CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

5 Warga Asing Mengaku Bersalah Ambil Dadah Semasa Konsert Fmfa

17-3-2014 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 125111| Komen: 880

5 warga asing mengaku bersalah ambil dadah semasa konsert FMFA


KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Indonesia dan tiga lelaki warga Sudan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mengambil dadah semasa konsert Future Music Festival Asia (FMFA), di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lalu. 

Arifiyanto, 27, dan Angga Diandry Andy dari Indonesia mengaku memasukkan dadah jenis ethamphetamine ke dalam badan sendiri manakala Awap Abdualhafez Alrwfaea Abualhassan, 23, Mohamed Elzain Dafaalla Babiker Khalid, 22, dan Mohamed Abdalla Sayed Mohamed, 23, dari Sudah mengaku memasukkan dadah jenis Kanabis. 

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Bergerak dan di pekarangan Stadium Bukit Jalil, di sini antara 11.50 malam, 13 Mac dan 12.30 tengah malam, 15 Mac lalu. 


Mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan diwajibkan pengawasan sehingga tiga tahun. 

Media sebelum ini melaporkan enam orang termasuk tiga gadis maut manakala tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal disyaki mengambil dadah ketika menghadiri konsert itu. 

Sembilan lagi warga asing turut didakwa iaitu Adam Paul, 19, dari Australia; Pavin Akshay, 20, dari Mauritius; Muhammad Ahsan, 23, dari Pakistan; Fazal Mohamed, 24; Hassan Ibrahim Hayyan, 20, dan Ahmed Hayyan Majeed, 19, dari Maldives; Ng Teck Ming, 27, dan Mohamed Redzwan Sali, 26, dari Singapura; dan Tinashe Shimbo, 27, dari Zimbabwe. 

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dan memiliki dadah jenis pil dan serbuk Ecstacy, Amphetamine dan Kanabis pada waktu dan tempat yang sama. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2)(a) akta sama, yang boleh didenda sehingga RM100,000 atau boleh dipenjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. 

Ahmed Hayyan, Fazal, Muhammad Ahsan dan Shimbo diwakili peguam Mohd Shamril Afzan Mohamed, peguam Tania Scivetty Sandu mewakili Paul manakala tertuduh lain tidak diwakili peguam. 

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 20 Mac dan 23 April untuk sebutan semula bagi kesemua kes berkenaan sementara menunggu laporan kimia. 


5 mangsa yang mati:-
1. KAMAL ZEKRY bin KAMAL
BASHA (Meninggal di PPUM)
No. KPT : 920424-14-5329 (L)
2. VICTOR WONG E HERN
(Meninggal di PPUM)
No. KPT : 880712-29-5029 (L)
3. SABREENA bte KAMARUDIN
(Meninggal Dunia di PPUM)
No. KPT : 931216-14-6582
4. SURESH A/L MOHAN
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 860616-43-5599 (L)
5. SYAZANA SOHAIME
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 910124-08-6786 (P)
4 mangsa masih kritikal ialah:-
1. WILOPO AILEEN (Kritikal di
PPUM Warga Singapura)
2. LIM SHU WEI (Kritikal di PPUM
Warga Singapura)
3. NOR FAIZZA bte MOHD WAZIR
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 870620-56-5336)
4. MOHD HAZWAN bin HUSIN
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 951217-01-5427

Kronologi Insiden

Pada hari pertama 13 MAC 2014 jam 2000 hingga 0030, semasa konsert dijalankan, pihak Narkotik IPD Cheras telah membuat tangkapan 3 penonton yg sedang berhibur kerana positif dadah. Berkait Bukit Jalil Rpt 1202, 1205, 1209, 1210/2014. Tiada insiden pada hari pertama.

Pada hari kedua 14 MAC 2014 jam 0130, telah berlaku insiden 5 kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu). Sementara 4 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Semua mangsa dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Bukit Jalil Rpt : 1250, 1261, 1273, 1274, 1278 dan 1279/2014.



