengalami sebarang gangguan pada penglihatan atau kerosakan saraf.

KEADAAN kepala lelaki terbabit selepas paku itu dicabut


GAMBAR dari sinar-X menunjukkan paku dalam kepala lelaki berkenaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 16-3-2014 11:49 AM

KEADAAN kepala lelaki terbabit selepas paku itu dicabut


GAMBAR dari sinar-X menunjukkan paku dalam kepala lelaki berkenaan.
Quote batmana 16-3-2014 11:51 AM
giloosss....
Quote bfemmamaembong 16-3-2014 12:03 PM
fujian....lol..bukan sekinchan mahupun kubang kerian
Quote Luca_Pitok 16-3-2014 12:08 PM
apa babun ni..ngilu kemaluan aku tengok..
Quote nizam49 16-3-2014 12:15 PM
uittt...sakit tu
Quote Dahsyat!! 16-3-2014 12:51 PM
huhuhu..... seram
Quote ellZack 16-3-2014 12:56 PM
Dah takde keje sangat ke apa?
Quote johndoe17 16-3-2014 01:01 PM
Silap target cik ponti kot..
Quote tongkatwaran75 16-3-2014 02:42 PM
Saraf apa la yg putus kena paku?
Quote Artemesiaa 16-3-2014 03:14 PM
Hias rumah guna nail guns gaknya tu yang tak perasan kepala sendiri dah di nail kan
Quote choombee 16-3-2014 03:47 PM
elok mampui terus la
Quote carold 16-3-2014 03:54 PM
Gila isim..paku kepala sendiri
Quote lavacall 16-3-2014 03:54 PM
tongkatwaran75 posted on 16-3-2014 06:42 AM
Saraf apa la yg putus kena paku?

Dara li..

Lu pernah paku..??

Quote Qissya2014 16-3-2014 03:56 PM
Sakitnya...
Quote boyagombak 16-3-2014 04:57 PM
ubat sakit kapla x menahan
Quote spiderman80 16-3-2014 05:04 PM
Ya, seperti biasa, kejadian pelik ini berlaku di China Darul Pelik.
Quote Dewa19XKangen 16-3-2014 05:41 PM
mesin pam paku elektrik kot dia pakai,tembus dalam cantek ja..
Quote mak_wa95 16-3-2014 06:50 PM
Ngerinya...
Quote tongkatwaran75 16-3-2014 06:50 PM


boleh join sarkas nih...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.078485 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top