Menerusi kenyataan Raja Ema yang dikongsikan pada akaun Instagram, dia mengakui bimbang dengan keselamatan dirinya dan dua anaknya Putera Ammar, 20, dan Putera Alkashah, 18, apabila diacukan pistol secara tiba-tiba. Bagaimanapun, aktres itu mengesahkan tiada kecederaan dialami berikutan ancaman yang mengejutkan itu. “Tak ada apa-apa kejadian tidak diingini. Lelaki itu hon dan pintas kereta sambil acu pistol. “Di kawasan lampu isyarat ketika lampu merah dia acu lagi. Sudahlah anak-anak ada dalam kereta,” katanya. Difahamkan, insiden mengejutkan itu berlaku ketika Raja Ema, 46, memandu keretanya bersama Putera Ammar dan Putera Alkashah pada sekitar jam 2.30 petang di pusat bandar itu selepas selesai berurusan di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang memandu bersendirian PERODUA Kenari menghampiri keretanya dan membunyikan hon dipercayai tidak berpuas hati dengan pemanduan Raja Ema yang perlahan. Bagaimanapun, penyanyi lagu Jejaka Idaman itu tidak mempedulikan bunyi hon itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa. Akibatnya, kereta itu memintas keretanya sebelum lelaki terbabit mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan ke arah aktres terbabit. Raja Ema mengabaikan ancaman itu dan memandu keretanya sehingga ke lampu isyarat sebelum lelaki terbabit sekali lagi mengacukan pistol ke arahnya. Raja Ema yang ketakutan dengan tindakan lelaki itu meneruskan pemanduan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan membuat laporan kerana bimbang dengan keselamatannya dan keluarga. Sementara itu, jurucakap Polis daerah Shah Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
|
berancuk posted on 15-3-2014 08:33 AM
teringat akak dungan sorang poremer nim:
bakal isteriku mesti tergamam melihat pisstol aku pada m ...
batmana posted on 15-3-2014 08:24 AM
tunjuk pistol tu cume laki dayus je berani buat..
dia tk berani tembak, psl pistol air la tu..
berancuk posted on 15-3-2014 08:33 AM
teringat akak dungan sorang poremer nim:
bakal isteriku mesti tergamam melihat pisstol aku pada m ...
berancuk posted on 15-3-2014 08:33 AM
teringat akak dungan sorang poremer nim:
bakal isteriku mesti tergamam melihat pisstol aku pada m ...
berancuk posted on 15-3-2014 08:33 AM
teringat akak dungan sorang poremer nim:
bakal isteriku mesti tergamam melihat pisstol aku pada m ...
melinda_kerr posted on 15-3-2014 11:17 AM
Klau siapa2 yg tak konfiden di jalan raya tu tkyahla nk drive. Terutama driver yg bawak kereta mcm k ...
berancuk posted on 15-3-2014 08:33 AM
teringat akak dungan sorang poremer nim:
bakal isteriku mesti tergamam melihat pisstol aku pada m ...
ADVERTISEMENT