Antara keluarga mangsa dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bfemmamaembong 15-3-2014 02:26 PM
isu ini tk sebesar kehilangan pesawat
Quote nurul_akmar 15-3-2014 02:27 PM
konsert ape?
Quote bfemmamaembong 15-3-2014 02:29 PM
nurul_akmar posted on 15-3-2014 02:27 PM
konsert ape?

dangdut koplo
Quote putr@polo 15-3-2014 02:29 PM
Polis sahkan 5 mati, empat kritikal



KUALA LUMPUR 15 Mac - Polis mengesahkan lima mati manakala empat lagi kritikal dipercayai akibat sesak nafas dalam sebuah konsert di Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Tiga mayat mangsa ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala dua lagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... tikal#ixzz2w0hblaP3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote mommymonster82 15-3-2014 02:37 PM
Ada music festival kat bukit jalil..
Tgh2 jerebu ni konsert still on... Last edited by mommymonster82 on 15-3-2014 02:39 PM

Quote rayna_raynes 15-3-2014 02:37 PM
Stampede? Konsert apa d bukit jalil?
Quote putr@polo 15-3-2014 02:37 PM

Empat Maut Sesak Nafas Ketika Konsert FMFA 2014 Bukit Jalil!


Quote putr@polo 15-3-2014 02:40 PM
FMFA 2014 Tukar Lokasi Ke Stadium Bukit Jalil

January 22nd, 2014 | by Noraniza | 0 comments

FMFA 2014 Tukar Lokasi Ke Stadium Bukit Jalil



Selepas kejayaannya mengumpul lebih 50,000 orang penonton pada konsert FMFA tahun lalu yang telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sudah pasti pesta muzik terbesar di Asia yang bertemakan ‘safari’ ini menjanjikan kelainan bagi tahun 2014.

Dijangka akan dibanjiri lebih 85,000 orang penonton, lokasi konsert yang dinantikan bagi tahun 2014, Future Muzik Festival Asia 2014 (FMFA 2014) yang sebelum ini dijadualkan untuk berlangsung di The Mines telah ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil.



FMFA 2014 Tukar Lokasi Ke Stadium Bukit JalilPoster rasmi penukaran lokas FMFA 2014

Bakal berlangsung selama 3 hari iaitu bermula daripada 13 hingga 15 March, FMFA 2014 akan digegarkan oleh persembahan artis antarabangsa seperti Deadmau5, Armin Van Buuren, Wu Tang Clan dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan, artis tempatan turut akan menghiburkan peminat di konsert mega tersebut.

Tiket FMFA 2014 sudah mula dijual pada Oktober tahun lalu dengan harga permulaan daripada RM148 hingga RM588. Bagi yang masih belum membeli tiket, anda boleh dapatkannya menerusi redtix.airasia.com. Jom kita lihat promo rasmi bagi FMFA 2014.



Quote carold 15-3-2014 02:41 PM
Negara lagi dilanda musibah..dikala semua org bersedih dgn tragedy MH370..semua orang pakat2 solat hajat.
korang boleh berjimba jimba berkonsert
selayak nya la
Quote mommymonster82 15-3-2014 02:42 PM
Kapal terbang hilang..jerebu... Hujan tak turun2.
Korg berjimba2
Quote baby37 15-3-2014 02:46 PM
Mati ketika menonton konsert.........malang betul
Quote atreyu05 15-3-2014 02:47 PM
nasib baik tak hilang stadium ni
Quote AbukRokok 15-3-2014 02:49 PM
calling @berun  
Quote bbsyasya 15-3-2014 02:51 PM
Lau bg tiket free pun x kosa nak pergi....tu belum yg smoking lagi....bau ketiak lagi....maunyer , sesak nafas....
Quote AdamBillionaire 15-3-2014 03:09 PM
innalillah..

hangpa syok sangat wat maksiat..

sorry tmpat2 konsert ni ramai orang bodo  pergi..

meka nk mengesex raba pantat awek..

minta maaf ckp kasar..

salah seorang forumer cari forum yg share pengalaman dia pg concert..

kerajaan malaysia xkan insaf.. selagi xberlaku gmpa bumi.. tsunami besar..
Quote alieyrina 15-3-2014 03:23 PM
Nati ada konsert yg sempena fomula 1 tu lg kann
Quote BelovedTaeyeon 15-3-2014 03:24 PM
Salaam.

Apa la sangap sangat sampai tengah jerebu pun nak konsert.
Quote ChildrenOfBodom 15-3-2014 03:29 PM
selayaknya lah
Quote brownstone 15-3-2014 03:37 PM
Malang bertimpa Malaysia...haritu ada letupan kilang lah...

Lihat semua komen(880)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.079985 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top