Seremban: Seorang tukang cuci warga Myanmar terkejut menemui satu mayat bayi perempuan dalam tandas sebuah perhentian bas di sini, malam tadi. Difahamkan, mayat bayi terbabit dibalut dengan kain putih sebelum dimasukkan dalam plastik dan ditinggalkan di atas penutup pam tandas wanita. Mayat bayi perempuan itu ditemui kira-kira jam 7 malam dan masih bertali pusat serta berbau busuk dipercayai sudah mati lebih dua hari lalu. Tukang cuci berusia 32 tahun terbabit pada mulanya menyangka ada individu tertinggal plastik berkenaan namun sebaik membukanya wanita itu mendapati ia adalah mayat bayi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. Gambar hiasan
|
mak_wa95 posted on 16-3-2014 04:37 PM
Sebab tu la musibah demi musibah diturunkan....ni bayi apa..bayi velentine hari tu ke..
spiderman80 posted on 16-3-2014 05:02 PM
Tak mungkin, Valentine Day bulan lepas je.... kalau si jantan tu pancut dalam terowong cinta si be ...
mak_wa95 posted on 16-3-2014 04:37 PM
Sebab tu la musibah demi musibah diturunkan....ni bayi apa..bayi velentine hari tu ke..
mak_wa95 posted on 16-3-2014 04:37 PM
Sebab tu la musibah demi musibah diturunkan....ni bayi apa..bayi velentine hari tu ke..
ADVERTISEMENT